Social Icons

Friday, January 17, 2014

hacuuuummmmm...

apa tu?
selsema...


selsema dalam kalangan bayi sememangnya membuatkan ibu bapa risau. selsema menyebabkan hidung bayi tersumbat dan sukar bernafas dengan baik seterusnya mengganggu tidur si kecil..

ia juga menyukarkan bayi menyusu dengan baik kerana tidak boleh bernafas secara lancar.

jika selsema berlaku pertama kali kepada bayi dalam tempoh yang panjang, is harus diberi perhatian serius kerana boleh menyebabkan kahak yang turut mengganggu sistem pernafasan bayi.

selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan yang berpunca daripada pelbagai jenis virus.


misalnya, bayi yang sedang membesar suka bermain dan mahu mengenal dunia dengan lebih mendalam, jadi mereka bergerak ke pelbagai kawasan termasuk di bahagian berhabuk.

habuk akan menyebabkan bayi bersin dan mudah menghidap selsema.

selsema juga mudah merebak daripada seseorang kepada orang lain atau bayi, misalnya orang dewasa yang mengalami selsemamencium bayi boleh menyebabkan virus itu terkena pada bayi.

virus selsema juga akan merebak melalui udara untuk menjangkiti orang lain.

selain itu, asap rokok akan mendedahkan bayi kepada selsema, jadi elakkan bayi daripada mereka yang merokok.

selsema akan menjejaskan bayi kerana menyebabkan penyakit lain iaitu demam, batuk, mata menjadi merah dan sakit tekak.

ini seterusnya membuatkan bayi berasa tidak selesa dan mudah meragam. berat bayi juga turun mendadak kerana hilang selera makan.



tangani segera

bayi yang menghidap selsema bukan sahaja bermasalah untuk tidur malam, malah kuat meragam. ia ternyata membuatkan bayi mengalami masalah pernafasan kerana mereka hanya pandai bernafas secara normal.

bagi orang sewasa, mereka boleh bernafas menggunakan mulut dan hidung, namun bagi bayi sehingga berusia empat tahun, mereka tidak pandai menggunakan mulut.

antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengeluarkan mukus bayi menggunakan peralatan yang ada di pasaran dan klinik.
antara contoh peralatan yang digunakan untu membuang mukus bayi..


pembuangan mukus secara teratur akan mempercepatkan proses penyembuhan selsema bayi.

kaedah rawatan terbaik untuk bayi adalah kerap menyusukan mereka dengan susu badan. susu badan menguatkan antibodi bayi seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.

kebiasaannya bayi yang menyusu badan susah jatuh sakit, sekiranya sakit sekalipun ia hanya sakit ringan.

sekiranya selsema berpanjangan, elok di bawa kepada pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan kaedah rawatan yang sesuai.

ibu bapa boleh memberikan si kecil vitamin C atau minuman jus bagi bayi yang berusia dua tahun ke atas.

selain itu ubat-ubatan lain yang boleh diberi hanya dibawah pengawasan doktor mengikut dos dibenarkan.

cara melegakan selesema bayi

jika hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala mereka menggunakan tuala untuk membantu pernafasan. tidur dalam keadaan begitu akan melegakan hidung bayi dan memastikan mukus keluar.

elak menggunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi kerana boleh menyebabkan bahaya mati lemas.

lakukan pemantauan ke atas bayi dengan menyapu hidung mereka supaya mukus keluar dan bayi boleh bernafas dengan mudah.

sumber : harian metro 
 
testimoni penggunaan produk shaklee..



terdapat 2 pilihan vitamin C Shaklee






Tuesday, January 7, 2014

Sustained Release Vita-C Plus

assalamualaikum.. 
harini nak cerita sikit pasal SR Vitamin C.. 

kenapa nak cerita pasal vitamin C ni? ini disebabkan terdapat 'komen' yang terkeliru mengenai Vit C SR ni.. 

jadi saya dengan rasa terpanggil untuk  bertanggungjawab terhadap segala kekeliruan ini, nak ceritalah serba sedikit mengenai SR Vitamin C ni...


Sustained Release Vita C 500 mg



"sains pembebasan berterusan semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex.

ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

manfaat utama :-
  • membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  •  memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

  • peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan  alergi hidung dan kulit, asthma. juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

  • memerangi kanser - ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

  • mencantikkan kulit - ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

  • memperbaiki insomnia - ia memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

  • mengekalkan kolestrol sihat - ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

amaran !!!

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C

keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C

kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak

terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit.

tahukan anda???

haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti arnab, mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin sedangkan manusia tidak dapat mnghasilkan vitamin C. tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. vitamin C tidak memberi kesan toksin.

kajian dari Dr.James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablets) hingga 10,000mg (20 tablets) vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di petik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

sumber : panduan nutrisi Shaklee

apa kelebihan 'vitamin C' shaklee???

testimoni daripada pelanggan






Saturday, January 4, 2014

bahaya 'slipped disc'

ramai di antara kita yang mengalami 'slipped disc' sebenarnya..

apa dia penyakit 'slipped disc' ni.. jom sama-sama kita siasat...

sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja.. namun ada juga yang sakit disebabkan masalah serius yang memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.

tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tapi membabitkan tulang berbentuk kiub.



tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya. di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.

cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.

namun, ia boleh 'bergerak' atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komlikasi yang tidak diingini. keadaan ini yang dipanggil 'slipped disc'.



keadaan 'slipped disc' biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutamanya membabitkan golongan lelaki. kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya di bahagian tengkuk.

individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat. perlu duduk untuk jangka masa yang panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.

simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.



jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. cetusan rasa seperti renjatan elektrik elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis.

lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komlikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur, serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

pemeriksaan klinikal boleh menentukan kemungkinan basar seseorang pesakit itu mengalami 'slipped disc' atau tidak. ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu.

oleh itu, ujian terbaik adalah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sajauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.


rawatan bagi pesakit yang mengalami 'slipped disc' bargantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan.

ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal. suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal. jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.

selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. ini untuk mengelakkan cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku.

pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

antara senaman yang boleh dipraktikkan..



antara supplimen yang boleh di ambil bagi mengurangkan kesan 'slipped disc' daripada shaklee adalah:-




Thursday, January 2, 2014

Raja Segala Tumbuhan

ALFAFA COMPLEX


sempena bulan promosi alfafa kecik dan besar ni.. nak kongsi apakebendanya Alfafa Complex ni...huhuu

Alfafa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr  Shaklee dalam tahun 1950an.

diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.



Alfafa juga dikenali sebagai 'Raja segala Tumbuhan'. Medicago sativa memiliki gred paling tunggi di kalangan tumbuhan alfafa. tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.



daun alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil. daun-daun ini keringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. setiap tablet mengandungi 300mg alfafa.

daun pokok alfafa

bunga alfafa



Manfaat Utama

tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. ia kaya dengan protin, asid amino, kloorfil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

  • mencuci hati, darah dan usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. hanya alfafa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerang kolestrol.
  • melawan tumor - memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada penyakit.
  • mencegah/merawat atritis - melegakan sakit atritis dan kesakitan.


rekomandasi :-
 untuk kesihatan berpanjangan  : 2 kali sehari - 10 biji setiap pengambilan

sumber: panduan nutrisi shaklee


larutkan 10 biji Alfafa di dalam air, campurkan  3 biji  Shaklee Peppermint- Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. ia baik untuk sistem usus dan perut. sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.

antara testimoni dari en google pasal Alfafa:-





Wednesday, January 1, 2014

rambut cantik sihat

pemakanan seimbang kaya dengan protein ubah gaya penampilan diri

memiliki rambut yang cantik, sihat, lebat dan bersinar menjadi idaman setiap wanita, malah ia mampu untuk meningkatkan kecantikan seseorang wanita dan membuatkan mereka kelihatan lebih anggun dan menarik.



namun tahukah anda, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrien cukup memainkan peranan yang sangat penting untuk untuk memberikan rambut yang beralun lebat..

ini kerana sama seperti bahagian tubuh yang lain, sel dan proses yang menyokong pertumbuhan rambut sihat bergantung kepada pemakanan yang seimbang.

biarpun begitu, kesan pemakanan seimbang atau tidak cukup nutrien mengambil masa yang panjang untuk dilihat pada rambut berbanding kulit, misalnya pengambilan produk tidak berzat boleh dilihat kesannya pada kulit dalam masa tempoh seminggu..

namun bagi rambut, kesan pemakanan yang tidak berkhasiat atau diet secara tidak sihat menunjukkan kesannya selepas beberapa bulan!!...

oleh itu, usaha mendapatkan rambut yang bersinar dan lebat juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar kerana ia tidak mungkin akan memberi kesan kilat seperti yang diharapkan.

sebaliknya, seseorang yang menginginkan rambut yang cantik dan sihat perlu memulakan usahanya hari ini juga dengan mengambil zat pemakanan yang mampu menguatkan folikel rambut.

mereka juga harus meninggalkan tabiat buruk dan tidak sihat seperti menghisap rokok atau tidak cukup tidur, selain merawat masalah hormon tidak seimbang kerana semua keadaan itu mampu memberi kesan besar kepada keadaan rambut, samada sihat atau sebaliknya.

tidak ada nutrien magis yang mampu memberikan rambut idaman sekelip mata, tetapi gaya hidup sihat dan disiplin tinggi dalam mengamalkan pemakanan seimbang mampu mengubah gaya penampilan anda.

di sini  disenaraikan 10  makanan kaya protein  yang mampu memberikan rambut yang cantik dan sihat.

1. salmon

selain kaya dengan protein dan Vitamin D yang juga merupakan zat untuk rambut sihat, kandungan asid lemak omega-3 fatty yang ada dalam ikan yang dalam air bersuhu dingin mampu memberikan kesan hebat kepada rambut.

tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak itu yang amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan rambut.

hampir tiga peratus daripada setiap helaian rambut dihasilkan daripada asid lemak dan omega-3 juga ditemui dalam sel membran pada kulit kepala dan merupakan minyak semulajadi yang mengekalkan kelembapan di bahagian kulit kepala dan rambut.

sekiranya anda tidak gemarkan salmon, ia boleh digantikan dengan ikan lain seperti kembung, sardin, trout dan herring. ataupun buah buahan dan kekacang seperti biji labu, avokado dan walnut.

2. walnut


ia adalah satu-satunya kacang yang mengandungi jumlah asid lemak omega-3 yang cukup bagi memberikan kesan kepada tubuh manusia. selain itu, ia juga kaya dengan biotin dan Vitamin E, yang bertindak sebagai pelindung kepada sel daripada kerosakan.

sekiranya rambut sering terdedah kepada cahaya matahari, kandungan asid lemak omega amat penting untuk penjagaan rambut.

kandungan biotin yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan berlaku keguguran rambut. pada masa yang sama, walnut juga mengandungi tembaga, sejenis mineral yang memberikan warna semulajadi yang menawan pada rambut.

anda boleh menggunakan minyak walnut sebagai 'dressing' kepada salad atau gorengan berbanding minyak masak yang lain.

3. tiram

tiram kaya dengan zink dan kekurangannya mampu menyebabkan masalah keguguran rambut yang serius termasuk di bahagian bulu mata serta kulit kepala menjadi kering.

tiga auns tiram sahaja mampu memberikan nutrien zink sehingga hampir 500 peratus kepada diet pemakanan harian.

anda boleh mendapatkanzink melalui roti dan bijiran yang diperkuatkan dengan zat itu namun tiram adalah sumber terbaik zink kerana ia juga boleh memberikan protein kepada anda.

ini kerana 97 peratus rambut terdiri daripada protein dan tanpa protein yang cukup, tubuh tidak mampu menggantikan rambut yang gugur setiap hari selain rambut yang tumbuh menjadi kasar, rapuh dan kering.

selain tiram, zink juga boleh didapati melalui kekacang, daging dan telur.

4. keledek

keledek adalah sumber protein terbaik bagi beta karotin yang boleh digunakan oleh tubuh untuk menukarkannya kepada Vitamin A. malah secara asasnya, semua sel tidak mampu berfungsi dengan sempurna tanpa Vitamin A termasuk sel rambut.

ia juga mambantu melindungi dan mengeluarkan minyak untuk menjaga kulit kepala dan sekiranya vitamin A kurang dalam tubuh, seseorang boleh berdepan dengan masalah kulit kelemumur yang gatal dan tidak selesa.

selain keledek, sumber vitamin A yang bagus adalah lobak merah, tembikai, mangga, labu dan aprikot.

5. telur

telur adalah sumber terbaik protein dan kaya dengan empat mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan zat besi yang semuanya membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

zat besi antara nutrien yang penting mamandangkan ia membantu membawa oksigen kepada folikel rambut dan masalah kekurangan zat besi atau anemia, mampu menjadi penyumbang terbesar kepada kehilangan rambut terutamanya di kalangan wanita.yang terkandung dalam bayam membantu folikel rambut untuk kekal sihat, selain memastikan minyak semulajadi melindungi kulit kepala.

bagi mereka yang mungkin tidak berapa menggemari bayam, alternatif lain yang boleh menggantikan khasiat bayam adalah sayur-sayuran berdaun hijau pekat yang penuh nutrien seperti brokoli dan kailan.

7. kacang dal


kecil-kecil cili padi, begitulah yang diumpamakan dengan khasiat kacang dal kepada tubuh badan kita.
biarpun nampak kecil, tetapi khasiatnya besar dan tinggi kandungan protein, zat besi, zink dan biotin.

malah ia mampu menjadi makanan ruji yang hebat untuk semua golongan termasuk vegetarian, vegan dan mereka yang makan daging.

bagi yang mencari alternatif, kacang soya muda yang juga dikenali sebagai edamame dan kacang ginjal boleh menggantikan dal dan dimasukkan dalam sup serta salad.

8. yogurt


pilih yogurt dengan kandungan lemak yang rendah, tetapi mengandungi protein tinggi, vitamin D serta kaya dengan vitamin b5 atau asid pantotenik, salah satu bahan yang anda selalu lihat tertera pada produk penjagaan rambut.

beberapa kajian terbaru menunjukkan kaitan vitamin D dengan kesihatan folikel rambut, nmun bagaimana ia berfungsi masih belum jelas dikenal pasti.

pilihan lain adalah keju Cottage, keju rendah lemak dan susu skim.

9. beri biru



buah hebat yang eksotik mungkin tidak terlalu mudah didapati tetap kandungan vitamin C yang ada padanya sungguh mengagumkan dan sukar diganti oleh bahan makanan lain.

vitamin C sangat penting untuk peredaran darah kecil yang bertindak menyalurkan nutrien kepada folikel rambut.

pengambilan vitamin C yang terlalu sedikit dalam diet seharian boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah putus.

10. tenusu


produk tenusu yang kelihatan biasa dan tiada yang istimewa padanya namun ia mempunyai kandungan protein yang terbaik.

selain itu ia juga kaya dengan zink, zat besi dan kumpulan vitamin B yang mampu menjadikan rambut kuat, lebat dan sihat. 

oleh sebab keseluruhan rambut adalah protein, makanan yang kaya dengan protein mampu menyalurkan keperluan terbaik bagi membina rambut yang sihat dan bersinar.

pilihan lain bagi menggantikan khasiat protein dalam produk tenusu adalah daging lembu.

sumber: harian metro 2 january 2014

Shaklee

produk shaklee juga ada menyediakan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh rambut anda..


b-complex - anti stress
e soy protein - rambut dibina dari protein
vita-lea - mengimbangi nutrien
zinc - mengukuhkan shaf rambut



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my