Social Icons

Monday, December 4, 2017

kurus vs menyusu

Assalamualaikum wbt…

Terima kasih kerana sudi klik klik ke blog Suhaila..

Harini Suhaila nak cerita serba sedikit pengalaman Suhaila semasa menjadi salah seorang peserta Program SlimFit.

Focus yang Suhaila ingin tekankan pada entri kali ini ialah mengenai penyusuan (breast feeding).

Sejujurnya, pada awal penglibatan Suhaila semasa join program SlimFit ni, susu untuk baby agak merudum.

Sehinggakan sepanjang minggu yang pertama dan kedua tu, memang kerap sangat baby menangis, dan bila direct feeding pun asyik mengamuk je, sebab susu tak keluar..
Memang susah hati sangat..

Suhaila bertahan sehingga minggu kedua, iaitu sehingga timbangan pertama dilakukan.

Sebelum tu Suhaila dah hampir berputus asa, mak Suhaila pun dah sound, dia suruh beli je susu formula, buat top up untuk baby.. (mak Suhaila yang tolong jaga anak Suhaila, dan tinggal bersama Suhaila) tapi Suhaila tak nak beli, sebab dah bertekad nak fully bf untuk baby ke lima Suhaila ni..

Mak Suhaila pun penat jaga baby sebab asyik nangis.. Nampak la dia stress sikit.. kesian jugak kat mak dan baby.. Mak Suhaila juga cakap, biarlah tak kurus lagi, tunggu baby dah boleh makan pun dah ok, kalau nak kurus jugak.. tu lagi menguatkan hati Suhaila untuk berputus asa je join program SlimFit ni..

Jadi, bila timbangan dah dilakukan, Suhaila dapati keputusan penurunan tidak memuaskan.. itu juga factor yang menguatkan lagi untuk Suhaila berputus asa, jadi Suhaila pun mengadu pada coach yang susu Suhaila drop..

Apa lagi, kalut la coach.. risau dia, macam macam nasihat lah yang coach berikan.. termasuklah untuk minta nasihat daripada crew yang sebelum ni pun pernah menyusu semasa join program SlimFit..

Terus crew tersebut pm Suhaila.. hahahaa..

Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang beliau berikan..

Setelah berfikir panjang, Suhaila nak teruskan dan habiskan jugak program SlimFit tanpa stop menyusu..

Sebab Suhaila tahu, dengan menyusu badan merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk kurus atau kurangkan berat badan.. sebab Suhaila pernah alaminya masa menyusukan anak pertama dan kedua dulu.. dan ramai dah yang mempunyai pengalaman yang sama..

Jadi Suhaila ikut nasihat yang crew berikan.. ya, memang ada perubahan sikit.. tak banyak sangat bezanya.. jadi Suhaila fikir lagi, kenapa susu Suhaila tetap tak seperti sebelum Suhaila join SlimFit dulu..

Jadi Suhaila cuba pula mengubah sedikit cara makan suplemen seperti sebelum ni.. (lupa nak bagitahu, set untuk menyusu ada dalam set untuk kurus.. kira sekali harung laa, 2 n 1 gitew, tak perlu nak beli lain..)

Subhanallah Alhamdulillah, syukur sangat.. akhirnya dengan gabungan nasihat daripada crew dan betulkan cara makan supplemen, susu badan Suhaila mengalir keluar dengan meriahnya..


Jadi dua dua pun dapat… kuyus dan baby pun dah tak meragam lagi.. mak Suhaila pun dah tak stress sebab baby menangis lagi..

Itu adalah pengalaman yang baru buat Suhaila.. 

Penting untuk tahu CARA YANG BETUL untuk mendapatkan keputusan yang betul.. 

Untuk kurus kena tahu cara yang betul, untuk menyusu juga kena tahu cara yang betul, untuk meriahkan susu juga kena tahu cara yang betul...

Nak tahu caranya?

Boleh pm direct Suhaila untuk kita selesaikan masalah yang anda hadapi.. just wasap je ke 01126047745.. okey.. 


Monday, June 19, 2017

BAGAIMANA NAK MERIAHKAN SUSU IBU

Assalamualaikum wbt... dan selamat sejahtera Suhaila ucapkan kepada semua pembaca yang sudi klik klik ke blog Suhaila...

Alhamdulillah, nampaknya anda sangat berminat untuk menambahkan atau memeriahkan SUSU IBU untuk cahaya mata kesayangan anda ye...

Sebenarnya masih ramai yang kurang kesedaran untuk penyusuan secara eksklusif untuk cahayamata tercinta. Termasuklah Suhaila suatu ketika dahulu..

Alasannya adalah, malu lah, seganlah, kena selak sana selak sini, tetapi hakikatnya anak yang menjadi mangsa.

Anak akan kekurangan nutrisi yang Allah Swt telah ciptakan sejak azali kejadian manusia lagi. Betul tak, Suhaila percaya ibu yang membaca blog Suhaila ni, bukan macam tu kan...



Sebenarnya, susu formula lagi menyusahkan, kena beli susu, kena bancuh, bancuhan susu kena betul, dan yang penting kena bangun malam untuk buat susu.. hehehee betul tak, lambat buat satu rumah lah dengar jeritan anak yang kelaparan tu, silap2 jiran sebelah mai ketuk pintu rumah, hahaahaha..

Okey banyak pulak mukadimahnya, sebenarnya nak meriahkan susu badan ni senang sahaja.. Selain pada mengurut dengan bidan berpengalaman, pengambilan nutrisi lengkap dan mencukupi juga boleh dan sangat-sangat membantu.

Pengalaman Suhaila sendiri, dari susu yang memang hampir kering, boleh ada balik dengan mengamalkan pengambilan vitamin lengkap. Ya Allah, masa tu tak tahu nak cerita macam mana, memang rasa macam ajaib sangat..

Suhaila dah hampir hampir nak stop menyusukan anak dah masa tu, baby masa tu dalam umur 4/5 bulan..Sebab Suhaila bekerja, dan tiada dorongan dari sesiapa. Jadi nak stop pun tiada halangan, sehinggalah suatu hari kawan sekolah Suhaila contact, sambil borak borak tanya pasal anak apa semua, akhirnya tercerita pasal nak stop bf.

Masa tu dia kenalkan vitamin apa yang sesuai untuk Suhaila ambil, dan masa tu lah juga Suhaila kenal dengan Shaklee. Untuk lihat vitamin apa yang Suhaila ambil boleh klik di sini.

Baru-baru ni, kira testimoni terbaru dari custemer Suhaila sendiri, awal bulan Ramadhan haritu, beliau menghubungi suhaila melalui no whatsapp (01126047745). Kata beliau, beliau perlukan suplemen untuk membanyakkan susu, terutamanya di bulan Ramadhan ni.

Kata beliau lagi susu badannya kini hampir mengering dan beliau bekerja, kalau boleh beliau tak nak bagi susu formula kat cahaya mata kesayangan.

Memang mudah sangat berurusan dengan Puan Hajar ni, setelah Suhaila bagitahu harga, beliau terus setuju, tetapi Suhaila offer untuk beliau jadi ahli untuk dapatkan pembelian harga ahli, lagi murah, juga dengan senang hati beliau setuju, tetapi untuk penjimatan yang lebih berganda Suhaila offer dia dengan pendaftaran ahli secara percuma dengan mencukupkan point minima dan siap dapat rebate lagi bulan depan terus masuk ke akaun..

Tanpa banyak soal Puan Hajar dah pun transfer kesemua jumlah yang perlu di bayar ke akaun Suhaila.. YA Allah hampir menitis air mata Suhaila, Allah kirimkan rezeki dari jauh untuk Suhaila dan sangat sangat senang berurusan dengan beliau.

Setelah mendapat kesemua barang yang dipesan, dan jadual pengambilan vitamin eksklusif untuk bulan puasa, selang dua hari Puan Hajar menghubungi Suhaila, katanya kenapa urin dan susu nya berwarna kekuningan..

Untuk urin ia adalah kesan daripada pengambilan B-Complex, manakala susu pula ia kelihatan kekuningan adalah disebabkan susu Puan Hajar kini lebih pekat dari susu yang dulu, yang kelihatan agak jenih dan cair. Tahniah Puan Hajar! Gembira sangat dapat bantu Puan.



Puan Hajar juga akui yang susu beliau yang dulu hanya susu jernih (foremilk), setelah amalkan vitamin Shaklee kini susu beliau lebih pekat (hindmilk).

Mudahkan, tak perlu tunggu lama pun, dalam 2 ke 3 hari pengambilan vitamin yang cukup (set menyusu) dah boleh dapat kesan yang diinginkan.

Kepada anda, yang inginkan kesan yang sama seperti Puan Hajar, boleh cepat-cepat hubungi Suhaila tau...

Suhaila boleh bagi tips, konsultasi dan anda boleh tanya apa2 pon.. In Sya Allah Suhaila akan bantu selesaikan masalah anda sebaik mungkin..

SID: Suhaila Mamat, 1077576


Sunday, June 4, 2017

Fungsi Vitamin Set Hamil / Pantang / Menyusu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Suhaila...

Terima kasih kerana sudi klik klik ke blog Suhaila... Klik klik anda amatlah Suhaila hargai.. amboi dah macam surat rasmi pulak kan.. hehee okey abaikan..

TAHNIAH!

Okey memula sekali, tahniah kerana anda telah berminat untuk mengetahui mengenai kepentingan vitamin / makanan tambahan dalam diet seharian. 

Terutamanya kepada ibu mengandung. Untuk pengetahuan anda, nutrisi tambahan memang sangat diperlukan untuk ibu mengandung..

Kerana, jika hanya mengharapkan dari makanan yang dimakan sahaja, belum tentu vitamin yang diperlukan untuk bayi dalam kandungan ada dalam makanan tersebut. Jika ada sekalipun, adakah ia mencukupi?

Jadi untuk pastikan nutrisi cukup terutamanya untuk bayi dalam kandungan, ambil sahaja nutrisi tersebut melalui makanan tambahan atau vitamin. Senang cerita, betul tak? tak perlu susah susah cari makanan apa yang ada vitamin tertentu untuk dimakan.

Fungsi-fungsi Vitamin Yang Terdapat Dalam Set Hamil/Pantang/Menyusu

Vitalea with iron (Multivitamin) – mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan dan kecergasan badan ibu sepanjang waktu kehamilan, bersalin dan menyusu. Iron pula penting bagi menjaga tahap haemoglobin (HB) yang sihat untuk ibu.


B-Complex with Folic Acid – Folic Acid menlindungi bayi dan kandungan daripada kacacatan system sarafnya seperti Spina Bifida. B-Complex adalah vitamin anti stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.


Vita-C Sustain Released – Membantu penyerapan iron di dalam Vitalea disamping meningkatkan system imun ibu dan bayi.


ESP Protein Powder - Protein membantu kecergasan badan ibu hamil dan menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu dan bayi. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah protin. Dengan pengambilan ESP, sangat membantu untuk memekatkan susu ibu dan bayi akan lebih mudah kenyang.


OsteMatrix (Kalsium & Magnesium) – Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil dan menyusu, semua kalsium kalsium dalam dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan, dan kedalam susu ibu yang diminum bayi. Kompoposisi terbesar dalam susu ibu selepas protin adalah kalsium.


Jadi kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoforosis, sakit-sakit tulang dan masalah gigi. Ia juga membantu dalam masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit-sakit badan, pinggang dan belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, pantang dan menyusu.

Omega Guard (DHA) – Mengadungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.


Zinc (Tambahan selepas bersalin) – Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Juga membantu masalah keguguran rambut.


Alfalfa (Tambahan semasa menyusu) – Sebagai ‘milk booster’, herba yang membantu untuk menambah penghasilan susu ibu.


Sekarang kita dah tahu setiap fungsi vitamin yang terdapat dalam cadangan set hamil/berpantang/menyusu kan.. ternyata ia memang mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Apabila semua nutrisi telah mencukupi untuk badan setiap hari, In sya Allah, badan akan sentiasa sihat. Terutama untuk ibu yang berpantangkan..

Jadi, Suhaila doakan agar dengan info-info yang telah anda baca ini, dapat bantu dan tambah sedikit pengetahuan anda dalam ilmu nutrisi, dan dengan harapan agar anda dapat berikan yang terbaik buat cahaya mata tercinta...

Untuk dapatkan maklumat secara lebih detail dan konsultasi percuma, anda boleh hubungi saya melalui whatsapp 01126047745 (for fast respond)

In sya Allah, saya akan berikan khidmat yang terbaik untuk membantu anda.. =)




Monday, May 29, 2017

5 TIPS MENYUSU SAMBIL BEKERJA (BULAN PUASA)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog Suhaila. Terima kasih tak terhingga kepada anda Suhaila ucapkan. Semoga hari ini anda semua akan mendapat satu ilmu yang bermanfaat yang ingin anda ketahui...

Untuk ibu ibu semua tetap memberi susu secara eksklusif kepada anak-anak sangat-sangatlah mencabar ye, dari segi emosi dan fizikal. Harap ibu ibu semua sudah bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mula-mula sekali:




1.Set Your Mind right

Pengeluaran susu banyak dikawal oleh minda kita. Jika kita awal-awal lagi sudah set minda kita yang susu akan berkurang semasa puasa, maka berkurangkan ia… Sama juga jika kita berpuasa, bila kita kata penatnya puasa, dengan serta merta tubuh kita akan rasa lemah sangat, tapi bila kita tukar mind set kata, ehh aku kuat, tak penat pun.. dengan serta merta juga tubuh kita terus rasa segar bertenaga.

Maka apa yang perlu ibu-ibu buat adalah reset kembali minda kita, percayakan pada badan kita dan perbetulkan niat kita. Bulan ramadhan kan bulan keberkatan dan suci. In sya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Nya, yang penting niat yang betul dan berdoalah.

Tips: Perbanyakkanlah doa, mohon lah dengan Dia yang Maha Pemberi

“ Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku. Banyakkalah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan yang mulia ini, permudahkanlah jalanku untuk aku menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.”
“ Ya Allah, Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan RahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.. aminn”

~ tukar mindset ‘susu tak perlu banyak, tapi cukup untuk buat baby kenyang’. Itulah yang dipanggil berkat. Walau sedikit tetapi cukup.

2.       Jaga makan dan minum

Ibu-ibu digalakkan untuk makan makanan yang sihat, dan menyihatkan. Tinggi protin, rendah lemak, sebaiknya ambillah sumbernya dari tumbuhan bukan haiwan.

Nasi boleh dimakan  seperti biasa, namun tak perlulah kita nak beli semua makanan yang ada kat bazar tu kan.

Air, yessss air saaangat penting. Pastikan air sentiasa cukup setiap hari. 3 liter ataupun ikut keperluan berat badan ibu-ibu, iaitu 25kg untuk 1 liter air.

Contoh pengambilan:-

~Berbuka: 3 biji kurma dengan 500ml air kosong, setiap sejam lepas berbuka minum lagi 250ml sehingga nak tidur malam.

~Sahur: sejurus bangun untuk sahur minum 250ml, sambil masak minum lagi 250ml, simpan 2 gelas terakhir lagi untuk diminum selepas makan dan sebelum imsak. Sahur juga makan 3 biji kurma lagi.

Ibu-ibu mesti sahur atau wajib makan sahur tau…. Kerana terdapat keberkatan di dalam sahur itu. Rasulullah berpesan :-
“ Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim)

Dapat sunat, dan dapat pahala…

3.       Direct feeding dan pam

Jika ibu ibu sudah mempunyai jadual penyusuan yang tetap, follow je jadual tu.
Contohnya:
12am – double pumping
2 am – tandem (anak menyusu dan pam)
4.30 am – pam
6.30 am – pam
Ni contoh jadual pam waktu malam.

Bulan puasa biasa ibu ibu masuk kerja awal kan, jadi ambiklah kesempatan ruang masa yang ada untuk pam lagi. Kalau jalan jam, boleh pam waktu ni, bukan ada orang tengok pun. Semua tengah focus kat jalan jam… hehehe

Bila dah masuk waktu kerja, boleh mulakan pam lagi, contohnya:
10.30 am
1.30 pm
4.30 pm
Masa balik tu, kalau jalan jam lagi, boleh pam lagi.

Yang penting ibu-ibu kena konsisten pam/menyusu ikut jadual. Kena disiplin, terutamanya waktu pam… waktu menyusu kat rumah ikut keperluan bayi lah.. bila-bila masa yang dia nak kan..

Ibu ibu juga digalakkan untuk bangun malam, antara pukul 2-3 pagi untuk tanden, sebab in sya Allah, hasilnya akan buat ibu ibu tersenyum sepanjang hari.

4.       Tips ke 4 adalah zikir.

Perbanyakkan zikir, terutamanya sewaktu menyusu.. banyak keberkatan yang bakal kita perolehi dengan alunan zikir dari mulut ibu.
“ Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab “ 
gandakan alunan zikir ini berbanding hari-hari biasa.

5.       Makanan tambahan/supplemen

Kalau boleh ambillah supplemen untuk membantu ibu ibu menyusu mendapatkan nutrisi yang mencukupi sewaktu berpuasa, untuk memekatkan susu dan membantu ibu ibu kekal sihat bertenaga.

Semoga Allah permudahkan niat murni ibu ibu semua untuk terus menyusukan anak secara eksklusif.

Untuk ibu ibu yang mengambil anak angkat dan nak menyusukan anak, boleh cuba direct feeding dan pam secara konsisten antara 2 hingga 3 jam sekali. Direct feeding lebih banyak memberi kesan daripada pam.

Ibu ibu digalakkan membuat jadual dan konsisten serta disiplin dengan jadual tersebut. In sya Allah, susu akan keluar. Mula-mula mungkin akan keluar susu yang cair macam air kosong atau susu yang yang sangat jernih, tapi ibu ibu jangan risau, teruskan konsisten dengan jadual. In sya Allah, susu putih akan keluar nanti.

Sepatutnya ibu ibu boleh start dari awal iaitu sebelum puasa lagi, supaya bila masuknya bulan puasa, ibu ibu semua dah selesa.



*Ibu ibu nak tahu supplemen apa yang boleh diambil untuk ibu menyusu? dan ia adalah sangat berkesan, semulajadi, dan selamat yang berasaskan tumbuhan semulajadi...
Boleh hubungi/wa Suhaila di 01126047745
sid:1077576
boleh pm kat fb : Suhaila Mamat




Monday, May 22, 2017

KEPENTINGAN OMEGA 3 TERHADAP KESIHATAN

assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera... terima kasih kerana sudi memilih blog Suhaila untuk mendapatkan sedikit info, harapan Suhaila agar dapat menambah sedikit pengetahuan untuk anda juga..

Entry kali ini kita bercerita mengenai kepentingan Omega 3 kepada kesihatan sepanjang hayat.. Entri ini adalah daripada daripada artikel dalam jounal Omega 3...

Tahukah anda, asid lemak (fatty acid) omega 3 dikaitkan dengan penuaan yang sihat sepanjang hayat. Ini bermakna ia sangat penting untuk tubuh badan kita bermula sejak dari janin hinggalah kepada warga tua, kerana umur kita akan meningkat setiap tahun.

Apa itu Omega 3


Asid lemak Omega 3 juga dikenali sebagai asid lemak tepu (EFA's), merupakan lemak sihat atau baik yang kita perlukan bagi menyokong fungsi normal semua tisu dalam tubuh. iaitu membran saraf, salur darah dan otot-otot adalah terbina daripada asid lemak.

Badan kita tidak mampu untuk mengeluarkan asid lemak dengan sendirinya, jadi kita harus mendapatkannya daripada sumber yang boleh menbekalkanya blok binaan penting untuk badan kita ini.

Asid lemak omega 3 mengandungi Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Eicosapentaenoic (EPA). Kedua dua elemen ini penting untuk tubuh dan memberikan banyak kebaikan di antaranya:


  • kesihatan jantung
  • kesihatan mata dan fungsi kognitif
  • mengurangkan keradangan

Ada kajian berkenaan EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan janin yang betul, termasuk neuron, retina, dan fungsi imun bagi janin tersebut. EPA dan DHA juga mampu untuk menghalang banyak aspek fungsi kardiovaskular termasuk keradangan, penyakit arteri periferal, masalah utama koronari dan pencegahan gumpalan darah daripada berlaku.

EPA dan DHA juga dikaitkan dengan pencegahan, pengurusan berat badan, dan fungsi kognitif kepada mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer sederhana.

Kerana ia sangat penting untuk otak. Bila otak dalam keadaan baik, semuanya akan baik, akan tetapi sekiranya otak berada dalam keadaan yang tidak baik, sebarang penyakit akan menjadi lebih teruk. Contonya darah tinggi, yang mana akan membawa kepada strok.

Kurangnya pengambilan DHA dan EPA dipercayai berkait dengan proses peningkatan keradangan, perkembangan janin yang lemah, kesihatan kardiovaskular, dan risiko penyakit Alzheimer.

Kajian ini banyak memberi tumpuan kepada manfaat daripada EPA dan DHA jika dijadikan suplemen sepanjang hayat termasuk penggunaan semasa mengandung untuk perkembangan janin yang sihat yang memberi kebaikan sepanjang hayat, untuk mengurangkan banyak faktor kardiovaskular, dan kegunaan yang berpotensi kepada alzheimer.


Kepentingan Omega 3 Dalam Kesihatan

Omega Guard : Omega 3 dan Ibu Mengandung


Sangat penting untuk ibu mengandung untuk mengambil asid lemak Omega 3 yang mencukupi.Terlalu banyak faedah EPA dan DHA kepada ibu dan terutamanya kepada bayi dalam kandungan.

Hakikat ini kerana:

Semasa mengandung, plasenta memindahkan nutrien termasuk DHA daripada ibu kepada bayi. Sebanyak mana ibu mengambil Omega 3 setiap hari sebanyak itulah bayi akan dapat. Dalam kata lain apa yang ibu makan itulah yang anak dapat.

Garis panduan Pemakanan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (US) mengesyorkan ibu mengandung mengambil di antara 8 - 12 oz makanan yang mengandungi Omega 3 seminggu iaitu bersamaan dengan 300 - 900 mg EPA dan DHA setiap hari.

Antara manfaat asid lemak Omega 3 semasa mengandung adalah:-
  1. DHA berperanan dalam fungsi membran sel - untuk perkembangan otak bayi dan retina. ini boleh dikaitkan dengan penglihatan normal dan fungsi otak apabila bayi lahir kelak. Satu kajian oleh Hakim et al. mendapati kanak-kanak yang ibunya mengambil suplemen DHA semasa mengandung mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil suplemen DHA semasa mengamdung.
  2. Mengelakkan kelahiran pramatang dengan mengurangkan prostagladin iaitu boleh megurangkan keradangan dalam rahim.
  3. Melindungi bayi daripada alahan dan meningkatkan sistem imun - justeru dapat mengurangkan risiko ekzema, asma dan lain-lain penyakit disebabkan sistem imun yang rendah dikalangan bayi dan kanak-kanak.
Omega Guard : Kesihatan Kadiovaskular



Penyakit berkaitan kardiovaskular adalah punca kepada 38% daripada semua kematian di negara kita. Keradangan kronik selalu menjadi punca kepada kebanyakan penyakit kronik, termasuk penyakit kardiovaskular. EPA dan DHA mempunyai kesan anti radang dan berperanan dalam tekanan oksidatif serta membantu meningkatkan fungsi sel melalui perubahan dalam gen.

EPA dan DHA meningkatkan kestabilan plak, mengurangkan pengaktifan endothelial, dan meningkatkan ketelapan vaskular, sekaligus mengurangkan peluang untuk mengalami kardiovaskular.



Asid lemak Omega 3 dapat membantu kesihatan kardiovaskular dari segi memainkan peranan dalam aterosklerosis dan penyakit arteri periferal (PAD):
  1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan membantu meningkatkan kestabilan plak, mengurangkan pengurangkan pengaktifan endothelial, dan meningkatkan ketelapan vaskular. 
  2. Meningkatkan fungsi endothlial - mengurangkan tahap plasma dan meningkatkan pengembangan aliran arteri.
Omega Guard : Kesihatan Otak

Alzheimer adalah satu penyakit yang mempunyai rawatan terhad dan tiada penawar dengan petanda awalnya adalah hilang ingatan dan ketidakupayaan pesakit.

Pada masa ini dianggarkan 26.6 juta pesakit alzheimer di seluruh dunia dan dijangka meningkat lagi pada tahun mendatang. Banyak kajian mendapati pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu menurunkan keradangan plak pada otak terutama di kawasan otak yang dianggap penting seperti hippocampus dan korteks parietal.
  1. Meningkatkan plasma yang dikatakan dengan faktor keradangan dan faktor granulocyte
  2. membantu menurunkan berat baadan
  3. Meningkatkan fungsi kognitif pesakit alzheimer.
PENUTUP

Daripada artikel/jurnal ini, penting untuk mendapatkan bekalan Omega 3 yang cukup untuk badan kita daripada sumber pemakanan seharian. Kita memerlukan sekitar 500mg hingga 1000mg Omega 3 setiap hari. Adakah mudah untuk kita dapatkannya dari makanan harian kita?

Jadi untuk memudahkan kita untuk mendapatkan Omega 3 yang mencukupi setiap hari, elok kita dapatkan suplemen agar dapat menampung keperluan tersebut.

Jadi untuk keseluruhannya kebaikan Omega 3 ini penting sejak dari dalam rahim sehinggalah kepada warga emas.
  1. Ibu mengandung dan meyusu: khasiat kepada bayi dari segi fungsi otak dan perkembangan mata yang normal, fungsi kognitif, juga melindungi bayi daripada penyakit alahan/ekzema/asma dan meningkatkan sistem imun bayi.
  2. Melindungi tubuh daripada penyakit berkaitan kardiovaskular seperti darah tinggi, penyakit jantung dll.
  3. Melindungi daripada penyakit berkaitan saraf dan otak seperti alzheimer, parkinson, strok dll.

Sudahkah anda mengambil supplemen Omega 3 anda hari ini? 

Sekiranya anda juga pencari kehidupan yang sihat berpanjangan seperti saya, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang sihat, bertenaga dan muda kepada anda dan keluarga.

Pilihan ditangan anda, saya telah pun memilih produk yang terbaik dan diyakini untuk saya amalkan, saya juga yakin anda juga sedang mencari produk yang terbaik dan terbukti berkesan untuk digunakan, jadi tidak perlu ragu-ragu untuk memilih produk terbukti berkesan, semulajadi dan selamat seperti produk Shaklee...

Untuk dapatkan Omega Guard dan supplemen lain dari Shaklee, boleh hubungi saya dengan segera di 01126047745

Suhaila bt Mamat
SID : 1077576








Sunday, April 30, 2017

TRAVEL SEMASA HAMIL

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog Suhaila.. Suhaila harap dengan berkongsi pengalaman Suhaila sendiri ini dapatlah membantu sedikit sebanyak, ibu ibu hamil diluar sana merancang percutian dengan lebih senang hati...

Travel semasa hamil..

Pada mulanya, semasa suami Suhaila beritahu tahun ni ada trip ke Bandung, rasa macam kecewa juga lah, sebab fikir tengah mengandung kan.. tak kan lah nak pergi travel, luar negara pulak tu.

Tapi bila fikir fikir balik, siapa yang tak nak pergi ke Bandung kan, syurga membeli belah kott,          "orang kata.." masa tu tak pergi lagi tak tahu lah betul ke tidak.. hehehee

Dah lama berangan nak pergi Bandung, terasa rugi pulak kalau tak ikut. Jadi, bila semangat dah bertukar tu, cepat-cepat lah cari en google...

Bila baca blog2 yang berkaitan, rasa confident tu datang sikit demi sikit.. Sebab ada ramai rupanya yang dah travel masa pregnant ni. Ia bukanlah suatu yang tak pernah dibuat orang. hahaha.. legaaa

Tapi cabarannya adalah, mampu ke mak buyung ni nak travel, tak penat ke nanti, kang menyusahkan orang pulak...betul tak..

Tapi Suhaila google lagi, pastu adalah terjumpa satu blog ni http://www.almaricantik.com/2017/04/ibu-hamil-kuat-boleh-naik-flight-panjat.html

Okey bila tengok video klip ni, waahh dia makan supplement Shaklee... Makin bertambah keyakinan Suhaila masa tu untuk ikut jugak ronbongan ke Bandung ni.. Sebab Suhaila pon memang sedang amalkan supplement set hamil Shaklee. Yeaayyy

Jadi keputusan sudah dibuat, sambil tu Suhaila tetap berdoa kepada Allah swt supaya memudahkan segala urusan Suhaila sepanjang berada di Bandung. dan Allah telah mengizinkam Suhaila untuk sampai ke Bandung.. Alhamdulillah..

SURAT PENGESAHAN DOKTOR..

Pada mulanya Suhaila memang tak tahu langsung, yang ibu mengandung rupanya perlukan surat pengesahan dari doktor untuk naik pesawat, maklumlah Suhaila memang jarang naik flight, sebab takde pergi mana kan..

Masa dok baca baca blog2 lah Suhaila baru tahu rupanya ada prosedur untuk ibu hamil naik flight. hahaa..

Sebenarnya jika tiada masalah seperti di bawah, dan dengan kebenaran doktor tak ada masalah pon untuk ibu hamil naik flight..
1. Pendarahan ringan
2. Kencing manis
3. Tekanan darah tinggi
4. Mabuk hamil yang teruk
5. Pernah mengalami keguguran
6. Pernah melahirkan bayi pramatang


MASA YANG SESUAI UNTUK TRAVEL

Alhamdulillah, kebetulan Suhaila memang berada di trimester kedua (14 hingga 27 minggu),
26 minggu. Masa trimester kedua, kebanyakan masalah mabuk teruk, peluang keguguran sudah berlalu, dan pada masa ini ibu hamil sudah semakin bertenaga dari terimester pertama.

Jika ibu sihat dan tiada masalah, kebanyakan syarikat penerbangan juga akan membenarkan ibu hamil naik pesawat sehingga peringkat 36 minggu. Juga diingatkan, usia kehamilan perlu juga dikira pada tarikh pulang nanti ye, jadi semak betul betul tarikh sebelum menempah tiket, untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

TIPS ATAU PERSEDIAAN NAIK KAPAL TERBANG

  • Usahakan untuk check in lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa bagi memudahkan anda untuk berjalan dan ke tandas.
  • tekanan udara dalam kapal terbang adalah rendah dan perlu banyak minum air bagi menghindari dihidrasi terutamnya sewaktu penerbangan yang jauh.
  • gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kaki kejang akibat duduk terlalu lama. antara kaedah gerakan adalah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki, dan menggerakkan jari kaki.
  • jangan khuatir dengan mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui setiap pintu masuk lapangan terbang, kerana ia bukanlah sinar x yang boleh mengganggu keadaan bayi dalam kandungan. 
VITAMIN SANGAT MEMBANTU

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama Suhaila travel semasa hamil, nervous dia tu lain macam skit, jadi Suhaila banyak tekankan persediaan mengenai kesihatan dan keselesaan. Suhaila tak nak, datang jauh jauh dan dah berhabis banyak, tapi dok terperap je kat dalam bilik hotel. itu sangat merugikan. 

Dengan berkat doa dan bantuan vitamin shaklee, semua perjalan dapat Suhaila pergi mengikut jadual, takde satu pon yang tertinggal. Tiada langsung masalah kesihatan, sedangkan ada seorang ahli rombongan yang terpaksa skip satu hari perjalanan akibat masalah kesihatan.

Yang Suhaila rasa tak selesa sikit, sebab kasut yang Suhaila pakai tu, ia masih baru, jadi agak kurang selesa sikitlah. Tapi untuk hari pertama dan kedua sahaja. Hari lain dah okey balik.

MASALAH BUANG AIR BESAR


Masalah ni selalu Suhaila hadapi bila travel, tak kisahlah dalam atau luar negara. Bila dah bertukar tempat pembuangan, selalu timbul masalah ni kan. Suhaila rasa, anda pon samakan?Alaa ngaku jelah, bukan orang tahu pon, hahahaaa... kita2 jeee...

Tapi untuk trip kali ini, Alhamdulillan, tiada langsung masalah pembuangan ni, setiap pagi sebelum turun sarapan kat lobi, mesti flush dulu, tak pernah miss okey.. nak makan pon senang hati dah.. lalalaalaaa

Sebelum ni, memang nak makan pun tak senang, sebab yang kat dalam pon tak keluar lagi, nak tambah lagi, aduii.. makin bertoksin laa dalam badan..

Apa vitamin yang Suhaila makan? haa meh sini nak cerita, memang berbaloi sangat kalau makan semua vitamin ni. Sebab hati tenang, gembira dan puas hati dapat jalan2 dengan sihat dan cergas kan. Sebab dah bayar tiket mahal2 tapi tak boleh nak jalan2 rugi laa macamtu, dah la tak tau bila pulak boleh datang lagi kan? sebab itulah pentingnya makanan tambahan ni.

Boleh baca sini . untuk keperluan ibu mengandung, menyusu dan berpantang pun boleh ambik yang ni jugak, puas hati bila kita sihat dan cergas.

Sambil-sambil tu boleh layan gambar dulu.

Jom layan gambar masa di Bandung...

Day 1

turun flight, nyaman je rasa udara.. setelah sejam duk pusing atas, delay x leh turun..
makan dulu.. ini lah menu utama makanan kat Bandung
Hari pertama, tak sempat nak pergi mana-mana.. lepas makan, pergi satu kedai kain, tapi tak sempat ambik gambar pon, sebab excited dok pilih kain.. lupa ambik gambar... dapatlah tangkap beberapa helai kain pasang sulam dan tshirt..

Day 2

Floating Market, Lembang
tu dia gambar mak yong kan.. heheheee
antara jualan kat floating market

selfie sikit, cik abang mak yong tengah bagi keterangan
 apa kat pasanngan paling veteran  yang join trp kali ini tu... hehe


Antara pemandangan yang ada kat sini, cara penanaman padi

bagi makan ikan, banyak dan gemok gemok ikan kat sini,
terkejut mak yong dengar ikan datang serbu makan

Gerai gerai dalam bot..  ni gerai kebab, sedap jgk..
banyak lagi gerai yang jual macam macam jenis makanan lagi


Day 2: Farm House Susu Lembang













Day 3 : Kawah Putih

Pada zaman dahulu kawasan ni di anggap kawasan 'keras', memang tak ada seorang penduduk setempat pun yang berani masuk ke dalam hutan ini.. sebab setiap kali burung yang melintasi kawasan ni mesti dah tak keluar, mungkin mati...

Jadi tak ada yang berani nak masuk kawasan hutan ni, sehinggalah seorang warga belanda yang datang melawat Bandung, merasakan kawasan ini terlalu sunyi, dan perasaan ingin tahu beliau membawa kepada penerokaan ke dalam hutan tersebut.

Sehinggalah beliau terjumpa satu kawasan dan terpegun melihat keindahan pesona alam yang terbentang di hadapannya, di mana terdapat sebuah danau yang cukup luas dengan air yang berwarna putih kehijauan.

Dari dalam danau tersebut keluar semburan lava serta bau belerang yang menusuk hidung. Maka terjawablah mengapa burung tidak mahu melintasi kawasan tersebut.

Mak yong tak tahan ngan bau belerang kuat sangat..




Tak tahan, tak boleh dok lama, risau pulak kat baby ni.. ajak cik abang mak yong naik dah,
sempat amik gambar sikit jer.. 

Kat belakang tu, tangga untuk turun naik ke kawasan kawah



Ni kenderaan yang akan bawa kita naik dan turun ke atas tempat kawah,
dia punya laju bawak tak hingat, masa naik tadi kenderaan ni tak ada pintu

Balik dari Kawah Putih, makan dulu.. ni makanan paling sedap sepanjang
berada kat Bandung.. hahaha




Day 4: Balik.. Yeayy, rindu anak anak



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi @ whatapps Suhaila : 01126047745
Boleh juga follow FB Suhaila di Suhaila Mamat .


Saturday, April 1, 2017

DO SUPPLEMENT REALLY WORKS?

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera dan terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog Suhaila...

Fenomena Shaklee tengah melanda rakyat Malaysia, baru-baru ini satu forum mengenai tajuk "Do Supplement Really Work?" yang telah dianjurkan oleh pihak Shaklee di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.

Seramai 3 orang panel telah dijemput khas bagi membincangkan isu ini..

Siapakah mereka bertiga ini?

Dr. Bruce Daggy - Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Sains Shaklee Corporation.



Dr. Rajbans Singh - Presiden Persatuan Kesihatan Malaysia



Caleste Lau Wai Hong - Pengurus Dietetik Pusat Perubatan Sunway


Keratan Akhbar yang membincangkan tajuk "Do Supplements Work"










Ini menunjukkan pihak Shaklee sangat sangat mengambil serius tentang penekanan tentang pengambilan makanan tambahan dalam diet harian penduduk Malaysia amnya..

Tujuan forum ini diadakan adalah bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia agar menitik berat mengenai kesihatan dan pengamalan makanan tambahan.

Ketiga-tiga panel ini sangat bersetuju dengan pengambilan makanan tambahan dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit yang telah menyerang pelbagai golongan rakyat di Malaysia.

Jika anda menyahut seruan ini, dan ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan supplement Shaklee, boleh hubungi saya, Suhaila 01126047745..

Jika anda juga ingin mengetahui apakah kebaikan menjadi ahli shaklee anda boleh baca entri ini DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my