Social Icons

Monday, September 8, 2014

Liat bangun Pagi...



Anda seorang yang liat bangun pagi?

Bangun awal pagi bukanlah suatu yang menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang.. Terutamanya bagi remaja, tidak ketinggalan juga orang dewasa.. walaupun sudah dalam suasana pekerjaan.. namun ramai lagi yang  masih mengalami masalah bangun awal pagi.. 

Puncanya adalah masing-masing suka menghabiskan masa pada malam hari, tak kisahlah bagi golongan remaja, mereka suka mengulangkaji atau membuat tugasan pada waktu malam. Bagi golongan dewasa pula mungkin keletihan bekerja seharian atau membuat kerja sehingga lewat malam..

Walau apa pun puncanya.. hakikatnya, tabiat bangun lewat perlu dielakkan. Dalam Islam juga sangat menggalakkan umatnya supaya bangun awal pagi untuk mendapatkan rezeki. Mahu tidak mahu rutin tidur harian yang tidak elok itu terpaksa diubah bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa.
Hakikatnya, bukan semua yang berjaya  mengubah pola tidur masing-masing.. tapi, jangan risau terdapat beberapa tips yang boleh diusahakan untuk mendapatkan pola tidur yang paling sesuai.

Paksa Diri Tidur

Memang susah untuk memperbaiki kembali pola tidur yang tidak menentu. Justeru, apa yang anda perlu lakukan ialah cuba paksa diri untuk tidur dengan lebih awal. Misalnya, jika sudah kerap tahan rasa mengantuk sehingga pukul 3 pagi, cuba hadkan waktu itu pada pukul 10 malam.
Bantu usaha anda melalui cara mendengar muzik yang santai dan berentak perlahan, kerana ia boleh membantu memberikan ransangan untuk anda rasa lebih mengantuk. 

Paling penting siapkan tugasan yang perlu dibuat dengan lebih awal. Buang sikap suka menangguh sesuatu pekerjaan sehingga boleh mengganggu kesihatan.

Jika diri tetap berdegil ingin melakukan kerja disaat akhir, apa kata cuba langkah baru iaitu membuat tugasan tersebut di awal pagi esok. Nescaya dengan cara ini ia boleh membantu anda tidur pada waktu yang bertetapan.

Gunakan Kemudahan Teknologi

Teknologi sudah pun canggih dan boleh menolong kita menguruskan hidup kita dengan lebih mudah. Ia termasuklah membantu diri bangun pada awal pagi. 

Tetapkan penggera berbunyi pada waktu yang sepatutnya. Letakkan beberapa meter di sebelah telinga untuk memudahkan anda ‘terkejut’ dan tidak sambung tidur..

Bukan itu sahaja caranya, kemudahan aplikasi dalam telefon pintar juga boleh dijadikan rujukan. Contohnya, aplikasi yang berkaitan dengan penggera mempunyai system unik di mana pengguna perlu menyelesaikan masalah matematik untuk mematikan bunyi penggera itu.  Justeru, ini adalah cara terbaik untuk anda terus berjaga kerana tidak lagi selesa untuk tidur.

Biasakan Diri

Langkah untuk bangun awal pagi ini memerlukan masa untuk kita melihat hasilnya. Pada awal perubahan memang agak sukar untuk menstabilkan momentum. Oleh itu latih diri untuk kekal bermotivasi selain pasang niat untuk lebih produktif. 

Jika kita boleh bangun awal pagi, sebenarnya banyak benda yang boleh kita lakukan, macam-macam aktiviti sihat boleh dilakukan.  Seperti bersenam, yoga, mengulangkaji juga sangat baik pada waktu pagi dan sebagainya.

Ia mungkin akan susah untuk 1 hingga 2 minggu pertama sahaja, minggu seterusnya mungkin anda sudah berupaya melakukannya dengan lebih baik.

Perlu diingat bangun awal pagi sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda sudah bekerja. Jika kerap bangun lewat, bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi silap hari bulan, anda juga mungkin boleh dibuang kerja.



Pengalaman Sendiri

Saya juga mempunyai masalah bangun awal pagi untuk melakukan tahajud. Dalam mendapatkan rezeki yang dijanjikan Allah, kita sangat digalakkan untuk melakukan tahajud. 

Apa yang menyebabkan saya ‘terpaksa’ juga bangun malam untuk bertahajud adalah disebabkan oleh ‘seseorang’ yang telah menyentapkan saya dengan ‘ayat cintanya’..

“Suhaila.. tak per.. kalau tak leh bangun..

Anggapkan Allah tak pilih..

Its okey..

Nak bangun buat apa kan..

Pahala yang dok ada pun dah banyak..

Dosa pulak kurang..

Rezeki  jangan cakap.. memang dah melimpah ruah..

Pendek kata.. apa yang Suhaila nak semua dah ada kan..”

Begitulah lebih kurang antara ‘ayat cinta’ nya yang telah menyentapkan hati naluri saya… bermula malam itu juga, saya kuatkan diri untuk bangun malam untuk bertahajud.. Jika rasa malas tu datang, saya akan ingat ayat2 cinta ni.. saya nak dipilih, saya nak tambah pahala, nak kurangkan dosa, nak tambah rezeki.. sebab banyak lagi yang belum saya ada.. 

Untuk beri duit kepada ibu, untuk bersedekah, untuk tolong adik-adik yang masih belajar, untuk bayar pinjaman PTPTN, bayar pinjaman kereta, rumah macam lagi..

Tips hasil Google..

Saya juga sempat menggoogle beberapa tips, dan saya telah memilih tips seperti di bawah untuk dikongsi bersama..

Sharing tips bagaimana untuk bangun awal pagi sebelum Subuh.


Tips ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri untuk diamalkan dan dilaksanakan. Moga bermanfaat buat semua.
  • Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Niat juga dalam hati, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Contoh : “Esok saya akan bangun pada jam 5.00 pagi."
  • Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin. Akan ada malaikat yang mendoakan kita sepanjang tidur hingga sedar esok harinya
  •  
  • Dirikan solat sunat taubat dua rakaat sebelum tidur. Sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  • Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Setkan alarm telefon berhampiran dengan kita. 
  • Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  • Baca doa sebelum tidur dan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT. 
  •  
  • Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan beristighfar, memuji dan memuja Allah SWT.  Astaghfirullahalla'zim, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
  • Selepas itu bayangkan impian anda/ fikirkan yang positif-positif sampailah tertidur.
  • Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan jadi habit dengan amalan ini jika dilakukan terus-menerus tanpa berputus asa.
  • Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini pagi. 

Semoga tips ni berguna untuk anda semua :)

Vitamin shaklee

Selain tips-tips di atas, terdapat beberapa jenis vitamin Shaklee yang boleh memberikan kesan supaya kita lebih bertenaga untuk bangun pagi yang lebih menyegarkan..

Antaranya Ostematrix... 

kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesa..

Tapi apa kaitan kalsium dengan senang bangun tidur???

Sebabnya penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. pada waktu malam, kita kurang ke toilet, jadi tubuh kita lebih mudah untuk menyerap lebih banyak kalsium.

Sebab itulah kita akan dapati kita lebih mudah untuk bangun pagi pada keesokan harinya, sebab tiada lagi sakit-sakit badan, sengal-sengal, cramp dan sebagainya..


















Mealshakes untuk kanak-kanak..

Mealshake mengandungi nutrisi lengkap, menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan Ia juga membekalkan nutrisi kepada sel tubuh, membantu tumbesaran. Ia juga sebagai anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan. Rasanya yang sedap juga menaikkan selera kanak-kanak.

Disebabkan vitamin, mineral serta zat yang diperlukan badan mencukupi, jadi kanak-kanak ada selera makan dan sentiasa kenyang. Bila waktu malam tidur mereka tidak terganggu dengan rasa lapar.

Disitu mereka akan mendapat tidur yang lena dan cukup. Jadi senanglah untuk mereka bangun pagi dengan ceria.. 


jika anda rasa entry ini sangat berguna untuk anda dan perlu disebarkan, sila lah sebarkan demi kebaikan bersama..

inginkan kosultasi percuma, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp 011-22175813



SID : SUHAILA BT MAMAT / 1077576


Sunday, September 7, 2014

SENGGUGUT = PAIN-KILLER


Pain-killer pembunuh senyap....

assalamualaikum wbt kepada pembaca sekelian... diharap anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa hendaknya...

sebagai mukaddimah kepada tajuk di atas, ingin saya bertanya kepada anda sudah berapa banyakkah anda telah mengambil painkiller seumur hidup anda??

tipulah jika anda bebas painkiller kan?? saya rasa sejak dari kecik lagi kita telah diajar, demam jer makan ubat, selsema jer makan ubat... hatta sakit apa pun jalan penyelesaiannya adalah PAINKILLER!!!
betul tak??



Saya teringat sebuah kisah benar berkaitan painkiller dari rakan.. ceritanya macamni...

Setiap minggu rakan saya ni wajib ke sebuah gerai makan kegemarannya.. kepunyaan dua orang wanita yang sangat ramah...

Suatu hari hanya seorang sahaja yang berniaga... rakan saya tak puas hati lalu bertanya kemana perginya teman lagi sorang...

Lalu wanita itu menjawab rakannya sedang menderita kesakitan, doktor tidak membenarkannya bekerja buat sementara waktu...

Dia mengalami sakit buah pinggang... akibat terlalu kerap menelan pil tahan sakit ketika mengalami senggugut...

Sepanjang dia sudah tidak dapat berniaga itu, dia sedang menjalankan rawatan dialisis atas nasihat doktor...
 
Ya Allah, dah kena dialisis seawal umur 40-an.. begitu terukkah keadaan wanita itu?? muda-muda lagi dah terpaksa buat dialisis..

Baru-baru ini, saya juga telah dikhabarkan bahawa kakak itu telah pun pulang kerahmatullah...

innalillahiwainnahirajiun... al-fatihah buat kakak tersebut...

anda nampakkan mengambil pain-killer secara kerap boleh menjadi asbab kematian..

APA ITU SENGGUGUT?..



jika anda seorang perempuan, sudah tentu anda pernah mengalami senggugut kan??

8 daripada 10 wanita akan mengalami masalah senggugut terutamanya wanita yang belum hamil...

Tahap kesakitan yang dialami juga berbeza pada setiap individu... ada yang sakit-sakit perut macam nak membuang, ada yang tidak boleh berdiri lama-lama, ada yang sampai berguling-guling dan ada juga yang sampai pengsan untuk menahan kesakitan tersebut..

Kepada golongan yang bernasib baik iaitu yang tidak pernah mengalami kesakitan ini atau kaum adam terutamanya .. anda patut lebih faham akan kewujudan kesakitan seperti ini ya... Jangan anda fikir mereka semua ni hanya mengada-adakan kesakitan ini ya..

Senggugut atau PMS atau Sindrom Pra-Menstruasi ialah kesakitan yang dialami pada bahagian bawah abdomen atau sakit di bahagian belakang..

PMS atau senggugut berlaku disebabkan pengeluaran hormon prostaglandin.. iaitu sejenis hormon yang sangat menggalakkan pengecutan rahim.. tujuannya adalah supaya darah haid boleh dikeluarkan dari dalam rahim.. lazimnya ini adalah normal kepada semua wanita..

namun terdapat sesetengah wanita yang mengalami pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak menyebabkan pengecutan rahim berlaku secara berlebihan yang mengakibatkan kesakitan yang melampau kepada pesakit..

CARA CEPAT...

apabila berada dalam keadaan kesakitan yang melampau, kebanyakan dari kita tidak akan berfikir panjang untuk mencari jalan penyelesaiannya.. jadi jalan singkatnya ialah dengan mengambil painkiller (paracetamol atau panadol atau ponstan) untuk menahan kesakitan secara cepat..



ubat-ubatan ini sememannya memberikan kelegaan yang cepat, tetapi tahukah anda derita yang lebih teruk lagi daripada ini yang bakal anda tempuhi kelak!!!

PEMBUNUH SENYAP..

kenapa ubat-ubatan adalah pembunuh senyap pula, bukan kah  apabila kita sakit gigi, sakit kepala, demam, senggugut dan sebagainya tu ia sangat melegakan bukannya menyakitkan lagi..

memang benar ia sangat-sangat berkesan dan pantas untuk melegakan kesakitan yang dialami.. tetapi bahan kimia yang terdapat dalam ubat-ubatan tu yang menjadi masalahnya dan kesannya terhadap buah pinggang..

DISINI ada menceritakan kisah benar yang berlaku kepada pengamal painkiller.. jadi seperti yang kita semua ketahui kesan pengambilan painkiller ni akan membebankan buah pinggang.. kekerapan pengambilan painkiller atau ubat-ubatan akan menggagalkan fungsi buah pinggang itu sendiri..



disebalik nikmat sementara yang kita dapat semasa menahan kesakitan, anda pasti akan menempah kesakitan lebih dasyat lagi.. seolah-olah keluar mulut buaya masuk mulut naga gitu..

kenapa ubat-ubatan boleh membebankan buah pinggang?? ini kerana semua bahan berasaskan kimia susah untuk ditapis oleh buah pinggang.. ketahui fungsi buah pinggang dan bagaimana ia menjalankan kerjanya.. kerana buah pinggang adalah satu-satunya organ yang akan membersihkan darah dalam badan kita.



jadi jika buah pinggang sudah gagal menjalankan kerjanya, jalan terakhir adalah terpaksalah darah kita didialisis untuk membersihkannya..

KOS DAN AZAB DIALISIS.. 



Tahukah anda bagaimana kos dan azabnya kepada pesakit yang terpaksa dialisis darah setiap minggu.. 

Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup seperti biasa tetapi aktiviti hidup mereka akan semakin terbatas.

Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya.


Di Pusat-Pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis.


Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00

Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat. 


Terdapat juga kaedah pemindahan buah pinggang ..

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. 


Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah lain pula akan timbul. Maka masalah ini terpaksa diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan (keluarga terdekat) dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima. 

AMALAN UNTUK MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT..

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut:

1. Amalkan sikap positif dan bertenang.

Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2. Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif

Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.

3. Awasi Garam dalam Makanan

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.

4. Gunakan pad pemanas

Pad pemanas boleh dibeli di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Cara yang lebih murah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuaman. Cik puan juga boleh mandi air hangat/suam untuk mengurangkan kesakitan. 

5. Urut

Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Cik puan juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6. Minum air suam. 

Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam. 

7. Berjumpa doktor

Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.

TIPS ALTERNATIF... 

7 Tips Atasi PMS/ Senggugut/ ‘Period Pain’

  • Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi. 
  • Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yg bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
  • Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
  • Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  • Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
  • Makanlah makanan yg berserat tinggi.
  • Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.
Cc: Sihat & Segar, Majalah Pa & Ma Januari 2012



Membantu mengatasi masalah senggugut & period irregular




 Anda sendiri yang menentukan tahap kesihatan yang mana anda nak pilih.. 

Jika mahukan konsultasi istimewa boleh hubungi saya seperti dibawah :-

SID (1077576) : SUHAILA BT MAMAT / 011-22175813

jika anda rasa info diatas bagus dan anda rasa patut dikongsikan, anda boleh kongsikan kepada sesiapa sahaja..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my