Social Icons

Sunday, May 6, 2018

KENAPA PERLU ADA BIG WHY?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Terima kasih Suhaila ucapkan kepada semua pembaca kerana sudi klik klik blog Suhaila.
Suhaila doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, bahagia, kaya dunia dan akhirat.

Okey, berbalik kepada tajuk entry Suhaila hari ini, kenapa kita perlu ada BIG WHY dalam hidup kita.

Sangaaaaat penting ya...

Sebenarnya dalam hidup kita ni kita perlu ada sekurang-kurangnya satu BIG WHY untuk kita teruskan hidup yang bukan biasa-biasa punya...

Kita nak hidup yang luar biasa, macam Rasulullah, macam Khadijah, macam Aisyah, macam Sumaiyyah... macam sahabat-sahabat nabi yang lain..

Kita nak hidup kita biar jadi kenangan, buat jadi teladan walau kita sudah tiada nanti.. Tidak semestinya seluruh dunia..

Sekurang-kurang oleh keluarga terdekat, sahabat handai...

KENAPA?

Nak tahu kenapa? Sebab kita tak boleh selamanya hidup di zon selesa.. Bila kita keluar dari zon selesa, kita akan tahu betapa banyaknya nikmat yang Allah telah sediakan untuk kita. Bukan sekadar nikmat dunia, malah nikmat akhirat kita boleh dapat, In Sya Allah..

Kalau dulu, bila kita bergaji 3k, habis satu kampung rasa nak heboh kan... tapi sekarang setakat 3k, masih tergolong dalam golongan miskin.. kan ada viral pasal seorang penerima gaji 3k yang buat senarai tu.. Lepas tolak bulanan punya bayaran wajib, tinggal berapa ratus je.. Belum masuk bab belanja harian lagi...

Itu satu hal, itu pun boleh dibuat BIG WHY, tapi bila kita rasa selesa dengan kehidupan macam tu, itu belum membangkitkan semangat kenapa kita perlu keluar dari zon selesa kan...

Cukup bulan tunggu gaji lagi, bayar apa yang patut, duit dahh abis.. Nak menyimpan pun tak mampu, silap haribulan siap berhutang lagi.. Haaa, bila dah masuk bab hutang ni, ini lah masanya dah memang tahap wajib untuk keluar dari zon selesa anda.

Katalah anda tidak tergolong dengan golongan gaji 3k, gaji 5k keatas.. Wowww memang best kan nampak, pergi travel sana sini, makanan pantang ada yang viral, kejor yeop kejor, sanggup pergi cari merata alam, beli kereta besar, rumah besar...

Tapi sayangnya pergi dengan family kecil anda sahaja... takde pun nak bawa mak ayah sekali pergi bercuti.. mak ayah kat kampung ni, mengagguk dengan senyuman je lah kalau diberitahu nak kesana sini.. dalam hati dia, anda tahu ke?

Kemon gais, mak ayah yang bawa kita ke dunia ni, kalau tak de diorang tak merasa kita gaji 4/5 figures sebulan, jalan merata atas dunia ni, makan sedap-sedap. Tapi tak pernah bawa diorang sekali..

Diorang ni kalau dapat kita bawa atau sponsor naik haji atau umrah yang hotel paling dekat dengan masjidil haram tu, dah syukur sangat-sangat tau... tak nak bawa pergi melancong pun tak pe lah.

Bulan puasa ni, sanggup tak kita bagi 1 ribu buat beli makan, tak payah nak fikir nak masak apa.. buat amal je sepanjang satu bulan ni..

Raya ni, nah ambik lagi 1 ribu, buat shoping raya.. ada beran tak?

Camane nak beran, kalau tak ada duit kan.. nak makan sendiri pun tak lepas, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. (ayat ni keluar time nak bagi duit kat mak ayah la, tapi untuk diri sendiri siap hutang youuu...)

Mak ayah ni sanggup berhabis habisan tau kerja keras nak hantar kita masuk universiti, dalam ke luar negara ke... kita kat kampus tahu mintak jer.. diorang punya sengsara nak cari duit, ada anda pernah terfikir? tapi dicarinye juge, dengan harapan korang lah yang akan menyara diorang kelak, bukan menumpang tau!!....

Yang anda ni, dah lepas habis belajar, dapat gaji 4 5 figures, beli kereta, beli rumah, beli itu ini, ada tak teringat nak balas dulu jasa mak ayah.. bahagiakan diorang dulu, beli apa yang diiorang nak, bawa diorang pergi kemana diorang nak pergi dulu..

Mak ayah ni, tak cakap je.... diorang pun nak merasa naik kapal terbang. makan makanan kat hotel macam korang makan...

Korang boleh bayangkan tak, korang belajar tinggi2, berpuluh tahun mak ayah hantar sekolah, universiti bagai, dapat kerja gaji besar, tapi bila mak kat kampung mintak duit rm200 je nak beli barang dapur, korang tak dapat nak hulur, sebab korang dah habiskan duit korang untuk komitmen korang je???? Sooooo selfishhhhhh

Masa kecil dulu, ingat lagi tak, siapa yang susukan kita, siapa yang suapkan makanan bila kita lapar, tu tak masuk lagi time kita ngada-ngada suruh suap sebab nak pergi main.. siapa yang bawa kita pergi beli jajan, jalan-jalan naik motor petang-petang lepas penat balik kerja.. siapa yang melalak meraung meronta-ronta nak ngikut ayah pergi kerja?? ha siapa siapa...

Takde ke dalam fikiran kita nak bahagiakan diorang dulu sebelom bahagiakan diri sendiri?

Okey ni contoh BIG WHY kita ialah parents kita, ada orang gunakan anak sebagai BIG WHY. Nak jaga anak sendiri, nak asuh anak sendiri, nak tengok perkembangan anak setiap hari, apa perkataan pertama, bila langkah pertama, bila larian pertama, taknak hantar pergi nurseri, nak masak sendiri kat rumah kan. Jadi kot kot mana pun income kena masuk juga kan, dah terbiasa shopping, mana boleh duk rumah tak shopping kan...

Ada yang tak faham lagi apa BIG WHY ni?

Saya terangkan sikit lagi, dia macam bila kita teringatkan Big Why kita ni, boleh mati woo kalau tak buat. Kalau aku tak buat sungguh2, matilah lah aku.. haa sampai gitu sekali BIG nye tuh. Barulah tiada alasan lagi yang akan keluar. So carilah dan selamilah BIG WHY anda.

Semua ni pada pandangan sayalah, bila adanya BIG WHY kita dengan sendirinya nak dan akan berubah untuk mengejar impian kita tu. Tiada lagi alasan bakal keluar dari mulut bahkan fikiran kita.

Haa, sape yang tengah naca ni yang rasa nak keluar dari comfort zone yang dah BIGGGG dia punya WHYYY heheee, sebab saya nak offer satu peluang yang memang susah nak jumpa kat tempat lain ni.

Korang yang nak buat bisnes, modal dah ada, minat pun dah ada, BIG WHY pun dah ada, peluang je belom jumpa lagi. Haaa meh sini dekat2, rapat2.

Marilah join Program Buat Duit RM2000 Sebulan MFMS. Ok untuk korang yang dream BIG, 2k tu adalah sebagai kick start je tau. Kalau korang betul2 serius dan nak buat bisnes ni, korang boleh buat sampai 10x ganda pun tau!!! Memang Unlimited, Confirm, janji, betul, percayalah ha apa lagi, MEMANG BOLEH janji korang yang NAK.

Kalau nak join, wasap Suhaila segera tau.. Sebab, kelas akan bermula 10hb ni dah. Kalau lambat daftar ketinggalan laaa.. Rugiii...

wasap segera 01126047745

wasap segera 01126047745


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my