Social Icons

Wednesday, February 19, 2014

SHAKLEEE OH SHAKLEEE....

apa yang best nya berniaga Shaklee ni?

anda tanya, apa yang best berniaga Shaklee?? ramai dah orang berniaga Shaklee...
maknanya anda tahu berapa ramai kat luar sana yang sudah join biz Shaklee ni!!!

jadi, tidakkah anda terfikir kenapa ramai yang sanggup join biz Shaklee... sedangkan memang dah ramai yang join..

pada mulanya, saya memang tidak tahu langsung pasal Shaklee... sedangkan saya pernah 'ternampak dan terdengar' mengenai produk Shaklee ni.. tapi tak ambil kisah.. dengar dan lalu jer...

betapa pada masa itu saya memang bagai katak di bawah tempurung.. :p

sehinggalah, suatu hari saya diperkenalkan oleh seorang kawan lama... saya pernah ceritakan di sini

jadi apa yang bestnya?? sebenarnya pendekatan mentor yang menginspirasikan saya untuk join biz ini..

tujuan sebenar saya join biz Shaklee ni, sebenarnya untuk tambah pendapatan keluarga.. tetapi apa yang saya perasan niat saya itu sudah agak terpesong.. saya bagaikan seorang tidak bersyukur.. apa yang saya perlukan lagi.. saya sudah mempunyai segala-galanya.. Allah swt sudah kurniakan segala-galanya untuk saya..

kita buat biz bukan semata-mata nak untung... tetapi lebih untuk membantu, masalanya apa yang saya tak ada adalah sifat ingin membantu.. saya tidak mempunyai sifat ingin bersedekah, memberi dan sebagainya..

sebenarnya.. dengan join biz Shaklee ni.. banyak yang saya belajar.. bukan sekadar belajar berbisnes sahaja.. tetapi saya belajar bagaimana untuk menambah saham akhirat, bagaimana pentingnya kita perlu mendekatkan diri dengan maha pencipta..


dan setakat ini saya tidak pernah jumpa mana-mana kawan-kawan bisnes saya.. segalanya secara online!!

bayangkan kalau saya berjumpa secara face to face... memang ada banyak sangat sesi coaching ni yang di adakan... cuma saya yang belum berkesempatan lagi (pulau alasan masih melekat lagi ni!!!) heheee

tetapi walau saya tidak pernah berjumpa dengan mereka-mereka yang sudah berjaya ni..  saya sentiasa follow up blog-blog mereka.. facebook.. whats up.. dan macam-macam medium lagi yang boleh menghubungkan kami...

ini adalah antara contoh tulisan yang telah menaikkan semangat saya untuk teruskan lagi semangat perjuangan saya...http://ainulduha.blogspot.com...

sebenarnya banyak lagi tulisan-tulisan blog yang telah menaikkan semangat saya.. tetapi ini adalah blog yang saya baca hari ini, dan ia memanggil saya untuk turut mencoretkan sesuatu di dalam blog saya..

memang terasa perbezaannya...

kaya sangat di galakkan dalam islam.. tak akan miskin orang yang bersedekah.. dan dengan bersedekah juga boleh menyucikan hati kita yang dah berkapuk ni...

tak payah cerita orang lain, ini adalah saya suatu ketika dahulu.. memang pada awalnya, saya mengakui bagi seseorang yang kurang bersedekah ni, untuk mengeluarkan rm1 pun memang susah... betul tak?? betul tak?? tu baru rm1, jika rm5 memang dah terasa banyak dah duit dikeluarkan untuk bersedekah...



saya teringatkan suatu kisah yang diceritakan oleh mentor saya, semasa beliau pergi ke salah satu seminar.. beliau berjumpa dengan ramai para jutawan yang turut hadir dan sempat berbual bertanyakan tentang tips jemput rezeki..

apa yang diberitahu adalah mereka suka bersedekah... apabila pergi ke masjid.. sedekahkan nilai duit yang paling besar yang ada dalam wallet... ada beran??? anda tak perlu percaya pun.. anda hanya perlu cuba.. tengok kesannya...

ini semua apa yang saya pelajari apabila join 'rumah' bisness shaklee...

kini saya terasa kesannya.. saya tidak lagi rasa down sangat apabila tiada sales pada hari ini.. mungkin Allah akan bagi sales tu esok, lusa, hari gaji, ataupon malam closing day... siapa tahu... kan?kan?kan? saya terasa lebih yakin dengan rezekiNya...


rezekiNya maha luas.. jika sudah tertulis untuk kita tiada siapa yang boleh rampasnya dari kita... yang penting sentiasalah berdoa, usaha dan tawakal.. sejak join biz shaklee ni selama 3 bulan.. tiap2 bulan masih lagi ada rezeki untuk saya sekeluarga.. dan saya bersyukur dengan rezeki-rezeki tersebut...

perkongsian ini dari hati saya.. dan jika anda juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.. boleh menghubungi saya melalui pm fb Suhaila Mamat @ whats app 011-22175813

anda juga boleh download dan baca ebook PERCUMA!! ni http://www.ebookniaga.com/sorryboss/kimaziq






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my