Social Icons

Monday, May 22, 2017

KEPENTINGAN OMEGA 3 TERHADAP KESIHATAN

assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera... terima kasih kerana sudi memilih blog Suhaila untuk mendapatkan sedikit info, harapan Suhaila agar dapat menambah sedikit pengetahuan untuk anda juga..

Entry kali ini kita bercerita mengenai kepentingan Omega 3 kepada kesihatan sepanjang hayat.. Entri ini adalah daripada daripada artikel dalam jounal Omega 3...

Tahukah anda, asid lemak (fatty acid) omega 3 dikaitkan dengan penuaan yang sihat sepanjang hayat. Ini bermakna ia sangat penting untuk tubuh badan kita bermula sejak dari janin hinggalah kepada warga tua, kerana umur kita akan meningkat setiap tahun.

Apa itu Omega 3


Asid lemak Omega 3 juga dikenali sebagai asid lemak tepu (EFA's), merupakan lemak sihat atau baik yang kita perlukan bagi menyokong fungsi normal semua tisu dalam tubuh. iaitu membran saraf, salur darah dan otot-otot adalah terbina daripada asid lemak.

Badan kita tidak mampu untuk mengeluarkan asid lemak dengan sendirinya, jadi kita harus mendapatkannya daripada sumber yang boleh menbekalkanya blok binaan penting untuk badan kita ini.

Asid lemak omega 3 mengandungi Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Eicosapentaenoic (EPA). Kedua dua elemen ini penting untuk tubuh dan memberikan banyak kebaikan di antaranya:


  • kesihatan jantung
  • kesihatan mata dan fungsi kognitif
  • mengurangkan keradangan

Ada kajian berkenaan EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan janin yang betul, termasuk neuron, retina, dan fungsi imun bagi janin tersebut. EPA dan DHA juga mampu untuk menghalang banyak aspek fungsi kardiovaskular termasuk keradangan, penyakit arteri periferal, masalah utama koronari dan pencegahan gumpalan darah daripada berlaku.

EPA dan DHA juga dikaitkan dengan pencegahan, pengurusan berat badan, dan fungsi kognitif kepada mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer sederhana.

Kerana ia sangat penting untuk otak. Bila otak dalam keadaan baik, semuanya akan baik, akan tetapi sekiranya otak berada dalam keadaan yang tidak baik, sebarang penyakit akan menjadi lebih teruk. Contonya darah tinggi, yang mana akan membawa kepada strok.

Kurangnya pengambilan DHA dan EPA dipercayai berkait dengan proses peningkatan keradangan, perkembangan janin yang lemah, kesihatan kardiovaskular, dan risiko penyakit Alzheimer.

Kajian ini banyak memberi tumpuan kepada manfaat daripada EPA dan DHA jika dijadikan suplemen sepanjang hayat termasuk penggunaan semasa mengandung untuk perkembangan janin yang sihat yang memberi kebaikan sepanjang hayat, untuk mengurangkan banyak faktor kardiovaskular, dan kegunaan yang berpotensi kepada alzheimer.


Kepentingan Omega 3 Dalam Kesihatan

Omega Guard : Omega 3 dan Ibu Mengandung


Sangat penting untuk ibu mengandung untuk mengambil asid lemak Omega 3 yang mencukupi.Terlalu banyak faedah EPA dan DHA kepada ibu dan terutamanya kepada bayi dalam kandungan.

Hakikat ini kerana:

Semasa mengandung, plasenta memindahkan nutrien termasuk DHA daripada ibu kepada bayi. Sebanyak mana ibu mengambil Omega 3 setiap hari sebanyak itulah bayi akan dapat. Dalam kata lain apa yang ibu makan itulah yang anak dapat.

Garis panduan Pemakanan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (US) mengesyorkan ibu mengandung mengambil di antara 8 - 12 oz makanan yang mengandungi Omega 3 seminggu iaitu bersamaan dengan 300 - 900 mg EPA dan DHA setiap hari.

Antara manfaat asid lemak Omega 3 semasa mengandung adalah:-
  1. DHA berperanan dalam fungsi membran sel - untuk perkembangan otak bayi dan retina. ini boleh dikaitkan dengan penglihatan normal dan fungsi otak apabila bayi lahir kelak. Satu kajian oleh Hakim et al. mendapati kanak-kanak yang ibunya mengambil suplemen DHA semasa mengandung mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil suplemen DHA semasa mengamdung.
  2. Mengelakkan kelahiran pramatang dengan mengurangkan prostagladin iaitu boleh megurangkan keradangan dalam rahim.
  3. Melindungi bayi daripada alahan dan meningkatkan sistem imun - justeru dapat mengurangkan risiko ekzema, asma dan lain-lain penyakit disebabkan sistem imun yang rendah dikalangan bayi dan kanak-kanak.
Omega Guard : Kesihatan Kadiovaskular



Penyakit berkaitan kardiovaskular adalah punca kepada 38% daripada semua kematian di negara kita. Keradangan kronik selalu menjadi punca kepada kebanyakan penyakit kronik, termasuk penyakit kardiovaskular. EPA dan DHA mempunyai kesan anti radang dan berperanan dalam tekanan oksidatif serta membantu meningkatkan fungsi sel melalui perubahan dalam gen.

EPA dan DHA meningkatkan kestabilan plak, mengurangkan pengaktifan endothelial, dan meningkatkan ketelapan vaskular, sekaligus mengurangkan peluang untuk mengalami kardiovaskular.



Asid lemak Omega 3 dapat membantu kesihatan kardiovaskular dari segi memainkan peranan dalam aterosklerosis dan penyakit arteri periferal (PAD):
  1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan membantu meningkatkan kestabilan plak, mengurangkan pengurangkan pengaktifan endothelial, dan meningkatkan ketelapan vaskular. 
  2. Meningkatkan fungsi endothlial - mengurangkan tahap plasma dan meningkatkan pengembangan aliran arteri.
Omega Guard : Kesihatan Otak

Alzheimer adalah satu penyakit yang mempunyai rawatan terhad dan tiada penawar dengan petanda awalnya adalah hilang ingatan dan ketidakupayaan pesakit.

Pada masa ini dianggarkan 26.6 juta pesakit alzheimer di seluruh dunia dan dijangka meningkat lagi pada tahun mendatang. Banyak kajian mendapati pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu menurunkan keradangan plak pada otak terutama di kawasan otak yang dianggap penting seperti hippocampus dan korteks parietal.
  1. Meningkatkan plasma yang dikatakan dengan faktor keradangan dan faktor granulocyte
  2. membantu menurunkan berat baadan
  3. Meningkatkan fungsi kognitif pesakit alzheimer.
PENUTUP

Daripada artikel/jurnal ini, penting untuk mendapatkan bekalan Omega 3 yang cukup untuk badan kita daripada sumber pemakanan seharian. Kita memerlukan sekitar 500mg hingga 1000mg Omega 3 setiap hari. Adakah mudah untuk kita dapatkannya dari makanan harian kita?

Jadi untuk memudahkan kita untuk mendapatkan Omega 3 yang mencukupi setiap hari, elok kita dapatkan suplemen agar dapat menampung keperluan tersebut.

Jadi untuk keseluruhannya kebaikan Omega 3 ini penting sejak dari dalam rahim sehinggalah kepada warga emas.
  1. Ibu mengandung dan meyusu: khasiat kepada bayi dari segi fungsi otak dan perkembangan mata yang normal, fungsi kognitif, juga melindungi bayi daripada penyakit alahan/ekzema/asma dan meningkatkan sistem imun bayi.
  2. Melindungi tubuh daripada penyakit berkaitan kardiovaskular seperti darah tinggi, penyakit jantung dll.
  3. Melindungi daripada penyakit berkaitan saraf dan otak seperti alzheimer, parkinson, strok dll.

Sudahkah anda mengambil supplemen Omega 3 anda hari ini? 

Sekiranya anda juga pencari kehidupan yang sihat berpanjangan seperti saya, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang sihat, bertenaga dan muda kepada anda dan keluarga.

Pilihan ditangan anda, saya telah pun memilih produk yang terbaik dan diyakini untuk saya amalkan, saya juga yakin anda juga sedang mencari produk yang terbaik dan terbukti berkesan untuk digunakan, jadi tidak perlu ragu-ragu untuk memilih produk terbukti berkesan, semulajadi dan selamat seperti produk Shaklee...

Untuk dapatkan Omega Guard dan supplemen lain dari Shaklee, boleh hubungi saya dengan segera di 01126047745

Suhaila bt Mamat
SID : 1077576








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my