Social Icons

Sunday, March 19, 2017

KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog Kimaziq..

Diharap penulisan entri kali ini dapat membuatkan anda membuat pilihan yang lebih baik dan bijak.


Mencari Punca


mencari set menyusu shaklee

Ramai para ibu mencari cara yang terbaik untuk mendapatkan susu yang banyak dan berkualiti. Memang banyak caranya, antaranya adalah mengurut dengan bidan profesional atau dapatkan supplement yang sesuai.

Banyak sebab kenapa para ibu mempunyai masalah pengeluaran susu yang kurang. Antara sebabnya adalah sering penat, kurang rehat, cuaca, kekangan di tempat kerja, tiada dorongan atau sokongan dari pasangan atau orang terdekat, dan kurang minum air masak.

Jadi disini kita perlu tahu punca sebenar dan cuba atasi masalah itu dengan sebaiknya.

Selain itu faktor pemakanan juga amatlah penting untuk ibu menyusu ye.. kekurangan nutrisi adalah salah satu faktor penting menyebabkan berlakunya kekurangan pengeluaran susu badan atau pengeluaran tidak stabil atau kurangnya kualiti susu itu sendiri.

Set Menyusu Shaklee


Jadi disini saya sarankan gunalah set menyusu shaklee. apa kebaikan set menyusu shaklee ni?

Kebaikan set menyusu shaklee adalah..

Vitamin yang disediakan bukan sahaja untuk penyusuan semata -mata, malah ia adalah set kesihatan badan untuk ibu dan anak amnya.

Set menyusu shaklee sebenarnya penuh dengan nutrien keperluan tubuh seseorang. Bila nutrien cukup untuk kegunaan seharian badan, maka segala sel akan berfungsi dengan baik, maka penghasilannya adalah optimum. itu sebenarnya tugas vutamin vitamin ini.

Begitu juga dengan penghasilan susu badan, apa yang yang menghasilkan susu badan pula?

Mestilah sel sel badan kan?? jadi semestinya sel sel ini perlu sihat juga supaya mereka dapat bekerja secara optimum untuk menghasilkan susu yang terbaik kan.. begitulah kompleksnya sistem badan yang Allah swt ciptakan khas buat hambaNya yang tersayang.

Macam mana nak buat sel sel ni sihat?

Cukupkan dan lengkapkan nutrien yang diperlukan..

Jadi, melengkapakan nutrien keperluan badan sangat penting untuk membantu penghasilan susu yang banyak, berkualiti dan berkhasiat untuk anak syurga kita.

Full Set

set lengkap menyusu shaklee ( milk booster)
Saya juga sarankan para ibu mengambil full set, sebab full set of set menyusu shaklee adalah merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan sepanjang tempoh penyusuan. Ia juga mampu menyeimbangkan sumber nutrien penting bagi menghasilkan susu badan yang paling ekslusif untuk cahaya mata kesayangan.

Full set of set penyusuan shaklee berfungsi sebagai milk booster + supplement lengkap harian + kalsium + tambah tenaga. haaa... semua dapat, memang sangat berbaloi...kann kannn

Okey, fungsi setiap vitamin juga berbeza, setiap satunya mempunyai fungsi dan tugas tersendiri:-

Vitamin C - membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam badan dan susu ibu. Contohnya, bagi ibu ibu yang mengalami masalah puting susu luka, in sya Allah ianya akan cepat sembuh. dan yang lebih istimewa vit c sangat baik untuk kulit ibu ibu dan juga anak anak yang menyusu, menjadikan ia sekata, bersih, cerah dan berseri. Kulit kusam??? no no no..

Vitalea - mulitivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian, dan zat besi. itulah istimewanya vitalea, lengkap dengan zat besi yang memang sangat2 diperlukan dan penting untuk tumbesaran bayi anda. Doktor juga akan menasihatkan supaya para perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar para ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah atau menyusukan bayi.

B complex - vitamin yang sangat istimewa iaitu vitamin anti stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga, menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi, dan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

Alfalfa - membantu memperbanyakkan susu ibu, dan ia sememangnya telah lama digunakan sebagai agen penambah susu di negara barat.

Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP (energizing Soy Protein) dan Ostematrix sangat sangat penting dan membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu seterusnya menjadikannya lebih berkualiti dan bayi anda akan mudah kenyang dan kurang meragam.

ESP juga adalah bonus kepada para ibu untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.. Kerana ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu..

Terbaiklahh...

Kesimpulannya, bila guna set menyusu shaklee memang bukan susu je yang melimpah ruah dan meriah, malah banyak lagi kelebihan lain yang bakal para ibu perolehi, contonya:-

- kulit bertambah cantik
- luka, parut, strechmark beransur hilang
- kulit semakin cerah berseri
- rambut kurang gugur
- cik abang gembira (fungsi alfalfa sama mcam manjakani)
- badan lebih bertenaga
- masalah kejang kaki hilang
- senang bangun pagi
- tiada sembelit




Jika anda juga inginkan kepuasan yang sama seperti mereka, jangan ragu-ragu untuk menggunakan set menyusu shaklee. Ianya sememangnya selamat, semulajadi, dan berkesan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat dan pandangan secara percuma.

Sid: 1077576
Suhaila Mamat (01126047745)
Fb: Suhaila Mamat



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my