Social Icons

Friday, March 31, 2017

PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

Peluang Menjana Pendapatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta ribuan terima kasih kepada anda yang telah sudi berkunjung ke blog Suhaila..

Selamat Datang juga diucapkan ke dunia SHAKLEE - dimana peluang Shaklee terbentang luas hasil gabungan harmoni Falsafah, Produk dan Pelan Perniagaan kami.

Sertai kami untuk mendapat peluang menjana pendapat 

Pelan jualan Shaklee memaparkan keunikan manfaat kewangan, insentif dan kepimpinan yang mengiktiraf perkembangan jualan dan membantu pemilik perniagaan ini membina organisasi yang kukuh serta menjana keuntungan lumayan.

Shaklee menawarkan kaedah yang berkesan dalam mempertingkatkan kewangan dan memenuhi gaya hidup anda.

Usah bertangguh, hubungi saya untuk menjana pendapat anda dengan segera

Program Ganjaran

Shaklee menawarkan peluang untuk memperolehi ganjaran daripada beberapa aktiviti pembangunan perniagaan. Peratusan ganjaran adalah berdasarkan jualan produk dan juga kejayaan anda dalam melahirkan pemimpin perniagaan yang mengemudi pasukannya untuk menduplikasi usaha anda.

Lebih besar kumpulan anda, maka lebih banyak ganjaran yang anda perolehi! Peluang ini ternyata tiada hadnya.

Pelan perniagaan Shaklee yang telus


Program Kereta


Program subsidi kereta Shaklee ialah program insentif tajaan Shaklee untuk semua pemimpin jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Pemimpin jualan yang layak akan memperoleh kredit kereta setiap bulan apabila mereka memenuhi syarat prestasi minimum untuk program subsidi kereta.

Program Insentif

Sebaik sahaja anda mencapai pangkat supervisor, anda boleh mula memperolehi mata ganjaran dalam Program Insentif, yang memberikan pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat (Shaklee).

Pakej Umrah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee

pakej luar negara ditaja sepenuhnya oleh Shaklee

Pakej luar negara ditaja sepenuhnya oleh Shaklee

Pakej 'cruise' ditaja sepenuhnya oleh Shaklee



Testimoni Kejayaan 




Cara Mulakan

Mulakan langkah anda


Mulakan langkah anda untuk mencapai segala yang anda hajati, Hubungi saya untuk ketahui bagaimana peluang pendapatan Shaklee yang lumayan dapat membantu anda menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Hubungi saya
Suhaila Bt Mamat
SID:1077576
01126047745





Saturday, March 25, 2017

AWAS!! KALSIUM PUNCA BATU KARANG ??!!


Assalamualaikum wtb kepada semua pembaca sekelian, saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya…

Betul ke kalsium punca terjadinya batu karang?

Sebenarnya info ini saya dapat daripada mentor saya yang telah menghadiri program Train The Trainer (TTT) baru-baru ini. Beliaulah yang sudi berkongsi ilmu ini, jadi saya pun nak juga berkongsi dengan anda semua mengenai ilmu yang agak menarik bagi saya...

Memang setiap kali beliau ada menghadiri program atau kursus yang memberi ilmu bermanfaat, beliau tidak akan lupa untuk berkongsi dengan kami anak didik beliau. Saya bersyukur kerana berjumpa dengan mentor seperti beliau.

KALSIUM PUNCA BATU KARANG..

Okeylah, kembali kepada tajuk asal entry kali ini , iaitu Kalsium punca batu karang?? Betul ke??

Bukan kah apa yang kita tahu, kalsium sangat penting dan sangat baik untuk tulang dan gigi kita!!

Ya, betul lah tu.. tapi kita lupa atau sebenarnya kurang ambil perhatian terhadap kesan kalsium yang di ambil untuk tubuh jika tersalah kaedah pengambilannya.

BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN KALSIUM YANG BETUL?

Jom saya ceritakan dengan lebih lanjut disini. Alah, janganlah risau sangat, tengok dulu betul ke tak cara anda tu.. In Sya Allah..

Sebenarnya memang kalsium adalah penyebab terjadinya batu karang dalam badan, JIKA.. :-

1.Kalsium yang anda ambil hanya mengandungi kalsium semata-mata tanpa vitamin dan mineral yang lain didalamnya bagi membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

2.  Anda tidak minum air yang secukupnya mengikut keperluan harian badan. (Air sangat penting ya..)

Haa, jika anda melakukan perkara diatas anda memang perlu risau!!

inilah dia rupa batu karang dalam buah pinggang


PERBEZAAN OSTEMATRIX

Apa ostematrix ni?

Ok, ostematrix ni adalah sejenis vitamin yang kaya dengan kalsium. Dan ostematrix juga sangat dikenali dengan jolokan ‘ostematrix bukan sekadar kalsium’.

Bagi saya, ostematrix ni sangat istimewa dan banyak kelebihan dia, samada dari segi saiznya yang kecil, bentuknya yang memang direka untuk senang ditelan, lagipun kandungan vitamin yang ada dalam sebiji ostematrix ni lebih daripada kalsium tau…

Jom kita tengok apa yang ada dalam sebiji ostematrix ni selain kalsium seperti yang saya cakapkan tadi.


Kalau tak percaya, tengoklah kat botol tu, dah tulis pun.. heheee

Setiap vitamin yang ada tu adalah dalam sebiji ostematrix tau, dan setiap biji tu memang ada Vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron.

Setiap vitamin-vitamin yang ada ni pun memang  mempunyai fungsinya yang tersendiri, bukan saja suka-suka dia jer dok dalam tu..

FUNGSI VITAMIN-VITAMIN SAMPINGAN

Kenapa pentingnya vitamin dan mineral lain perlu ada bersama kalsium, penting sangat ke?

Apa kata kita tengok apa kerja-kerja mereka semua ni.

Vitamin D – Meningkatkan penyerapan kalsium dan membantu mengawal atur pemnyimpanan kalsium dalam tulang. Ia juga mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang.

Jika kalsium yang kita ambil (makan) tidak mempunyai Vitamin D, itulah yang menyebabkan kalsium tidak dapat dapat diserap dengan optimum. Jadi tulang pun tak kuatlah. Lebih teruk lagi bila kalsium yang tidak menyerap ke dalam tulang ini lah yang bakal membentuk batu karang dalam badan!!

Magnesium – Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang.

Bila kalsium dah diserap ke dalam tulang, Magnesium ini pula akan menjalankan kewajipan dia untuk menggabungkan kalsium dengan tulang, kiranya kerjasama mereka bedua ni sangat-sangat penting supaya penyerapan yang terbaik akan berlaku.

Manganese, Zinc, Copper – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Selepas kalsium diserap dalam tulang, enzim akan diaktifkan untuk pastikan tulang kita penuh dan padat supaya tulang kita jadi kuat.

Boron – membantu dalam metabolism tulang.

Perbezaan tulang padat dan rapuh. 


AMBIL KALSIUM YANG BUKAN SEKADAR KALSIUM

Jadi, saya menyarankan kepada semua para pembaca sekalian, jika ingin mengambil kalsium, sila pastikan kalsium yang bakal anda ambil itu mempunyai Vitamin D, Magnesium serta vitamin-vitamin lain yang memang penting untuk penyerapan yang sempurna. Kerana Kalsium memang sangat penting untuk tulang dan gigi yang kuat.

Ini juga penting supaya tidak akan berlaku  pembaziran atau lebih teruk lagi bakal membahayakan kesihatan anda pula.

Walaupun bunyinya agak simple tapi, jika berlarutan itu yang akan mendatangkan bahaya.. cegahlah dari awal..

Semoga apa yang saya kongsikan ini akan memberi sedikit ilmu dan manfaat kepada anda semua. Saya juga sentiasa mendoakan anda agar sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.

Nak dapatkan konsultasi percuma, boleh hubungi saya :
SUHAILA :01126047745
SID: 1077576


VITAMIN MURAH

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar kepada anda dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya.. saya doakan kepada anda semoga sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, kaya dan berjaya dunia akhirat..


Siapalah agaknya yang suka sakit kan?

Entri kali ni, nak cerita mengenai harga sebuah 'sihat'..

Sebelum tu saya nak tanya, adakah anda rasa supplement Shaklee sangat mahal?.. jika anda rasa ia adalah mahal, memang anda wajib baca entri ni.. haha

Cuba fahamkan dulu peribahasa, MENCEGAH LEBIH  BAIK DARI MERAWAT.. Ini adalah dr. Forest Shaklee ingin tekankan dan sedarkan...

Disini saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya ketika berurusan dengan pelanggan...

Kebanyakan yang saya hubungi, atau yang menghubungi saya... soalan pertama yang rata-rata akan tanya adalah:

......berapa harga?

......mesti mahalkan?

......tak mampulah...

.....kena kira duit tabung dulu cukup ke tidak...

.....nak tanya suami dulu....

lebih kurang macam tu lah ayat yang biasa saya dapat.. anda yang baca ni, tak macam tu kan...

Ramai  yang masih berkira kira untuk keluarkan bajet untuk supplement kesihatan. Sebab mereka ingatkan supplement Shaklee ni mahal.

Pada saya, niat untuk memperbaiki kesihatan tu dah ada, tapi sementara masih rasa sihatkan, jadi ketepikan dulu bajet untuk kesihatan...

Supplement VS Bil Perubatan




Pada pendapat saya, anda yang berkata supplement ni mahal sebab anda belum pernah sakit atau mereka tak pernah bayar bil rawatan perubatan. Sebab ada khidmat klinik panelkan.

Itu adalah pengalaman saya sendiri, huhuu... Dulu, masa saya baru kahwin, pernah saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. Bila bil diserahkan, saya agak terkejut melihat kos tersebut. Sebab sejujurnya, sebelum ni saya tak pernah bayar kos perubatan.

Sebab ayah saya bekerja dengan syarikat yang menyara kos perubatan pekerja dan ahli keluarga. Jadi kalau sakit memang ayah akan bawa saya ke klinik panel. Jadi saya tak pernah melihat ayah saya bayar kos rawatan.

Sebab kalau kita pergi ke klinik swasta, jumlah bil rawatan perubatan yang diberi tu harga bayaran ubat untuk lebih kurang maksima 10 hari percubaan. Betul tak?

Itu kalau baik, kalau belum baik dan perlukan rawatan susulan, macam mana? tak ke lagi mahal? Jadi anda rasa rugi tak kalau ambil supplement kesihatan?

Itu belum masuk pengorbanan dari segi masa lagi, kalau pon jumpa klinik yang betul-betul terbaik, mesti ramai kan, kadang-kadang ambil nombor pagi, petang baru dapat giliran, betul tak? kalau tinggal berdekatan ok lah, boleh balik rehat-rehat dulu. Kalau datang dari jauh, alahai, kesian pada pesakit.. peneman pun apa kurangnya, mesti boring duk menunggu, kan..

Masa juga berharga kan..

jadi yang mana anda pilih, kos rawatan perubatan yang mahal atau kos vitamin yang murah...



vitamin murah

vitamin murah dari kos rawatan perubatan

Supplement VS Kerjaya (Gaji)

Apa pulak kaitan supplement dengan kerjaya pulak ni kan...

Kaitannya

Kerjaya = Gaji/Pendapatan

Cuba anda bayangkan, kalau anda sakit ataupun anak anda sakit, atau sesiapa yang berkaitan dengan anda sakit.. (Ini contoh.. Bukan betul-betul...)

Bagi anda yang bekerja, anda terpaksa bercuti. Tak kan sakit pun nak datang kerja kan.. Sama juga kalau anak atau suami atau isteri, siapa yang akan jaga mereka, kalau bukan anda..

Kalau dapat bos baik ok lah, dapat cuti tanpa gaji.. kalau dapat bos yang jenis tak berjenis (apa punya ayat ni) terus terminate.. haa camaner? Mana tak hangin satu badan Boss, asyik merah memanjang je punch cardnya..

Mana lagi untung, beli supllement ke atau "you are fired!!!!".... mintak jauh lah kan... susah-suah berpeluh interview dulu kan.. heheee

bagi gambar kena 'fired' nice sikit..

Shaklee VS Produk X

Tidak dinafikan keberkesanan produk-produk lain.. Saya memang tidak berhak sedikitpun untuk mengkondem produk-produk lain atau membuat sebarang perbandingan. Walaupun saya pernah juga menggunakan produk lain untuk tujuan yang sama.

Sebab, terdapat banyak faktor yang menyebabkan produk itu berkesan ataupun tidak kepada pengguna. Jadi mungkin produk yang saya guna sebelum tak berkesan kepada saya disebabkan kesilapan saya sendiri. Tapi itu bukan faktor yang nak dibincangkan disini.

Berbalik kepada topik asal, iaitu harga.


Ini adalah salah satu contoh harga iaitu Set Bajet Kesihatan Optimum. Jika dihitung jumlah ketiga-tiga jenis vitamin ni lebih kurang RM50 sahaja sebulan.

Cuba anda tengok penggunaan sebotol vitamin tu boleh tahan berbulan-bulan. Kalau nak makan bersama suami atau isteri pun boleh, sebab vitamin-vitamin ni memang sesuai untuk semua, lelaki dan perempuan.

Jadi adakah anda masih menganggap vitamin Shaklee mahal?

KES SATU

Saya masih ingat ada seorang kawan saya yang memang dah lama sangat tak jumpa. Beliau pm saya untuk bertanya set kurus. Sebelum tu saya sempat berbual-bual dengan beliau.

Katanya dia pernah guna satu produk X ni, keputusannya beliau berjaya turunkan berat badan sehingga 13kg. Wooowww, sangat memberansangkan. Memang menjadi lah produk tu. Kemudian saya bertanya, jadi kenapa berhenti?


Katanya tak mampu sebab mahal sangat, dia berhabis sehingga RM400 seminggu.. Seminggu!!! biar betul?? Kalau didarabkan sebulan, tak ke menelan belanja RM1600 sebulan.


KES DUA

Ada satu lagi kes yang pernah saya dapat, mak ayah dia dua-dua sakit. Si ayah ada penyakit jantung dan asma, manakala ibunya pula tak boleh berjalan sebab sakit sendi.

Apabila saya tawarkan cadangan set vitamin Shaklee, katanya ibu bapanya tak nak. Sebab mahal. Tak mau membebankan anak-anak. Sedangkan pada masa yang sama, si anak tetap menghantar duit setiap bulan untuk perbelanjaan bil perubatan mereka.

 

Sekarang anda boleh bandingkan sendirikan, betapa 'mahalnya' produk Shaklee?.. (Alaa gurau pun tak boleh ke.. heheee)

Sebenarnya supplement ini boleh dibeli mengikut kadar kemampuan seseorang, mengikut keperluan masing-masing..

Kalau masih kekurangan bajet, boleh beli satu-satu. Mengikut kepentingan  keperluan masalah. Saya akan buat sesi konsultasi percuma dengan pelanggan yang betul-betul ingin mencuba produk Shaklee.

Biasanya saya cadangkan ambil vitamin untuk detox dulu. Supaya vitamin -vitamin yang diambil akan senang diserap selepas detox. Kemudian bulan depan boleh beli yang lain pula.


Produk Import

Shaklee adalah produk yang bahan asasnya adalah daripada sumber makanan semulajadi, produk yang diimport dari luar negara, namun ianya tidaklah semahal yang dibayangkan. Rata-rata penggunaan sebotol boleh bertahan hingga berbulan-bulan. 

Walaupun produk Shaklee adalah produk luar negara, namun ianya ditanggung halal dan mendapat pengesahan JAKIM. Saya pernah utarakan isu ini, anda boleh baca disini


Jadi kesimpulannya, manakah anda pilih vitamin atau kos rawatan perubatan?
Mencegah atau merawat?

Untuk dapatkan konsultasi dan produk, boleh hubungi saya secara terus di no 01126047745..



Sunday, March 19, 2017

KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog Kimaziq..

Diharap penulisan entri kali ini dapat membuatkan anda membuat pilihan yang lebih baik dan bijak.


Mencari Punca


mencari set menyusu shaklee

Ramai para ibu mencari cara yang terbaik untuk mendapatkan susu yang banyak dan berkualiti. Memang banyak caranya, antaranya adalah mengurut dengan bidan profesional atau dapatkan supplement yang sesuai.

Banyak sebab kenapa para ibu mempunyai masalah pengeluaran susu yang kurang. Antara sebabnya adalah sering penat, kurang rehat, cuaca, kekangan di tempat kerja, tiada dorongan atau sokongan dari pasangan atau orang terdekat, dan kurang minum air masak.

Jadi disini kita perlu tahu punca sebenar dan cuba atasi masalah itu dengan sebaiknya.

Selain itu faktor pemakanan juga amatlah penting untuk ibu menyusu ye.. kekurangan nutrisi adalah salah satu faktor penting menyebabkan berlakunya kekurangan pengeluaran susu badan atau pengeluaran tidak stabil atau kurangnya kualiti susu itu sendiri.

Set Menyusu Shaklee


Jadi disini saya sarankan gunalah set menyusu shaklee. apa kebaikan set menyusu shaklee ni?

Kebaikan set menyusu shaklee adalah..

Vitamin yang disediakan bukan sahaja untuk penyusuan semata -mata, malah ia adalah set kesihatan badan untuk ibu dan anak amnya.

Set menyusu shaklee sebenarnya penuh dengan nutrien keperluan tubuh seseorang. Bila nutrien cukup untuk kegunaan seharian badan, maka segala sel akan berfungsi dengan baik, maka penghasilannya adalah optimum. itu sebenarnya tugas vutamin vitamin ini.

Begitu juga dengan penghasilan susu badan, apa yang yang menghasilkan susu badan pula?

Mestilah sel sel badan kan?? jadi semestinya sel sel ini perlu sihat juga supaya mereka dapat bekerja secara optimum untuk menghasilkan susu yang terbaik kan.. begitulah kompleksnya sistem badan yang Allah swt ciptakan khas buat hambaNya yang tersayang.

Macam mana nak buat sel sel ni sihat?

Cukupkan dan lengkapkan nutrien yang diperlukan..

Jadi, melengkapakan nutrien keperluan badan sangat penting untuk membantu penghasilan susu yang banyak, berkualiti dan berkhasiat untuk anak syurga kita.

Full Set

set lengkap menyusu shaklee ( milk booster)
Saya juga sarankan para ibu mengambil full set, sebab full set of set menyusu shaklee adalah merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan sepanjang tempoh penyusuan. Ia juga mampu menyeimbangkan sumber nutrien penting bagi menghasilkan susu badan yang paling ekslusif untuk cahaya mata kesayangan.

Full set of set penyusuan shaklee berfungsi sebagai milk booster + supplement lengkap harian + kalsium + tambah tenaga. haaa... semua dapat, memang sangat berbaloi...kann kannn

Okey, fungsi setiap vitamin juga berbeza, setiap satunya mempunyai fungsi dan tugas tersendiri:-

Vitamin C - membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam badan dan susu ibu. Contohnya, bagi ibu ibu yang mengalami masalah puting susu luka, in sya Allah ianya akan cepat sembuh. dan yang lebih istimewa vit c sangat baik untuk kulit ibu ibu dan juga anak anak yang menyusu, menjadikan ia sekata, bersih, cerah dan berseri. Kulit kusam??? no no no..

Vitalea - mulitivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian, dan zat besi. itulah istimewanya vitalea, lengkap dengan zat besi yang memang sangat2 diperlukan dan penting untuk tumbesaran bayi anda. Doktor juga akan menasihatkan supaya para perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar para ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah atau menyusukan bayi.

B complex - vitamin yang sangat istimewa iaitu vitamin anti stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga, menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi, dan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

Alfalfa - membantu memperbanyakkan susu ibu, dan ia sememangnya telah lama digunakan sebagai agen penambah susu di negara barat.

Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP (energizing Soy Protein) dan Ostematrix sangat sangat penting dan membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu seterusnya menjadikannya lebih berkualiti dan bayi anda akan mudah kenyang dan kurang meragam.

ESP juga adalah bonus kepada para ibu untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.. Kerana ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu..

Terbaiklahh...

Kesimpulannya, bila guna set menyusu shaklee memang bukan susu je yang melimpah ruah dan meriah, malah banyak lagi kelebihan lain yang bakal para ibu perolehi, contonya:-

- kulit bertambah cantik
- luka, parut, strechmark beransur hilang
- kulit semakin cerah berseri
- rambut kurang gugur
- cik abang gembira (fungsi alfalfa sama mcam manjakani)
- badan lebih bertenaga
- masalah kejang kaki hilang
- senang bangun pagi
- tiada sembelit




Jika anda juga inginkan kepuasan yang sama seperti mereka, jangan ragu-ragu untuk menggunakan set menyusu shaklee. Ianya sememangnya selamat, semulajadi, dan berkesan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat dan pandangan secara percuma.

Sid: 1077576
Suhaila Mamat (01126047745)
Fb: Suhaila Mamat



Friday, March 17, 2017

CARA SELAMAT IBU MENYUSU TURUN BERAT BADAN

Setiap manusia pasti menginginkan tubuh sihat. Kata orang, walau sebanyak mana pun wang dalam simpanan, ia masih belum mampu membeli kesihatan.

Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan adalah satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi adalah satu perkara mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memberikan kesan kepada bayi.

Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Ini kerana, ia dapat mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.

Disebabkan itulah, bagi menjaga kuantiti dan kualiti susu tersebut maka ibu yang menyusu harus manambah pengambilan dalam sehari sekitar 300kkal. Bagaimanpun, sekiranya si ibu masih ingin mencuba menurunkan berat badan tetapi masih ingin meneruskan penyusuan, maka ada beberapa cara selamat yang boleh dipraktikkan:

Bakar kalori dengan menyusukan bayi

Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jangan mengaggapkan ini satu perkara yang menyusahkan, kerana tubuh ibu menyusu berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berta badan sekaligus mengembalikan bentuk tubuh secara semulajadi.

Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, tubuh ibu berkenaan secara tidak langsung telah membakar sekitar 300 ke 500kkal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama satu jam.

Menyusu membakar lebih banyak kalori


Hati - hati dengan makanan

Pilih makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protin yang rendah. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Dengan mengambil makanan-makanan tersebut secara teratur, tidak mustahil anda mampu untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta tahap kesihatan yang optimum.

Menu cadangan semasa dalam menyusu


Jauhi makanan segera

Elakkan mengambil makanan segera atau yang telah disejukbeku. Jika terpaksa, bolehlah diambil tapi pastikan ia dalam jumlah yang sedikit. Bagi mengelakkan rasa tertekan berpanjangan kerana tidak berpeluang mengambilnya, maka alihkan seketika pemikiran anda kepada si kecil yang sememangnya inginkan perhatian. Mungkin dengan berjalan-jalan bersamanya berupaya mambakar kalori tubuh anda.



Lakukan senaman ringan.

Sebaiknya, setelah selesai menyusukan bayi maka lakukanlah sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Gunakan pakaian dalam yang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu.

Boleh dimulai dengan berjalan dikawasan sekitar, berbasikal atau berenang. sekiranya telah dilakukan berulangkali maka bolehlah ditingkatkan dengan masanya secara berperingkat. Sebagai contoh, lakukan latihan manguatkan dinding perut dan seterusnya. Jika merasa sakit di kawasan tertentu maka dapatkanlah rawatan doktor dengan segera.

Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu


Sumber: Mingguan Wanita




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my