Social Icons

Wednesday, December 25, 2013

[bhgn akhir...] bye bye..

assalamualaikum wbt..

ni masa perjalanan pulang.. entri kali jelajah gambar je lah ye.. hahaa.. tengok gambar lagi best kan..  dah banyak sangat tulis masa bhgn 1 dulu kan?


bila dah turun keta, apa lagi snap-snap lah.. tujuan utama si baju merah tu dijemput untuk mengikuti rombongan ni adalah.. seperti yang di lihat tu lah hahhaa... yeayy sempat lah melepaskan gian 'menyenap' gambar...( betol ke perkataan tu??? )

ni lah persinggahan terakhir kami.. kat pasar ni.. nak beli sayur dan ole-ole untuk kekawan sikit katanya.. apa lagi jom lah sopim... dah tak sabar ni, mana pulak abah Akim ni.. (pegi amik kasut Aliff tertinggal dalam kereta...)

haa kasi besar sikit 'pelakon utama' ni.. ramai yang jual strawberry kat sini.. harganya pun boleh tahan, murah sikit rasanya... tapi kena tengok betul-betul kapasiti muatan dalam bekas tu... jangan sampai tertipu plak.. ada yang satu tingkek ada yang dua tingkek, ada yang kecik ada yang besar.. kena pandai2 lah congak matematik sikit.. heheee....

Akim tengah intai tok ma dio, hilang doh... mana tok ma ni? doh la jalan soram-soram.. laju je dia ya? tahulah lutut tu ok doh, make ajht lah kata kan... tak di kata nok cari sayur.. meh cari kat gerai sayur...sib baik jumpa.. dah talipon tak bawak.. taulah pernah sampai sini suatu ketika dulu... huhuuu tok ma tok ma..

ni lah set sendi Shaklee, yang di gunakan oleh tok ma Akim... nak jaga cucu, mesti kuat segala segi heheheee.. sempat lagi menyelit.. jangan marah haaa...

wow!!! kat sini lagi banyak pokok kaktus cantik2.. macam-macam spesis ada... rm10 dapat 7.. tapi sebab dah beli dah semalam.. amik gambar jelah wat kenangan... comei-comei sangat... geram betul tengok...

madu lebah asli.. tapi bukan lebah liar.. 

paparan ni hanya lah untuk perkongsian semata-mata, tiada yang lain, hanya untuk menambahkan pengetahuan jika ada sesiapa yang pernah pergi dan terlepas pandang.. 

ok lah uollls, kat bawah ni ada lagi beberapa keping gambar yang saya nak kongsi lagi ngan uollss... harap enjoy lah ye...  harap jika ada salah silap harap di maafkan lah ye.. sekiranya terkasar bahasa ke, ada yang tak suka ke, saya budak baru nak belajar menulis.. huhuu.. kalo ada komen yang boleh meningkatkan daya kreativiti saya, sila-silalah komen kan..

macam gambar Aliff tak ada sangat kan dalam entri kali ni... hehee

apa-apa pon, semoga anda semua enjoy berkunjung ke blog ni ye.. jika anda suka dan enjoy dengan blog saya sila-silalah tekan like kat bawah ye...



Monday, December 23, 2013

the little owlie... in da house..

salam perkenalan dari 'little owlie'...

sambil-sambil bershaklee.. terbuat little owlie... siap, pastu post kat facebook... ramai pulak yang berminat... setiap hasil kerja tangan saya adalah 100% jahit tangan tau.. tak ada yang guna mesin jahit pun ye.. in sya Allah.. itu adalah trademark 'little owlie' saya...

en arham bagi idea supaya 'little owlie' di masukkan sekali dalam blog.. sebab dia pon minat dan order juga.. kebetulan masa tu memang tengah dalam proses buat blog ni haaa... katanya nak bagi semangat!!  saya tanpa fikir panjang.. on je lah.. nasihat daripada yang pakarkan!!.. kenapa tak nak ikut? kan?

antara owlie pertama yang di hasilkan..

si purple..

si hijau..

ke dua-dua ekor owlie ni sesajer jer buat.. tak ada yang request pun.. mungkin untuk simpanan atau model jer hahaa... xcited dengan dies yang baru di beli ni.. (jenama sizzix..) beli dengan harga rm90.. (exclude post cost) dengan Peach Owlcraft sebab tengok comel sangat si owlie bam bam ni.. bila dah survey2 sikit.. kat peach owlcraft ni harga dia memang murah sangat dari kedai-kedai lain.. dapat gaji jer terus order.. dies ni hanya boleh digunakan bersama mesin big shot sahaja yer... kalo nak beli dies ni, kena beli mesin big shot dulu..

ni lah dia rupa dies tu.. 

bila dah post kat face book.. menjelma lah pelanggan pertama.. alhamdulillah.. katanya untuk di berikan kepada anak perempuan sempena hari jadi yang ke 6 tahun.. maka bekerjalah tangan ni untuk buatkan key chain untuk digantungkan di beg sekolah, tengah mood excited kan..  akhirnya terus buat dan siap tempahan pertama... hasilnya...

tadaaa.... gebusss gitusss

comeil kan? kan? hahaa... itu lah yang dikomen kan dalam ruangan komen facebook saya.. (kui kui perasan pulak...) ha ha haa... 

okey lah setakat ni dulu untuk dikongsikan pada hari ini... in sya Allah.. jika ada tempahan lagi lepas ni saya akan update lagi yer... memang ada pun huhuu.. nantikan di entri seterusnya ya... :)


semoga perkongsian kali ini membawa kebaikan dan perubahan yang lebih baik untuk diri anda dan sekeluarga.. jika suka, sila-sila lah like... terima kasih daun keladi... heheee





Sunday, December 22, 2013

[bhgn 3...] sambil sambil..

salam semua... apa khabar...

kali ni hanya gambar yang akan berbicara...

dimulakan dengan gambar eisya... mata macam dah ngantuk.. cian eisya.. penat sangat dah tu.. huhuu...


ala-ala dok kat luar negara tak..(maklumlah Cameron Highland ni pun first time.., luar negara lagi lah...entah sampai ke tidak.. tapi angan-angan tu ada..) hahaa siyes cantik sgt kat sini.. persekitaran nya kemas dan bersih.. 

strawberry with choclate cream.. yumm.. yumm..

eisya dah pon tertidor..
perasan tak kat sini cara penanaman pokok strawberry dia lain kan.. tapi sebenarnya cara ni yang kebanyakan ladang2 kat sini guna.. mungkin lebih praktikal kan...



rupanya bunga-bunga kat sini lagi banyak dan lagi cantik-cantik... nak tau kat mana?

*ada special tentang bunga tau.. nanti saya akan cerita kat entri seterusnya... heheee

ibu saya pun tak melepaskan peluang.. ros merah, ros kuning.. ros merah.. ros kuning.. last-last dua-dua dapat.. hahaaa


haa.. kat sini lah..

ok lah dah penat dah.. eisya pun dah bangun dah, mesti eisya dah lapar.... jom balik hotel..
sekian, jangan lupa baca entri seterusnya... :)





[bhgn 2.. ] Brinchang...

assalamualaikum...

kali ni nak cerita pasal pengalaman berada di Brinchang...

siap solat jamak zohor dan asar... apa lagi, cari strawberry lah.... jommm... entri kali ni, tak nak cerita banyak dahh.. kita layan gambar jer... huhuu



kat sini pun tak boleh petik buah.. tanya lah pekerja kat situ kenapa tak boleh ye?
"sekarang musim hujan, buah tak banyak.., kalo hari panas banyak..."

ohh patutlah.. kebanyakan ladang tak 'open' untuk petik sendiri...



takpe lah, tak ada rezeki untuk petik sendiri kali ni... kita datang lain kali lah yer... apa yang saya perasan ialah cara penanaman pokok strawberry kat sini lain sikit dari yang kebanyakan kat tempat lain.. kat ladang ni pokok nye di tanam dalam pasu... huhuu..

dah tak boleh masuk petik kan.. nak buat caner, jom kita layan gambar bunga-bunga yang cantik-cantik, yang ada kat sini...













sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang nak tunjuk.. tapi macam nak surprise kat entri lain pulak.. hahaa jangan marah ye...




[bhgn 1..] Cameron Highland ku datanggg....



Assalamualaikum..

N tri kali ini nak cerita pasal perjalanan ke Cameron Highland..

asal perjalanan sebenarnya ingin mengikuti rombongan family belah suami ke kuala lumpur..  tapi bila difikirkan faktor masa, tapi dalam masa yang sama nak jugak pergi bercuti… terpaksalah dilencongkan ke Cameron highland jer…

Tak kisah lah, lagi pun saya ni nama jer dok Kelantan, tapi Cameron highland pon tak pernah jejak… hahaa.. kelakar kan? Sape lah yang tak pernah pergi Cameron bila umur dah masuk 3 series??

Sepanjang perjalanan, semua berjalan lancar  sehinggalah sampai masuk ke kawasan yang jalannya bengkang-bengkok dan turun naik..  sudahh ... Aliff mula meragam.. akhirnya burrrr… yak boktam,  habis kena baju ibu.. kesian Aliff.. dah muntah…

Bila dah terkena serpihan-serpihan muntah dan terus meruap-ruap naik ke hidung ibu ni… alamak, ditahan kan jer lahh.. walaupun kepala dah mula rasa lain macam..  maklumlah ibu pon 1st time jugak..
dalam masa yang sama ibu sedang selsema, telinga ni dah tak boleh nak dengar apa dah… rasanya terpaksalah ditutupkan juga mata ni.. hahaa.. buleh ke gitu… 

dah dekat nak sampai, mata pun auto je bukak, terus nampak bukit bukau yang menghijau.. mesti anda dah terbayangkan?? kan? kan? sebab anda sumer dah pernah pergi..  heheee kuasa visual...

maaf lah anda terpaksa bayangkan sendiri.. sebab masa ni tengah pegang anak, jd tak boleh nak snap2.. 

lepas satu-satu ladang strawberry di lepaskan... nak berhenti kat ladang  mana yer??

last berhenti lah kat salah satu ladang.. bila keluar jer dari kereta.. sejukk.. tp steady lg.. tak pakai sweater pon.. sib baik baju warna gelap.. tak lah nampak sangat 'kesan2' tadi.. hahaha jalannn..

sesampai je kat pintu ladang.. alamak 'close'.. 
"alaa amoi kenapa itu ladang tutup, saya mau kutip itu buah lo?"
"buah talak manyak,itu pasai tutup.. tapi kat bawah ada jual, pigi beli dikat situ laa" sambil senyum2..
"ok, tq aaa, aunty"... 

 xpelah banyak lagi kat depan.. shopping je lah dulu sikit2.. jalan-jalan nampak sarung tangan kanak2, comel lah pulak.. belilah untuk akim dan aliff.. eisya punya... ishh tak ada.. takpe lah.. lain kali beli.. cian eisya tak dapat sarung tangan comel..

walaupun ladang 'close' tapi ada jual yang dah di petik.... beli lah sebungkus buat makan dalam kereta... sekelip mata jer habis.. ok, teruskan perjalanan..

jam dah menunjukkan 12.30tgh.. alamak kereta pulak dah bersambung-sambung.. jalan je lah, ikot kan ajer.. perut pun dah berkeroncong.. hujan rintik-rintik dah mula melekat kat cermin depan kereta.. dah sampai Brinchang..

"kita makan sini je lah"
"ok" hehee...

cam biasalah, keluar jer dari kereta ~ ~  angin sepoi-sepoi cameron dah mula terasa.. hui sejuknya.. sib baik dah belikan sarung tangan kat budak-budak ni.. selesai makan, cari tempat tido... huhuu..

sambungan bahagian 2....







Wednesday, December 18, 2013

kurus cantik


Assalamualaikum wbt....

banyak produk di luar sana yang menyediakan set langsing, kurus dan sebagainya.. memang produk-produk tersebut menyebabkan kesan tidak lapar, tapi adakah produk-produk tersebut dalam masa yang sama turut menyediakan nutrisi-nitrisi lengkap yang diperlukan oleh badan kita?

saya rasa ramai yang mengambil ringan terhadap pengambilan nutrisi untuk badan.. sebagai contoh, penjagaan muka.. setiap kali mandi kita akan membersihkan muka, dengan pencuci muka, sapu toner, pelembab, krim dan sebagainya.. untuk apa semua tu? (tu belum masuk bab mekap bagai lagi...)

contoh lagi.. kereta.. kemain lagi beli itu beli ini, sport rim lah, safety lah, cat baru lah.. tapi bila badan dah tersadai kat katil apa gunanya dah kereta tu... tengok je lah dari jauh yerr...

sama juga dengan badan kita.. jangan di abaikan penjagaan badan, jika badan dah tak sihat tiada guna muka cantik dah...bila dah terbaring jer kat rumah tu, nak buat apa... nak keluar pun tak boleh dah.. nak bangun nak sapu-sapu toner pun dah tak larat dik oiii...




tapi bila badan sihat, otak cergas, bertenaga sepanjang masa... ibadat on jer.. sihat luar dan dalam.. semua pun boleh buat.. fikirkanlah keperluan sebenar nutrisi untuk badan, jangan fikir luar jer, dalaman pun kena fikir jgk, jangka hayat dalaman lagi penting, jangan pandang ringan...





saya juga sedang menggunakan produk set kurus iaitu lecithin + herbalax + esp soy protein..., dan sedang merasai kesan-kesannya... :) bonusnya dengan mengambil set kurus Shaklee bukan sahaja terkesan pada inci badan, tetapi akan terserlah juga di bahagian muka..bangun pagi tadi bila basuh muka dah terasa licin sikit, tidak kasar dek bukit-bukit jerawat.. hehee.. kita tunggu lah keputusan seterusnya.. saya akan up date lagi ye...


Shaklee sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan...


shaklee kan produk luar negara!!!

assalamualaikum wbt.....

PERTAMA sekali sebagai seorang islam, untuk menggunakan sesuatu produk (apa jua produk), kita mesti tahu tentang status halal/haram sesuatu produk itu sendiri.. begitu juga dengan produk Shaklee, kebanyakan dari kita mesti terfikir, Shaklee kan produk luar negara, halal ke produk ni? ada ke sijil halalnya ni? lagi-lagi Shaklee kan produk dari luar negara.. sejauh mana keyakinan kita terhadap produk ni..



seperti yang kita ketahui, negara kita Malaysia telah mewujudkan satu badan yang memang dikhaskan untuk mengawal selia dan meluluskan status halal sesuatu produk iaitu JAKIM , kerana di Malaysia majoriti rakyatnya adalah beragama Islam..




alhamdulillah Sijil Halal Shaklee yang telah pun diluluskan oleh JAKIM.
 
kenapa ISA? sebenarnya ISA itu sendirilah yang telah di iktiraf oleh JAKIM..



selain diiktiraf sebagai produk halal, Shaklee juga adalah produk SEMULAJADI,  SELAMAT dan BERKESAN untuk digunakan.. gunalah produk Shaklee tanpa was-was..

dan perlu di ingat sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM hanya di iktiraf di Malaysia sahaja... jika anda ingin membelinya di luar negara pastikan status halalnya terlebih dahulu ye... 


wassalam...





Tuesday, December 17, 2013

sekilas terpandang..

assalamualaikumm...wbt..

sebenarnya macamana agaknya saya terjebak dengan bisness Shaklee ni... saya sebenarnya nak kata minat berbisnes ni takde lah sangat.. tapi saya pernah lah jadi agen beberapa produk yang tak asing di malaysia ni, macam minyak wangi, produk penjagaan badan, aksesori pakaian dan kasut dan sebagainya.. saya juga minat buat kraf dan ambil tempahan kecil-kecilan buat keychain, brooch untuk budak-budak sekolah, .. tetapi semuanya bagai melepaskan batuk ditangga... modal entah kemana, untung pun entah kemana....

sehinggalah kawan lama sekolah menengah dulu pm saya di facebook... bertanya pasal anak2 dan sebagainya.. sehinggalah saya terbeli set percubaan untuk menyusu.. memang saya puas hati lah menggunakan set menyusu Shaklee untuk anak yang ketiga..

bila mendengar aduan dari ibu saya asyik sakit lutut jer,  apa lagi terus tanya dan beli set sendi untuk ibu saya yang tersayang..keputusannya pun alhamdulillah... dari nak bangun kena bertongkat dulu, akhirnya dan boleh bangun macam biasa..


dari situ saya terfollow facebook dan blog rakan saya ni, bila terpandang, tertengok, terbaca post-post yang asyik dapat 'hadiah' jer..ni yang buat saya jeles dan makin tertarik-tarik... seterusnya, terdownload ebook "sorry boss, saya terpaksa berhenti kerja.." yang diedar secara percuma... bila dah baca tu tetiba jer mendapat kesedaran..


tak boleh jadi ni, aku tiap-tiap bulan asyik tak cukup duit jer.. suami pulak memang lah tak cakap apa, anak-anak didahulukan.. untuk dia tak beli pun tak apa... time raya je kalau beli baju baru pun.. sian suamiku.. huhuu

apa nak buat ni.. akhirnya, terdaftar lah menjadi ahli.. ~ SID : 1077576 ~








Saturday, December 14, 2013

kembara dunia baru...


Dengan lafaz Bismillahhirrohmanirrahimmm...

Dengan ini bermulalah pengembaraan saya sebagai blogger....

memang tidak pernah terlintas di fikiran pun dulu nak berblog-blog ni.. tak reti lah menulis-nulis bagai ni... tetapi di atas nasihat dan dorongan daripada mentor-mentor yang sedang berhuru hara terpaksa kaya sekarang ni... siapa yang tak nak ikot jejak mereka kan?? 



Alhamdulillah.. berkat solat dhuha pg tadi, Allah izinkan blog saya siap dengan bantuan dan belas ihsan daripada en Arham Zulqarnaen siap lah blog saya ni 'awal' daripada sepatutnya.. heheeee 
terima kasih banyak en Arham ye... jasamu akan di kenang.. In Sya Allah... semoga Allah murahkan rezeki en Arham sekeluarga.. Amiinn..

Alhamdulillah sekali lagi.. atas nasihat emak saya Affni Shahida juga.. iaitu sentiasa follow up dan baca status2 senior kat group dan sentiasa update fb (dulukan ada fb jeww...) masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali sehari.. jadi ikutkan jelah... side effect nya pulak terpaksalah saya terlancar pulak nak tulis entri pertama saya ni... hins hins hins (ehh? kenapa kembang pulak hidung ni?? ) jangan cakap banyak, buatkan je.. 'the fast action is the fast result'... terhegeh hegeh action, terhegeh hegeh lah result.. betul tak?


Rasanya cukup lah untuk entri pertama saya kali ini.. (sebagai warm up) kang takut tersyiok sendiri pulak..  kang tak pepasal lain  yang di pikir, lain pulak yang ditulis... mungkin entri kali ini sangat simple ja.. tapi saya sangat menghargai jika ada yang sudi komen dan berikan kritikan yang membina untuk saya supaya lebih matang dan berkesan untuk menulis entri-entri seterusnya di masa-masa akan datang...
Harapan saya semoga mendapat tunjuk ajar daripada pembaca-pembaca yang di hormati sekelian... tunjuk ajarku sifu..
Sekian, Assalamualaikum...



Ahlan Wa Sahlan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my