Social Icons

Monday, September 8, 2014

Liat bangun Pagi...



Anda seorang yang liat bangun pagi?

Bangun awal pagi bukanlah suatu yang menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang.. Terutamanya bagi remaja, tidak ketinggalan juga orang dewasa.. walaupun sudah dalam suasana pekerjaan.. namun ramai lagi yang  masih mengalami masalah bangun awal pagi.. 

Puncanya adalah masing-masing suka menghabiskan masa pada malam hari, tak kisahlah bagi golongan remaja, mereka suka mengulangkaji atau membuat tugasan pada waktu malam. Bagi golongan dewasa pula mungkin keletihan bekerja seharian atau membuat kerja sehingga lewat malam..

Walau apa pun puncanya.. hakikatnya, tabiat bangun lewat perlu dielakkan. Dalam Islam juga sangat menggalakkan umatnya supaya bangun awal pagi untuk mendapatkan rezeki. Mahu tidak mahu rutin tidur harian yang tidak elok itu terpaksa diubah bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa.
Hakikatnya, bukan semua yang berjaya  mengubah pola tidur masing-masing.. tapi, jangan risau terdapat beberapa tips yang boleh diusahakan untuk mendapatkan pola tidur yang paling sesuai.

Paksa Diri Tidur

Memang susah untuk memperbaiki kembali pola tidur yang tidak menentu. Justeru, apa yang anda perlu lakukan ialah cuba paksa diri untuk tidur dengan lebih awal. Misalnya, jika sudah kerap tahan rasa mengantuk sehingga pukul 3 pagi, cuba hadkan waktu itu pada pukul 10 malam.
Bantu usaha anda melalui cara mendengar muzik yang santai dan berentak perlahan, kerana ia boleh membantu memberikan ransangan untuk anda rasa lebih mengantuk. 

Paling penting siapkan tugasan yang perlu dibuat dengan lebih awal. Buang sikap suka menangguh sesuatu pekerjaan sehingga boleh mengganggu kesihatan.

Jika diri tetap berdegil ingin melakukan kerja disaat akhir, apa kata cuba langkah baru iaitu membuat tugasan tersebut di awal pagi esok. Nescaya dengan cara ini ia boleh membantu anda tidur pada waktu yang bertetapan.

Gunakan Kemudahan Teknologi

Teknologi sudah pun canggih dan boleh menolong kita menguruskan hidup kita dengan lebih mudah. Ia termasuklah membantu diri bangun pada awal pagi. 

Tetapkan penggera berbunyi pada waktu yang sepatutnya. Letakkan beberapa meter di sebelah telinga untuk memudahkan anda ‘terkejut’ dan tidak sambung tidur..

Bukan itu sahaja caranya, kemudahan aplikasi dalam telefon pintar juga boleh dijadikan rujukan. Contohnya, aplikasi yang berkaitan dengan penggera mempunyai system unik di mana pengguna perlu menyelesaikan masalah matematik untuk mematikan bunyi penggera itu.  Justeru, ini adalah cara terbaik untuk anda terus berjaga kerana tidak lagi selesa untuk tidur.

Biasakan Diri

Langkah untuk bangun awal pagi ini memerlukan masa untuk kita melihat hasilnya. Pada awal perubahan memang agak sukar untuk menstabilkan momentum. Oleh itu latih diri untuk kekal bermotivasi selain pasang niat untuk lebih produktif. 

Jika kita boleh bangun awal pagi, sebenarnya banyak benda yang boleh kita lakukan, macam-macam aktiviti sihat boleh dilakukan.  Seperti bersenam, yoga, mengulangkaji juga sangat baik pada waktu pagi dan sebagainya.

Ia mungkin akan susah untuk 1 hingga 2 minggu pertama sahaja, minggu seterusnya mungkin anda sudah berupaya melakukannya dengan lebih baik.

Perlu diingat bangun awal pagi sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda sudah bekerja. Jika kerap bangun lewat, bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi silap hari bulan, anda juga mungkin boleh dibuang kerja.



Pengalaman Sendiri

Saya juga mempunyai masalah bangun awal pagi untuk melakukan tahajud. Dalam mendapatkan rezeki yang dijanjikan Allah, kita sangat digalakkan untuk melakukan tahajud. 

Apa yang menyebabkan saya ‘terpaksa’ juga bangun malam untuk bertahajud adalah disebabkan oleh ‘seseorang’ yang telah menyentapkan saya dengan ‘ayat cintanya’..

“Suhaila.. tak per.. kalau tak leh bangun..

Anggapkan Allah tak pilih..

Its okey..

Nak bangun buat apa kan..

Pahala yang dok ada pun dah banyak..

Dosa pulak kurang..

Rezeki  jangan cakap.. memang dah melimpah ruah..

Pendek kata.. apa yang Suhaila nak semua dah ada kan..”

Begitulah lebih kurang antara ‘ayat cinta’ nya yang telah menyentapkan hati naluri saya… bermula malam itu juga, saya kuatkan diri untuk bangun malam untuk bertahajud.. Jika rasa malas tu datang, saya akan ingat ayat2 cinta ni.. saya nak dipilih, saya nak tambah pahala, nak kurangkan dosa, nak tambah rezeki.. sebab banyak lagi yang belum saya ada.. 

Untuk beri duit kepada ibu, untuk bersedekah, untuk tolong adik-adik yang masih belajar, untuk bayar pinjaman PTPTN, bayar pinjaman kereta, rumah macam lagi..

Tips hasil Google..

Saya juga sempat menggoogle beberapa tips, dan saya telah memilih tips seperti di bawah untuk dikongsi bersama..

Sharing tips bagaimana untuk bangun awal pagi sebelum Subuh.


Tips ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri untuk diamalkan dan dilaksanakan. Moga bermanfaat buat semua.
  • Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Niat juga dalam hati, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Contoh : “Esok saya akan bangun pada jam 5.00 pagi."
  • Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin. Akan ada malaikat yang mendoakan kita sepanjang tidur hingga sedar esok harinya
  •  
  • Dirikan solat sunat taubat dua rakaat sebelum tidur. Sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  • Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Setkan alarm telefon berhampiran dengan kita. 
  • Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  • Baca doa sebelum tidur dan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT. 
  •  
  • Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan beristighfar, memuji dan memuja Allah SWT.  Astaghfirullahalla'zim, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
  • Selepas itu bayangkan impian anda/ fikirkan yang positif-positif sampailah tertidur.
  • Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan jadi habit dengan amalan ini jika dilakukan terus-menerus tanpa berputus asa.
  • Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini pagi. 

Semoga tips ni berguna untuk anda semua :)

Vitamin shaklee

Selain tips-tips di atas, terdapat beberapa jenis vitamin Shaklee yang boleh memberikan kesan supaya kita lebih bertenaga untuk bangun pagi yang lebih menyegarkan..

Antaranya Ostematrix... 

kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesa..

Tapi apa kaitan kalsium dengan senang bangun tidur???

Sebabnya penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. pada waktu malam, kita kurang ke toilet, jadi tubuh kita lebih mudah untuk menyerap lebih banyak kalsium.

Sebab itulah kita akan dapati kita lebih mudah untuk bangun pagi pada keesokan harinya, sebab tiada lagi sakit-sakit badan, sengal-sengal, cramp dan sebagainya..


















Mealshakes untuk kanak-kanak..

Mealshake mengandungi nutrisi lengkap, menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan Ia juga membekalkan nutrisi kepada sel tubuh, membantu tumbesaran. Ia juga sebagai anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan. Rasanya yang sedap juga menaikkan selera kanak-kanak.

Disebabkan vitamin, mineral serta zat yang diperlukan badan mencukupi, jadi kanak-kanak ada selera makan dan sentiasa kenyang. Bila waktu malam tidur mereka tidak terganggu dengan rasa lapar.

Disitu mereka akan mendapat tidur yang lena dan cukup. Jadi senanglah untuk mereka bangun pagi dengan ceria.. 


jika anda rasa entry ini sangat berguna untuk anda dan perlu disebarkan, sila lah sebarkan demi kebaikan bersama..

inginkan kosultasi percuma, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp 011-22175813



SID : SUHAILA BT MAMAT / 1077576


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my