Social Icons

Friday, January 17, 2014

hacuuuummmmm...

apa tu?
selsema...


selsema dalam kalangan bayi sememangnya membuatkan ibu bapa risau. selsema menyebabkan hidung bayi tersumbat dan sukar bernafas dengan baik seterusnya mengganggu tidur si kecil..

ia juga menyukarkan bayi menyusu dengan baik kerana tidak boleh bernafas secara lancar.

jika selsema berlaku pertama kali kepada bayi dalam tempoh yang panjang, is harus diberi perhatian serius kerana boleh menyebabkan kahak yang turut mengganggu sistem pernafasan bayi.

selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan yang berpunca daripada pelbagai jenis virus.


misalnya, bayi yang sedang membesar suka bermain dan mahu mengenal dunia dengan lebih mendalam, jadi mereka bergerak ke pelbagai kawasan termasuk di bahagian berhabuk.

habuk akan menyebabkan bayi bersin dan mudah menghidap selsema.

selsema juga mudah merebak daripada seseorang kepada orang lain atau bayi, misalnya orang dewasa yang mengalami selsemamencium bayi boleh menyebabkan virus itu terkena pada bayi.

virus selsema juga akan merebak melalui udara untuk menjangkiti orang lain.

selain itu, asap rokok akan mendedahkan bayi kepada selsema, jadi elakkan bayi daripada mereka yang merokok.

selsema akan menjejaskan bayi kerana menyebabkan penyakit lain iaitu demam, batuk, mata menjadi merah dan sakit tekak.

ini seterusnya membuatkan bayi berasa tidak selesa dan mudah meragam. berat bayi juga turun mendadak kerana hilang selera makan.



tangani segera

bayi yang menghidap selsema bukan sahaja bermasalah untuk tidur malam, malah kuat meragam. ia ternyata membuatkan bayi mengalami masalah pernafasan kerana mereka hanya pandai bernafas secara normal.

bagi orang sewasa, mereka boleh bernafas menggunakan mulut dan hidung, namun bagi bayi sehingga berusia empat tahun, mereka tidak pandai menggunakan mulut.

antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengeluarkan mukus bayi menggunakan peralatan yang ada di pasaran dan klinik.
antara contoh peralatan yang digunakan untu membuang mukus bayi..


pembuangan mukus secara teratur akan mempercepatkan proses penyembuhan selsema bayi.

kaedah rawatan terbaik untuk bayi adalah kerap menyusukan mereka dengan susu badan. susu badan menguatkan antibodi bayi seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.

kebiasaannya bayi yang menyusu badan susah jatuh sakit, sekiranya sakit sekalipun ia hanya sakit ringan.

sekiranya selsema berpanjangan, elok di bawa kepada pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan kaedah rawatan yang sesuai.

ibu bapa boleh memberikan si kecil vitamin C atau minuman jus bagi bayi yang berusia dua tahun ke atas.

selain itu ubat-ubatan lain yang boleh diberi hanya dibawah pengawasan doktor mengikut dos dibenarkan.

cara melegakan selesema bayi

jika hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala mereka menggunakan tuala untuk membantu pernafasan. tidur dalam keadaan begitu akan melegakan hidung bayi dan memastikan mukus keluar.

elak menggunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi kerana boleh menyebabkan bahaya mati lemas.

lakukan pemantauan ke atas bayi dengan menyapu hidung mereka supaya mukus keluar dan bayi boleh bernafas dengan mudah.

sumber : harian metro 
 
testimoni penggunaan produk shaklee..



terdapat 2 pilihan vitamin C Shaklee






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my