Social Icons

Monday, May 29, 2017

5 TIPS MENYUSU SAMBIL BEKERJA (BULAN PUASA)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog Suhaila. Terima kasih tak terhingga kepada anda Suhaila ucapkan. Semoga hari ini anda semua akan mendapat satu ilmu yang bermanfaat yang ingin anda ketahui...

Untuk ibu ibu semua tetap memberi susu secara eksklusif kepada anak-anak sangat-sangatlah mencabar ye, dari segi emosi dan fizikal. Harap ibu ibu semua sudah bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mula-mula sekali:




1.Set Your Mind right

Pengeluaran susu banyak dikawal oleh minda kita. Jika kita awal-awal lagi sudah set minda kita yang susu akan berkurang semasa puasa, maka berkurangkan ia… Sama juga jika kita berpuasa, bila kita kata penatnya puasa, dengan serta merta tubuh kita akan rasa lemah sangat, tapi bila kita tukar mind set kata, ehh aku kuat, tak penat pun.. dengan serta merta juga tubuh kita terus rasa segar bertenaga.

Maka apa yang perlu ibu-ibu buat adalah reset kembali minda kita, percayakan pada badan kita dan perbetulkan niat kita. Bulan ramadhan kan bulan keberkatan dan suci. In sya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Nya, yang penting niat yang betul dan berdoalah.

Tips: Perbanyakkanlah doa, mohon lah dengan Dia yang Maha Pemberi

“ Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku. Banyakkalah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan yang mulia ini, permudahkanlah jalanku untuk aku menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.”
“ Ya Allah, Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan RahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.. aminn”

~ tukar mindset ‘susu tak perlu banyak, tapi cukup untuk buat baby kenyang’. Itulah yang dipanggil berkat. Walau sedikit tetapi cukup.

2.       Jaga makan dan minum

Ibu-ibu digalakkan untuk makan makanan yang sihat, dan menyihatkan. Tinggi protin, rendah lemak, sebaiknya ambillah sumbernya dari tumbuhan bukan haiwan.

Nasi boleh dimakan  seperti biasa, namun tak perlulah kita nak beli semua makanan yang ada kat bazar tu kan.

Air, yessss air saaangat penting. Pastikan air sentiasa cukup setiap hari. 3 liter ataupun ikut keperluan berat badan ibu-ibu, iaitu 25kg untuk 1 liter air.

Contoh pengambilan:-

~Berbuka: 3 biji kurma dengan 500ml air kosong, setiap sejam lepas berbuka minum lagi 250ml sehingga nak tidur malam.

~Sahur: sejurus bangun untuk sahur minum 250ml, sambil masak minum lagi 250ml, simpan 2 gelas terakhir lagi untuk diminum selepas makan dan sebelum imsak. Sahur juga makan 3 biji kurma lagi.

Ibu-ibu mesti sahur atau wajib makan sahur tau…. Kerana terdapat keberkatan di dalam sahur itu. Rasulullah berpesan :-
“ Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim)

Dapat sunat, dan dapat pahala…

3.       Direct feeding dan pam

Jika ibu ibu sudah mempunyai jadual penyusuan yang tetap, follow je jadual tu.
Contohnya:
12am – double pumping
2 am – tandem (anak menyusu dan pam)
4.30 am – pam
6.30 am – pam
Ni contoh jadual pam waktu malam.

Bulan puasa biasa ibu ibu masuk kerja awal kan, jadi ambiklah kesempatan ruang masa yang ada untuk pam lagi. Kalau jalan jam, boleh pam waktu ni, bukan ada orang tengok pun. Semua tengah focus kat jalan jam… hehehe

Bila dah masuk waktu kerja, boleh mulakan pam lagi, contohnya:
10.30 am
1.30 pm
4.30 pm
Masa balik tu, kalau jalan jam lagi, boleh pam lagi.

Yang penting ibu-ibu kena konsisten pam/menyusu ikut jadual. Kena disiplin, terutamanya waktu pam… waktu menyusu kat rumah ikut keperluan bayi lah.. bila-bila masa yang dia nak kan..

Ibu ibu juga digalakkan untuk bangun malam, antara pukul 2-3 pagi untuk tanden, sebab in sya Allah, hasilnya akan buat ibu ibu tersenyum sepanjang hari.

4.       Tips ke 4 adalah zikir.

Perbanyakkan zikir, terutamanya sewaktu menyusu.. banyak keberkatan yang bakal kita perolehi dengan alunan zikir dari mulut ibu.
“ Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab “ 
gandakan alunan zikir ini berbanding hari-hari biasa.

5.       Makanan tambahan/supplemen

Kalau boleh ambillah supplemen untuk membantu ibu ibu menyusu mendapatkan nutrisi yang mencukupi sewaktu berpuasa, untuk memekatkan susu dan membantu ibu ibu kekal sihat bertenaga.

Semoga Allah permudahkan niat murni ibu ibu semua untuk terus menyusukan anak secara eksklusif.

Untuk ibu ibu yang mengambil anak angkat dan nak menyusukan anak, boleh cuba direct feeding dan pam secara konsisten antara 2 hingga 3 jam sekali. Direct feeding lebih banyak memberi kesan daripada pam.

Ibu ibu digalakkan membuat jadual dan konsisten serta disiplin dengan jadual tersebut. In sya Allah, susu akan keluar. Mula-mula mungkin akan keluar susu yang cair macam air kosong atau susu yang yang sangat jernih, tapi ibu ibu jangan risau, teruskan konsisten dengan jadual. In sya Allah, susu putih akan keluar nanti.

Sepatutnya ibu ibu boleh start dari awal iaitu sebelum puasa lagi, supaya bila masuknya bulan puasa, ibu ibu semua dah selesa.



*Ibu ibu nak tahu supplemen apa yang boleh diambil untuk ibu menyusu? dan ia adalah sangat berkesan, semulajadi, dan selamat yang berasaskan tumbuhan semulajadi...
Boleh hubungi/wa Suhaila di 01126047745
sid:1077576
boleh pm kat fb : Suhaila Mamat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my