Social Icons

Wednesday, January 1, 2014

rambut cantik sihat

pemakanan seimbang kaya dengan protein ubah gaya penampilan diri

memiliki rambut yang cantik, sihat, lebat dan bersinar menjadi idaman setiap wanita, malah ia mampu untuk meningkatkan kecantikan seseorang wanita dan membuatkan mereka kelihatan lebih anggun dan menarik.



namun tahukah anda, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrien cukup memainkan peranan yang sangat penting untuk untuk memberikan rambut yang beralun lebat..

ini kerana sama seperti bahagian tubuh yang lain, sel dan proses yang menyokong pertumbuhan rambut sihat bergantung kepada pemakanan yang seimbang.

biarpun begitu, kesan pemakanan seimbang atau tidak cukup nutrien mengambil masa yang panjang untuk dilihat pada rambut berbanding kulit, misalnya pengambilan produk tidak berzat boleh dilihat kesannya pada kulit dalam masa tempoh seminggu..

namun bagi rambut, kesan pemakanan yang tidak berkhasiat atau diet secara tidak sihat menunjukkan kesannya selepas beberapa bulan!!...

oleh itu, usaha mendapatkan rambut yang bersinar dan lebat juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar kerana ia tidak mungkin akan memberi kesan kilat seperti yang diharapkan.

sebaliknya, seseorang yang menginginkan rambut yang cantik dan sihat perlu memulakan usahanya hari ini juga dengan mengambil zat pemakanan yang mampu menguatkan folikel rambut.

mereka juga harus meninggalkan tabiat buruk dan tidak sihat seperti menghisap rokok atau tidak cukup tidur, selain merawat masalah hormon tidak seimbang kerana semua keadaan itu mampu memberi kesan besar kepada keadaan rambut, samada sihat atau sebaliknya.

tidak ada nutrien magis yang mampu memberikan rambut idaman sekelip mata, tetapi gaya hidup sihat dan disiplin tinggi dalam mengamalkan pemakanan seimbang mampu mengubah gaya penampilan anda.

di sini  disenaraikan 10  makanan kaya protein  yang mampu memberikan rambut yang cantik dan sihat.

1. salmon

selain kaya dengan protein dan Vitamin D yang juga merupakan zat untuk rambut sihat, kandungan asid lemak omega-3 fatty yang ada dalam ikan yang dalam air bersuhu dingin mampu memberikan kesan hebat kepada rambut.

tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak itu yang amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan rambut.

hampir tiga peratus daripada setiap helaian rambut dihasilkan daripada asid lemak dan omega-3 juga ditemui dalam sel membran pada kulit kepala dan merupakan minyak semulajadi yang mengekalkan kelembapan di bahagian kulit kepala dan rambut.

sekiranya anda tidak gemarkan salmon, ia boleh digantikan dengan ikan lain seperti kembung, sardin, trout dan herring. ataupun buah buahan dan kekacang seperti biji labu, avokado dan walnut.

2. walnut


ia adalah satu-satunya kacang yang mengandungi jumlah asid lemak omega-3 yang cukup bagi memberikan kesan kepada tubuh manusia. selain itu, ia juga kaya dengan biotin dan Vitamin E, yang bertindak sebagai pelindung kepada sel daripada kerosakan.

sekiranya rambut sering terdedah kepada cahaya matahari, kandungan asid lemak omega amat penting untuk penjagaan rambut.

kandungan biotin yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan berlaku keguguran rambut. pada masa yang sama, walnut juga mengandungi tembaga, sejenis mineral yang memberikan warna semulajadi yang menawan pada rambut.

anda boleh menggunakan minyak walnut sebagai 'dressing' kepada salad atau gorengan berbanding minyak masak yang lain.

3. tiram

tiram kaya dengan zink dan kekurangannya mampu menyebabkan masalah keguguran rambut yang serius termasuk di bahagian bulu mata serta kulit kepala menjadi kering.

tiga auns tiram sahaja mampu memberikan nutrien zink sehingga hampir 500 peratus kepada diet pemakanan harian.

anda boleh mendapatkanzink melalui roti dan bijiran yang diperkuatkan dengan zat itu namun tiram adalah sumber terbaik zink kerana ia juga boleh memberikan protein kepada anda.

ini kerana 97 peratus rambut terdiri daripada protein dan tanpa protein yang cukup, tubuh tidak mampu menggantikan rambut yang gugur setiap hari selain rambut yang tumbuh menjadi kasar, rapuh dan kering.

selain tiram, zink juga boleh didapati melalui kekacang, daging dan telur.

4. keledek

keledek adalah sumber protein terbaik bagi beta karotin yang boleh digunakan oleh tubuh untuk menukarkannya kepada Vitamin A. malah secara asasnya, semua sel tidak mampu berfungsi dengan sempurna tanpa Vitamin A termasuk sel rambut.

ia juga mambantu melindungi dan mengeluarkan minyak untuk menjaga kulit kepala dan sekiranya vitamin A kurang dalam tubuh, seseorang boleh berdepan dengan masalah kulit kelemumur yang gatal dan tidak selesa.

selain keledek, sumber vitamin A yang bagus adalah lobak merah, tembikai, mangga, labu dan aprikot.

5. telur

telur adalah sumber terbaik protein dan kaya dengan empat mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan zat besi yang semuanya membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

zat besi antara nutrien yang penting mamandangkan ia membantu membawa oksigen kepada folikel rambut dan masalah kekurangan zat besi atau anemia, mampu menjadi penyumbang terbesar kepada kehilangan rambut terutamanya di kalangan wanita.yang terkandung dalam bayam membantu folikel rambut untuk kekal sihat, selain memastikan minyak semulajadi melindungi kulit kepala.

bagi mereka yang mungkin tidak berapa menggemari bayam, alternatif lain yang boleh menggantikan khasiat bayam adalah sayur-sayuran berdaun hijau pekat yang penuh nutrien seperti brokoli dan kailan.

7. kacang dal


kecil-kecil cili padi, begitulah yang diumpamakan dengan khasiat kacang dal kepada tubuh badan kita.
biarpun nampak kecil, tetapi khasiatnya besar dan tinggi kandungan protein, zat besi, zink dan biotin.

malah ia mampu menjadi makanan ruji yang hebat untuk semua golongan termasuk vegetarian, vegan dan mereka yang makan daging.

bagi yang mencari alternatif, kacang soya muda yang juga dikenali sebagai edamame dan kacang ginjal boleh menggantikan dal dan dimasukkan dalam sup serta salad.

8. yogurt


pilih yogurt dengan kandungan lemak yang rendah, tetapi mengandungi protein tinggi, vitamin D serta kaya dengan vitamin b5 atau asid pantotenik, salah satu bahan yang anda selalu lihat tertera pada produk penjagaan rambut.

beberapa kajian terbaru menunjukkan kaitan vitamin D dengan kesihatan folikel rambut, nmun bagaimana ia berfungsi masih belum jelas dikenal pasti.

pilihan lain adalah keju Cottage, keju rendah lemak dan susu skim.

9. beri biru



buah hebat yang eksotik mungkin tidak terlalu mudah didapati tetap kandungan vitamin C yang ada padanya sungguh mengagumkan dan sukar diganti oleh bahan makanan lain.

vitamin C sangat penting untuk peredaran darah kecil yang bertindak menyalurkan nutrien kepada folikel rambut.

pengambilan vitamin C yang terlalu sedikit dalam diet seharian boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah putus.

10. tenusu


produk tenusu yang kelihatan biasa dan tiada yang istimewa padanya namun ia mempunyai kandungan protein yang terbaik.

selain itu ia juga kaya dengan zink, zat besi dan kumpulan vitamin B yang mampu menjadikan rambut kuat, lebat dan sihat. 

oleh sebab keseluruhan rambut adalah protein, makanan yang kaya dengan protein mampu menyalurkan keperluan terbaik bagi membina rambut yang sihat dan bersinar.

pilihan lain bagi menggantikan khasiat protein dalam produk tenusu adalah daging lembu.

sumber: harian metro 2 january 2014

Shaklee

produk shaklee juga ada menyediakan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh rambut anda..


b-complex - anti stress
e soy protein - rambut dibina dari protein
vita-lea - mengimbangi nutrien
zinc - mengukuhkan shaf rambut



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my