Social Icons

Sunday, April 30, 2017

TRAVEL SEMASA HAMIL

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog Suhaila.. Suhaila harap dengan berkongsi pengalaman Suhaila sendiri ini dapatlah membantu sedikit sebanyak, ibu ibu hamil diluar sana merancang percutian dengan lebih senang hati...

Travel semasa hamil..

Pada mulanya, semasa suami Suhaila beritahu tahun ni ada trip ke Bandung, rasa macam kecewa juga lah, sebab fikir tengah mengandung kan.. tak kan lah nak pergi travel, luar negara pulak tu.

Tapi bila fikir fikir balik, siapa yang tak nak pergi ke Bandung kan, syurga membeli belah kott,          "orang kata.." masa tu tak pergi lagi tak tahu lah betul ke tidak.. hehehee

Dah lama berangan nak pergi Bandung, terasa rugi pulak kalau tak ikut. Jadi, bila semangat dah bertukar tu, cepat-cepat lah cari en google...

Bila baca blog2 yang berkaitan, rasa confident tu datang sikit demi sikit.. Sebab ada ramai rupanya yang dah travel masa pregnant ni. Ia bukanlah suatu yang tak pernah dibuat orang. hahaha.. legaaa

Tapi cabarannya adalah, mampu ke mak buyung ni nak travel, tak penat ke nanti, kang menyusahkan orang pulak...betul tak..

Tapi Suhaila google lagi, pastu adalah terjumpa satu blog ni http://www.almaricantik.com/2017/04/ibu-hamil-kuat-boleh-naik-flight-panjat.html

Okey bila tengok video klip ni, waahh dia makan supplement Shaklee... Makin bertambah keyakinan Suhaila masa tu untuk ikut jugak ronbongan ke Bandung ni.. Sebab Suhaila pon memang sedang amalkan supplement set hamil Shaklee. Yeaayyy

Jadi keputusan sudah dibuat, sambil tu Suhaila tetap berdoa kepada Allah swt supaya memudahkan segala urusan Suhaila sepanjang berada di Bandung. dan Allah telah mengizinkam Suhaila untuk sampai ke Bandung.. Alhamdulillah..

SURAT PENGESAHAN DOKTOR..

Pada mulanya Suhaila memang tak tahu langsung, yang ibu mengandung rupanya perlukan surat pengesahan dari doktor untuk naik pesawat, maklumlah Suhaila memang jarang naik flight, sebab takde pergi mana kan..

Masa dok baca baca blog2 lah Suhaila baru tahu rupanya ada prosedur untuk ibu hamil naik flight. hahaa..

Sebenarnya jika tiada masalah seperti di bawah, dan dengan kebenaran doktor tak ada masalah pon untuk ibu hamil naik flight..
1. Pendarahan ringan
2. Kencing manis
3. Tekanan darah tinggi
4. Mabuk hamil yang teruk
5. Pernah mengalami keguguran
6. Pernah melahirkan bayi pramatang


MASA YANG SESUAI UNTUK TRAVEL

Alhamdulillah, kebetulan Suhaila memang berada di trimester kedua (14 hingga 27 minggu),
26 minggu. Masa trimester kedua, kebanyakan masalah mabuk teruk, peluang keguguran sudah berlalu, dan pada masa ini ibu hamil sudah semakin bertenaga dari terimester pertama.

Jika ibu sihat dan tiada masalah, kebanyakan syarikat penerbangan juga akan membenarkan ibu hamil naik pesawat sehingga peringkat 36 minggu. Juga diingatkan, usia kehamilan perlu juga dikira pada tarikh pulang nanti ye, jadi semak betul betul tarikh sebelum menempah tiket, untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

TIPS ATAU PERSEDIAAN NAIK KAPAL TERBANG

  • Usahakan untuk check in lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa bagi memudahkan anda untuk berjalan dan ke tandas.
  • tekanan udara dalam kapal terbang adalah rendah dan perlu banyak minum air bagi menghindari dihidrasi terutamnya sewaktu penerbangan yang jauh.
  • gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kaki kejang akibat duduk terlalu lama. antara kaedah gerakan adalah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki, dan menggerakkan jari kaki.
  • jangan khuatir dengan mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui setiap pintu masuk lapangan terbang, kerana ia bukanlah sinar x yang boleh mengganggu keadaan bayi dalam kandungan. 
VITAMIN SANGAT MEMBANTU

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama Suhaila travel semasa hamil, nervous dia tu lain macam skit, jadi Suhaila banyak tekankan persediaan mengenai kesihatan dan keselesaan. Suhaila tak nak, datang jauh jauh dan dah berhabis banyak, tapi dok terperap je kat dalam bilik hotel. itu sangat merugikan. 

Dengan berkat doa dan bantuan vitamin shaklee, semua perjalan dapat Suhaila pergi mengikut jadual, takde satu pon yang tertinggal. Tiada langsung masalah kesihatan, sedangkan ada seorang ahli rombongan yang terpaksa skip satu hari perjalanan akibat masalah kesihatan.

Yang Suhaila rasa tak selesa sikit, sebab kasut yang Suhaila pakai tu, ia masih baru, jadi agak kurang selesa sikitlah. Tapi untuk hari pertama dan kedua sahaja. Hari lain dah okey balik.

MASALAH BUANG AIR BESAR


Masalah ni selalu Suhaila hadapi bila travel, tak kisahlah dalam atau luar negara. Bila dah bertukar tempat pembuangan, selalu timbul masalah ni kan. Suhaila rasa, anda pon samakan?Alaa ngaku jelah, bukan orang tahu pon, hahahaaa... kita2 jeee...

Tapi untuk trip kali ini, Alhamdulillan, tiada langsung masalah pembuangan ni, setiap pagi sebelum turun sarapan kat lobi, mesti flush dulu, tak pernah miss okey.. nak makan pon senang hati dah.. lalalaalaaa

Sebelum ni, memang nak makan pun tak senang, sebab yang kat dalam pon tak keluar lagi, nak tambah lagi, aduii.. makin bertoksin laa dalam badan..

Apa vitamin yang Suhaila makan? haa meh sini nak cerita, memang berbaloi sangat kalau makan semua vitamin ni. Sebab hati tenang, gembira dan puas hati dapat jalan2 dengan sihat dan cergas kan. Sebab dah bayar tiket mahal2 tapi tak boleh nak jalan2 rugi laa macamtu, dah la tak tau bila pulak boleh datang lagi kan? sebab itulah pentingnya makanan tambahan ni.

Boleh baca sini . untuk keperluan ibu mengandung, menyusu dan berpantang pun boleh ambik yang ni jugak, puas hati bila kita sihat dan cergas.

Sambil-sambil tu boleh layan gambar dulu.

Jom layan gambar masa di Bandung...

Day 1

turun flight, nyaman je rasa udara.. setelah sejam duk pusing atas, delay x leh turun..
makan dulu.. ini lah menu utama makanan kat Bandung
Hari pertama, tak sempat nak pergi mana-mana.. lepas makan, pergi satu kedai kain, tapi tak sempat ambik gambar pon, sebab excited dok pilih kain.. lupa ambik gambar... dapatlah tangkap beberapa helai kain pasang sulam dan tshirt..

Day 2

Floating Market, Lembang
tu dia gambar mak yong kan.. heheheee
antara jualan kat floating market

selfie sikit, cik abang mak yong tengah bagi keterangan
 apa kat pasanngan paling veteran  yang join trp kali ini tu... hehe


Antara pemandangan yang ada kat sini, cara penanaman padi

bagi makan ikan, banyak dan gemok gemok ikan kat sini,
terkejut mak yong dengar ikan datang serbu makan

Gerai gerai dalam bot..  ni gerai kebab, sedap jgk..
banyak lagi gerai yang jual macam macam jenis makanan lagi


Day 2: Farm House Susu Lembang













Day 3 : Kawah Putih

Pada zaman dahulu kawasan ni di anggap kawasan 'keras', memang tak ada seorang penduduk setempat pun yang berani masuk ke dalam hutan ini.. sebab setiap kali burung yang melintasi kawasan ni mesti dah tak keluar, mungkin mati...

Jadi tak ada yang berani nak masuk kawasan hutan ni, sehinggalah seorang warga belanda yang datang melawat Bandung, merasakan kawasan ini terlalu sunyi, dan perasaan ingin tahu beliau membawa kepada penerokaan ke dalam hutan tersebut.

Sehinggalah beliau terjumpa satu kawasan dan terpegun melihat keindahan pesona alam yang terbentang di hadapannya, di mana terdapat sebuah danau yang cukup luas dengan air yang berwarna putih kehijauan.

Dari dalam danau tersebut keluar semburan lava serta bau belerang yang menusuk hidung. Maka terjawablah mengapa burung tidak mahu melintasi kawasan tersebut.

Mak yong tak tahan ngan bau belerang kuat sangat..




Tak tahan, tak boleh dok lama, risau pulak kat baby ni.. ajak cik abang mak yong naik dah,
sempat amik gambar sikit jer.. 

Kat belakang tu, tangga untuk turun naik ke kawasan kawah



Ni kenderaan yang akan bawa kita naik dan turun ke atas tempat kawah,
dia punya laju bawak tak hingat, masa naik tadi kenderaan ni tak ada pintu

Balik dari Kawah Putih, makan dulu.. ni makanan paling sedap sepanjang
berada kat Bandung.. hahaha




Day 4: Balik.. Yeayy, rindu anak anak



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi @ whatapps Suhaila : 01126047745
Boleh juga follow FB Suhaila di Suhaila Mamat .


Saturday, April 1, 2017

DO SUPPLEMENT REALLY WORKS?

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera dan terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog Suhaila...

Fenomena Shaklee tengah melanda rakyat Malaysia, baru-baru ini satu forum mengenai tajuk "Do Supplement Really Work?" yang telah dianjurkan oleh pihak Shaklee di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.

Seramai 3 orang panel telah dijemput khas bagi membincangkan isu ini..

Siapakah mereka bertiga ini?

Dr. Bruce Daggy - Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Sains Shaklee Corporation.



Dr. Rajbans Singh - Presiden Persatuan Kesihatan Malaysia



Caleste Lau Wai Hong - Pengurus Dietetik Pusat Perubatan Sunway


Keratan Akhbar yang membincangkan tajuk "Do Supplements Work"










Ini menunjukkan pihak Shaklee sangat sangat mengambil serius tentang penekanan tentang pengambilan makanan tambahan dalam diet harian penduduk Malaysia amnya..

Tujuan forum ini diadakan adalah bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia agar menitik berat mengenai kesihatan dan pengamalan makanan tambahan.

Ketiga-tiga panel ini sangat bersetuju dengan pengambilan makanan tambahan dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit yang telah menyerang pelbagai golongan rakyat di Malaysia.

Jika anda menyahut seruan ini, dan ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan supplement Shaklee, boleh hubungi saya, Suhaila 01126047745..

Jika anda juga ingin mengetahui apakah kebaikan menjadi ahli shaklee anda boleh baca entri ini DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my