Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan adalah satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi adalah satu perkara mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memberikan kesan kepada bayi.
Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Ini kerana, ia dapat mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.
Disebabkan itulah, bagi menjaga kuantiti dan kualiti susu tersebut maka ibu yang menyusu harus manambah pengambilan dalam sehari sekitar 300kkal. Bagaimanpun, sekiranya si ibu masih ingin mencuba menurunkan berat badan tetapi masih ingin meneruskan penyusuan, maka ada beberapa cara selamat yang boleh dipraktikkan:
Bakar kalori dengan menyusukan bayi
Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jangan mengaggapkan ini satu perkara yang menyusahkan, kerana tubuh ibu menyusu berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berta badan sekaligus mengembalikan bentuk tubuh secara semulajadi.
Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, tubuh ibu berkenaan secara tidak langsung telah membakar sekitar 300 ke 500kkal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama satu jam.
![]() |
Menyusu membakar lebih banyak kalori |
Hati - hati dengan makanan
Pilih makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protin yang rendah. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Dengan mengambil makanan-makanan tersebut secara teratur, tidak mustahil anda mampu untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta tahap kesihatan yang optimum.
![]() |
Menu cadangan semasa dalam menyusu |
Jauhi makanan segera
Elakkan mengambil makanan segera atau yang telah disejukbeku. Jika terpaksa, bolehlah diambil tapi pastikan ia dalam jumlah yang sedikit. Bagi mengelakkan rasa tertekan berpanjangan kerana tidak berpeluang mengambilnya, maka alihkan seketika pemikiran anda kepada si kecil yang sememangnya inginkan perhatian. Mungkin dengan berjalan-jalan bersamanya berupaya mambakar kalori tubuh anda.
Lakukan senaman ringan.
Sebaiknya, setelah selesai menyusukan bayi maka lakukanlah sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Gunakan pakaian dalam yang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu.
Boleh dimulai dengan berjalan dikawasan sekitar, berbasikal atau berenang. sekiranya telah dilakukan berulangkali maka bolehlah ditingkatkan dengan masanya secara berperingkat. Sebagai contoh, lakukan latihan manguatkan dinding perut dan seterusnya. Jika merasa sakit di kawasan tertentu maka dapatkanlah rawatan doktor dengan segera.
![]() |
Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu |
Sumber: Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment