Social Icons

Saturday, March 25, 2017

VITAMIN MURAH

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar kepada anda dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya.. saya doakan kepada anda semoga sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, kaya dan berjaya dunia akhirat..


Siapalah agaknya yang suka sakit kan?

Entri kali ni, nak cerita mengenai harga sebuah 'sihat'..

Sebelum tu saya nak tanya, adakah anda rasa supplement Shaklee sangat mahal?.. jika anda rasa ia adalah mahal, memang anda wajib baca entri ni.. haha

Cuba fahamkan dulu peribahasa, MENCEGAH LEBIH  BAIK DARI MERAWAT.. Ini adalah dr. Forest Shaklee ingin tekankan dan sedarkan...

Disini saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya ketika berurusan dengan pelanggan...

Kebanyakan yang saya hubungi, atau yang menghubungi saya... soalan pertama yang rata-rata akan tanya adalah:

......berapa harga?

......mesti mahalkan?

......tak mampulah...

.....kena kira duit tabung dulu cukup ke tidak...

.....nak tanya suami dulu....

lebih kurang macam tu lah ayat yang biasa saya dapat.. anda yang baca ni, tak macam tu kan...

Ramai  yang masih berkira kira untuk keluarkan bajet untuk supplement kesihatan. Sebab mereka ingatkan supplement Shaklee ni mahal.

Pada saya, niat untuk memperbaiki kesihatan tu dah ada, tapi sementara masih rasa sihatkan, jadi ketepikan dulu bajet untuk kesihatan...

Supplement VS Bil Perubatan




Pada pendapat saya, anda yang berkata supplement ni mahal sebab anda belum pernah sakit atau mereka tak pernah bayar bil rawatan perubatan. Sebab ada khidmat klinik panelkan.

Itu adalah pengalaman saya sendiri, huhuu... Dulu, masa saya baru kahwin, pernah saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. Bila bil diserahkan, saya agak terkejut melihat kos tersebut. Sebab sejujurnya, sebelum ni saya tak pernah bayar kos perubatan.

Sebab ayah saya bekerja dengan syarikat yang menyara kos perubatan pekerja dan ahli keluarga. Jadi kalau sakit memang ayah akan bawa saya ke klinik panel. Jadi saya tak pernah melihat ayah saya bayar kos rawatan.

Sebab kalau kita pergi ke klinik swasta, jumlah bil rawatan perubatan yang diberi tu harga bayaran ubat untuk lebih kurang maksima 10 hari percubaan. Betul tak?

Itu kalau baik, kalau belum baik dan perlukan rawatan susulan, macam mana? tak ke lagi mahal? Jadi anda rasa rugi tak kalau ambil supplement kesihatan?

Itu belum masuk pengorbanan dari segi masa lagi, kalau pon jumpa klinik yang betul-betul terbaik, mesti ramai kan, kadang-kadang ambil nombor pagi, petang baru dapat giliran, betul tak? kalau tinggal berdekatan ok lah, boleh balik rehat-rehat dulu. Kalau datang dari jauh, alahai, kesian pada pesakit.. peneman pun apa kurangnya, mesti boring duk menunggu, kan..

Masa juga berharga kan..

jadi yang mana anda pilih, kos rawatan perubatan yang mahal atau kos vitamin yang murah...



vitamin murah

vitamin murah dari kos rawatan perubatan

Supplement VS Kerjaya (Gaji)

Apa pulak kaitan supplement dengan kerjaya pulak ni kan...

Kaitannya

Kerjaya = Gaji/Pendapatan

Cuba anda bayangkan, kalau anda sakit ataupun anak anda sakit, atau sesiapa yang berkaitan dengan anda sakit.. (Ini contoh.. Bukan betul-betul...)

Bagi anda yang bekerja, anda terpaksa bercuti. Tak kan sakit pun nak datang kerja kan.. Sama juga kalau anak atau suami atau isteri, siapa yang akan jaga mereka, kalau bukan anda..

Kalau dapat bos baik ok lah, dapat cuti tanpa gaji.. kalau dapat bos yang jenis tak berjenis (apa punya ayat ni) terus terminate.. haa camaner? Mana tak hangin satu badan Boss, asyik merah memanjang je punch cardnya..

Mana lagi untung, beli supllement ke atau "you are fired!!!!".... mintak jauh lah kan... susah-suah berpeluh interview dulu kan.. heheee

bagi gambar kena 'fired' nice sikit..

Shaklee VS Produk X

Tidak dinafikan keberkesanan produk-produk lain.. Saya memang tidak berhak sedikitpun untuk mengkondem produk-produk lain atau membuat sebarang perbandingan. Walaupun saya pernah juga menggunakan produk lain untuk tujuan yang sama.

Sebab, terdapat banyak faktor yang menyebabkan produk itu berkesan ataupun tidak kepada pengguna. Jadi mungkin produk yang saya guna sebelum tak berkesan kepada saya disebabkan kesilapan saya sendiri. Tapi itu bukan faktor yang nak dibincangkan disini.

Berbalik kepada topik asal, iaitu harga.


Ini adalah salah satu contoh harga iaitu Set Bajet Kesihatan Optimum. Jika dihitung jumlah ketiga-tiga jenis vitamin ni lebih kurang RM50 sahaja sebulan.

Cuba anda tengok penggunaan sebotol vitamin tu boleh tahan berbulan-bulan. Kalau nak makan bersama suami atau isteri pun boleh, sebab vitamin-vitamin ni memang sesuai untuk semua, lelaki dan perempuan.

Jadi adakah anda masih menganggap vitamin Shaklee mahal?

KES SATU

Saya masih ingat ada seorang kawan saya yang memang dah lama sangat tak jumpa. Beliau pm saya untuk bertanya set kurus. Sebelum tu saya sempat berbual-bual dengan beliau.

Katanya dia pernah guna satu produk X ni, keputusannya beliau berjaya turunkan berat badan sehingga 13kg. Wooowww, sangat memberansangkan. Memang menjadi lah produk tu. Kemudian saya bertanya, jadi kenapa berhenti?


Katanya tak mampu sebab mahal sangat, dia berhabis sehingga RM400 seminggu.. Seminggu!!! biar betul?? Kalau didarabkan sebulan, tak ke menelan belanja RM1600 sebulan.


KES DUA

Ada satu lagi kes yang pernah saya dapat, mak ayah dia dua-dua sakit. Si ayah ada penyakit jantung dan asma, manakala ibunya pula tak boleh berjalan sebab sakit sendi.

Apabila saya tawarkan cadangan set vitamin Shaklee, katanya ibu bapanya tak nak. Sebab mahal. Tak mau membebankan anak-anak. Sedangkan pada masa yang sama, si anak tetap menghantar duit setiap bulan untuk perbelanjaan bil perubatan mereka.

 

Sekarang anda boleh bandingkan sendirikan, betapa 'mahalnya' produk Shaklee?.. (Alaa gurau pun tak boleh ke.. heheee)

Sebenarnya supplement ini boleh dibeli mengikut kadar kemampuan seseorang, mengikut keperluan masing-masing..

Kalau masih kekurangan bajet, boleh beli satu-satu. Mengikut kepentingan  keperluan masalah. Saya akan buat sesi konsultasi percuma dengan pelanggan yang betul-betul ingin mencuba produk Shaklee.

Biasanya saya cadangkan ambil vitamin untuk detox dulu. Supaya vitamin -vitamin yang diambil akan senang diserap selepas detox. Kemudian bulan depan boleh beli yang lain pula.


Produk Import

Shaklee adalah produk yang bahan asasnya adalah daripada sumber makanan semulajadi, produk yang diimport dari luar negara, namun ianya tidaklah semahal yang dibayangkan. Rata-rata penggunaan sebotol boleh bertahan hingga berbulan-bulan. 

Walaupun produk Shaklee adalah produk luar negara, namun ianya ditanggung halal dan mendapat pengesahan JAKIM. Saya pernah utarakan isu ini, anda boleh baca disini


Jadi kesimpulannya, manakah anda pilih vitamin atau kos rawatan perubatan?
Mencegah atau merawat?

Untuk dapatkan konsultasi dan produk, boleh hubungi saya secara terus di no 01126047745..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my