Social Icons

Thursday, March 21, 2019

Tiada modal, penghutang tapi boleh buat bisnes spa TWB.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih Suhaila ucapkan kepada anda yang sudi klik klik ke blog Suhaila ni. Terima kasih ye, hehee

Jom ikuti kisah seorang ibu yang tiada modal, seorang penghutang pulak tu, tetapi tetap boleh buat bisness spa dengan TWB.

........................................................................................................................................................

Saya perkenalkan diri dahulu.

Nama Cik Zanariah binti Abdul Hadi atau orang kenal sebagai Cik Zas. Dah berumur 40 tahun pun tapi sejak join TWB muda balik jadi 30an . Masih bekerja di sektor kerajaan sebagai pembantu tadbir.

Kerja gaji bulanan ni tak mewah. Masuk je gaji, hari tu juga zero! Saya takde simpanan langsung. Salah diri sendiri la sebab pengurusan kewangan saya memang fail😧

Tu sebab walaupun gaji tetap tapi saya terpaksa kena ada kerja tepi. Part time.

Sebelum join TWB, saya survey banyak kerja part time. Pernah je saya buat grab, jual kuih muih.

Semua ni untuk cover pinjaman hutang-hutang yang dah saya buat sebelum ni.

Kereta saya pernah nak kena tarik sebab berbulan tak bayar. Nasib baik, masa ni ada adik beradik tolong.

Kereta ni nyawa saya. kalau takde kereta ni, tak tahu la. Suami saya tinggal jauh kat Pahang. Anak2 dengan saya. Gaji suami pun tak besar.

Tu laa....tapi sampai bila nak minta bantuan dari adik beradik kan..

Dengan pikir yuran sekolah anak-anak, duit belanja diorang pun saya hadkan, hutang dengan bank-bank lagi.

Memang tiap-tiap malam saya menangis la. Besar dugaan cabaran Allah bagi kat saya.

Tapi takkan nak nangis je kan. Betul... Dan saya pun paham, saya kena juga buat sesuatu.
Masa ni kawan saya cerita pasal mobile spa. Saya mmg minat bab-bab kecantikan ni tapi maklum la terbatas kan.

Mcm saya anak sorang tinggal di asrama, ingat belajar di sekolah berasrama boleh jimat kan kos tapi sebenarnya banyak jugak kos dari sekolah harian biasa.

Tapi saya tak fikir banyak. Terus saya google. Jumpa blog Puan Shye, mentor saya sekarang. Tapi sebenarnya dalam masa yang sama saya tengah nak buat bisnes lain😅

Anak saya 2 orang, 15 dan 13 tahun.

Dah nama bisnes. Dan saya faham nak mulakan sesuatu bisnes kena ada modal. Tapi saya ni zero!! 

Kenangkan anak-anak...saya kena buat sesuatu, nasib saya ni ada inisiatif😄😉 Sambil survey psl bisnes, sambil saya mohon skim bantuan kerajaan. Kira tak la dok diam kan.

Jadi wanita kat Malaysia ni untung, ada banyak bantuan kewangan yang di offer. Kena pandai cari. 

Paling laju... Pinjaman dengan adik beradik, kawan-kawan atau bos sendiri hehe.

Saya ambil risiko tu, dengan kewangan saya yang meruncing saya buat pinjaman dgn AIM @ Amanah ikhtiar malaysia utk join TWB. Sebab saya nampak TWB ada potensi tidak banyak sikit akan boleh bantu kewangan hidup saya sekeluarga.

Saya masih baiki lagi taraf hidup saya dan saya yakin TWB ni platform terbaik untuk ubah hidup.

Bulan 8 2018 hari tu, saya selamat dah buka mini spa kat keramat wangsa. Senang klien2 saya nak datang berSpa.

Dan lagi best, saya ada support group bukan je kat online, alam maya. Siap coaching depan-depan lagi ilmu marketing.

Syok buat spa ni. Dulu saya penah buat creampuff. Dapat order 10 box. Saya ambik masa 5-6 jam juga nak siapkan order. Uli-uli, pam filling semua, siap packing dapat la RM200-250.

Tapi bila buat spa ni, 1-2 jam je boleh dapat dah amaun macam tu. Jimat sungguh dah masa kan. Tapi hasil yang dapat sama, hehe.. tu yang best

Mini spa tu adalah kejayaan yangg paling bermakna, yang selama nie saya tidak pernah terfikir pun sebab dalam comfort zone kan, maklum laa kerja dgn gomen.

Wan Syahida adalah mentor yang guide saya untuk bantu saya teruskan  dalam keadaan saya yang sangat down.

Untuk permulaan AIM akan beri pnjaman sebanyak 3k
Cukup utk modal join Twb 😉

Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi mana2 AIM di Daerah/negeri masing-masing, boleh juga tengok website.

Ok la. Saya stop di sini. Kawan-kawan doakan saya makin berjaya dan bebas hutang ya. Dan saya juga doakan semua dalam ni dipermudahkan dapat modal dan bayar sblm 31 Okt ni. Lepas tu kita sama2 buat duit kepok2 dengan spa TWB ya. Aaminn😄


....................................................................................................................................................

In sya Allah, sekurang-kurangnya walaupun tiada modal pada asalnya, dan merupkan seorang penghutang, Cik Zas tetap ingin mengubah taraf hidup beliau. Dengan adanya ilmu dan skills dari kursus spa TWB, in sya Allah Cik Zas mampu pergi jauh.

Korang semua, jika ingin mengubah hidup kepada yang lebih baik dengan buat bisnes spa, macam Cik Zas boleh hubungi Suhaila untuk mendaftarkan diri ye.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut juga, boleh ikuti FREE PREVIEW yang akan diadakan setiap minggu, pada hari khamis.


Suhaila bt Mamat
(01126047745)
Alumni Projek The Walking Beauty
fb: Suhaila Mamat
ig: SuhailaMobileSpa/beuty.su




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my