Social Icons

Monday, December 23, 2013

the little owlie... in da house..

salam perkenalan dari 'little owlie'...

sambil-sambil bershaklee.. terbuat little owlie... siap, pastu post kat facebook... ramai pulak yang berminat... setiap hasil kerja tangan saya adalah 100% jahit tangan tau.. tak ada yang guna mesin jahit pun ye.. in sya Allah.. itu adalah trademark 'little owlie' saya...

en arham bagi idea supaya 'little owlie' di masukkan sekali dalam blog.. sebab dia pon minat dan order juga.. kebetulan masa tu memang tengah dalam proses buat blog ni haaa... katanya nak bagi semangat!!  saya tanpa fikir panjang.. on je lah.. nasihat daripada yang pakarkan!!.. kenapa tak nak ikut? kan?

antara owlie pertama yang di hasilkan..

si purple..

si hijau..

ke dua-dua ekor owlie ni sesajer jer buat.. tak ada yang request pun.. mungkin untuk simpanan atau model jer hahaa... xcited dengan dies yang baru di beli ni.. (jenama sizzix..) beli dengan harga rm90.. (exclude post cost) dengan Peach Owlcraft sebab tengok comel sangat si owlie bam bam ni.. bila dah survey2 sikit.. kat peach owlcraft ni harga dia memang murah sangat dari kedai-kedai lain.. dapat gaji jer terus order.. dies ni hanya boleh digunakan bersama mesin big shot sahaja yer... kalo nak beli dies ni, kena beli mesin big shot dulu..

ni lah dia rupa dies tu.. 

bila dah post kat face book.. menjelma lah pelanggan pertama.. alhamdulillah.. katanya untuk di berikan kepada anak perempuan sempena hari jadi yang ke 6 tahun.. maka bekerjalah tangan ni untuk buatkan key chain untuk digantungkan di beg sekolah, tengah mood excited kan..  akhirnya terus buat dan siap tempahan pertama... hasilnya...

tadaaa.... gebusss gitusss

comeil kan? kan? hahaa... itu lah yang dikomen kan dalam ruangan komen facebook saya.. (kui kui perasan pulak...) ha ha haa... 

okey lah setakat ni dulu untuk dikongsikan pada hari ini... in sya Allah.. jika ada tempahan lagi lepas ni saya akan update lagi yer... memang ada pun huhuu.. nantikan di entri seterusnya ya... :)


semoga perkongsian kali ini membawa kebaikan dan perubahan yang lebih baik untuk diri anda dan sekeluarga.. jika suka, sila-sila lah like... terima kasih daun keladi... heheee





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my