Social Icons

Saturday, January 4, 2014

bahaya 'slipped disc'

ramai di antara kita yang mengalami 'slipped disc' sebenarnya..

apa dia penyakit 'slipped disc' ni.. jom sama-sama kita siasat...

sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja.. namun ada juga yang sakit disebabkan masalah serius yang memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.

tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tapi membabitkan tulang berbentuk kiub.



tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya. di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.

cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.

namun, ia boleh 'bergerak' atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komlikasi yang tidak diingini. keadaan ini yang dipanggil 'slipped disc'.



keadaan 'slipped disc' biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutamanya membabitkan golongan lelaki. kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya di bahagian tengkuk.

individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat. perlu duduk untuk jangka masa yang panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.

simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.



jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. cetusan rasa seperti renjatan elektrik elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis.

lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komlikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur, serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

pemeriksaan klinikal boleh menentukan kemungkinan basar seseorang pesakit itu mengalami 'slipped disc' atau tidak. ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu.

oleh itu, ujian terbaik adalah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sajauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.


rawatan bagi pesakit yang mengalami 'slipped disc' bargantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan.

ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal. suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal. jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.

selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. ini untuk mengelakkan cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku.

pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

antara senaman yang boleh dipraktikkan..



antara supplimen yang boleh di ambil bagi mengurangkan kesan 'slipped disc' daripada shaklee adalah:-




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my