Social Icons

Tuesday, June 24, 2014

KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

assalamualaikum wbt..

salam sayang daripada saya untuk semua... semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa..

tak lama lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia, semoga tahun ini akan diberikan lebih kekuatan mental dan fizikal untuk kita melakukan segala amalan-amalan yang diwajib dan disunatkan untuk mendapatkan lebih ganjaran..


bulan puasa ni semua kena jaga ya, percakapan, tingkah laku, dan terutamanya dari segi PEMAKANAN... janganlah kita menjadi seorang pendendam ya!!!

hah, pendendam? acaner pulak tu?

pendendam kepada makanan.. maklumlah dah laparkan.. belum apa-apa lagi dah sebok dok senarai makanan apa yang best-best nak cari kat pasar ramadhan petang nanti... padahal belum pun masuk waktu zohor...

biarlah kita berada dalam keadaan yang bersederhana dalam amalan pemakanan kita.. supaya apabila sampainya waktu untuk melakukan amal ibadah, tidaklah kita berada dalam keadaan yang sia-sia..

tak dinafikan makan memang penting.. tapi biarlah orang kata berpada-pada, mentang-mentanglah puasa kan, lapar... makanlah banyak-banyak... JANGAN!!!

sila jangan makan sekali banyak ye.. makanlah sikit-sikit tapi kerap tak apa...  ya allah kita kan orang islam.. kenalah jaga adab sopan tu.. dah hilang dah niat sebenar amalan ini dilakukan.. untuk merasai kesusahan orang-orang yang sedang kelaparan...

jangan sia-siakan amalan kita.. penat-penat kita menahan lapar dan dahaga, akhirnya tiada apa yang kita dapat...

jadi, untuk mengelakkan daripada senario diatas terjadi.. apakata kita lakukan sedikit tip-tip ini supaya kita lebih cergas dan cerdas di bulan Ramadhan ini... JOM!!!

Sibukkan Diri


untuk mengelakkan daripada dok pikir lapar... nak cari kat mana juadah berbuka, nak makan apa berbuka nanti... kalau bekerja di pejabat, buat kerja betul-betul, dah siap kerja, cari bos mintak lagi kerja..

kalau suri rumah, dah habis kerja dalam rumah, cari kat luar rumah.. selagi belum sampai masa untuk masak, jangan fikir pasal makan, fikir nak masak apa okey... tapi.. jangan masuk dapur.. hahahaaa jangan banyak alasan!!! (heheee garangnyaaa!!!)

Makan Dengan Kerap


untuk kekal cergas, kita perlu makan sekadar cukup.. berhenti sebelum kenyang.. makan dengan kerap, contohnya, makan kurma dan kuih-kuih dulu... then pergi solat maghrib...

pastu sementara tunggu isyak baru pergi makan makanan yang agak berat sikit.. kalau boleh simpan lagi untuk makan lepas terawih pulak..

haa, tak de lah perut tu terkejut sangat.. tengah dok syiokk rehat-rehat, tetiba gedebuk kerja datang!!

Ambil Makanan Tambahan

untuk membantu anda mendapat lebih kecergasan, mendapat khasiat yang cukup amat penting. bukan menggantikan makanan ya, tapi untuk menambah atau mencukupkan khasiat yang diperlukan dalam badan..

kita sebenarnya kadang-kadang ego dengan badan sendiri, kita tahu badan sangat memerlukan khasiat yang cukup.. tapi saje buat-buat tak tahu.. sebab supplement kena beli.. sedangkan makanan, memang kita yang nak makan..

tapi kita tak tahu makanan yang kita suka makan tu, sebenarnya lebih kepada membawa kemudaratan kepada tubuh badan kita.. ataupun zat-zat yang diperlukan tidak terdapat dalam makanan tu...

segala penyakit kan datangnya dari perut, jadi berjaga-jaga lah..

habistu macam mana nak buat, dah nama nya puasakan.. mestilah lapar.. ada ke cara untuk elakkan lapar ni..

bukan untuk elak lapar, tapi untuk lebih bertenaga sehingga tiba masanya...

haa, in sya allah ada.. ia digelarkan sebagai 3 mighty gem, atau set berpuasa atau minghty tripple gem..


yang terdiri daripada Mealshakes, Performance Drink dan ESP...

siapa yang boleh ambil ni?

berita baik kepada ibu-ibu yang sedang menyusu, pesakit-pesakit gastrik, anak-anak yang baru nak belajar puasa atau kepada mereka-mereka yang tak tahan puasa dan juga untuk anda ingin cergas sepanjang tempoh berpuasa...



apa yang 3 mighty gem ni boleh bantu anda.. mari kita lihat fungsi masing-masing ya..

1. MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.

2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.


antara testimoni yang saya cari kat mr.google mengenai pengguna yang mengamalkan set mighty gems ni.... di harap dengan info-info di atas dapat membantu anda semua..








jika anda suka dengan posting saya dan boleh membantu rakan-rakan anda silalah tekan butang like dan share ye...

inginkan konsultasi daripada saya?

boleh hubungi saya di whatsapp (011-22175813) atau pm di facebook Suhaila Mamat...
SID ANDA : 1077576















Saturday, June 14, 2014

NAK JOIN AHLI SHAKLEE

CARA JOIN AHLI SHAKLEE....

assalamualaikum..

entri kali ni nak cerita mengenai bagaimana caranya untuk join jadi ahli Shaklee.. sebab saya rasa ramai yang nak tahu ni... kan ? kan? kan?.... 

tujuan saya tulis entri khas macamni sebabnya, senang  kalau ada yang PM saya lepas ni, bagi je link ni, kan senang.. bukan ke menyenangkan orang tu pun magnet rezeki jugakkan... haaa... macamtu laa... dan bila anda sudah terbaca entri saya ni anda sudah berada satu langkah kepada kejayaan..heheee




haaa kan dah 'terbagi' satu tips dahhh...  heheee

okey... okey... sorry meleret-leret pulak... kata santai kan... heee..... jangan marah ye, senyum sikitt.. haaa kan cantikkk tuuu....

kan dah senyummmm... senyum pun magnet rezeki jugak tau [oooppssss 2 dah tips... :)]

sebenarnya ramai yang tak tahu, bila dah jadi ahli ni wajib ke kena menjual (katanya)...  sebenarnya tidak ye kekawan semua... jadi ahli ni untuk dapatkan harga ahli yang sangat-sangat menjimatkan...

ada 2 pilihan yang anda boleh pilih ye.. nak makan sendiri atau  makan sendiri dan tolong share dengan orang-orang yang ada masalah.. (menjual tapi bukan menjual) haaa camaner tu???okey yang ni nanti saya cerita yee... sekarang cerita dulu camaner nak join ahli.....

Ada 2 pilihan untuk mereka menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + Postage RM10 (Semenanjung) atau RM20 (Sabah/Sarawak). Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian dalam 1 resit sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan produk bernilai RM650 dengan Harga Ahli, akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan sehingga RM100+ (Keahlian RM65 + Bonus RM30+).

Jika anda join dengan free membership, anda dah tak perlu bayar RM65 yuran keahlian tu, plus anda akan dapat pulak cash bonus.

Selepas itu, anda dah boleh beli semua produk dengan harga ahli, jimat 20% daripada Harga Pasaran.
anda nampakkan, berapa banyak penjimatannya tu... haa best ke best..  saya tahu anda semua suka berjimat kan.. sape tak suka jimat?? cakap kat orang sebelah KESIAN!!...

okey kalau yang nak guna sendiri terserah kepada anda, memang tiada paksaan dalam bisness Shaklee..  sebab saya sendiri dulu pun hanya pengguna juga.. heheee..

tetapi bagi yang inginkan side income (buat bisness dan dapatkan bonus setiap bulan) anda akan dijemput ke dalam secret group kami dalam Empayar Maria Firdaus.. The Most Happening Shaklee Group in Malaysia... 
inilah dia dua orang besar dalam Empayar Maria Firdaus.. sempoi kan.. memang peramah sangat orangnya...

bila dah masuk dalam group ni, anda akan didedahkan dengan cerita-cerita kejayaan demi kejayaan yang kami kongsikan dalam group ni.. sebab terlalu ramai sangat yang dah berjaya. alhamdulillah dah ramai yang nampak kelebihan yang Shaklee tawarkan..

Ditambah dengan pelbagai tips bisnes dan motivasi yang berterusan di dalam group, semakin ramai yang mula mengorak langkah untuk serius, dan akhirnya berjaya dalam bisnes Shaklee ini. 

Jadi, daripada seorang customer biasa-biasa, tak mustahil anda pula yang akan menjadi salah seorang 'bintang' dalam empayar Shaklee... InsyaAllah....
 
"Salah satu kelebihan bisnes Shaklee adalah kita tidak perlu modal yang besar, tak perlu ada pejabat, tak perlu ada banyak kos sampingan yang lain. 
Yang kita perlu adalah SEKEPING HATI yang kental untuk berjuang di lautan perjuangan."


jika anda suka dengan entri ini, jangan malu jangan segan silalah like dan share ye... ;)


Tuesday, May 27, 2014

AKHIRNYA AKU PERGI JUA, OMG (ONLINE/OFFLINE MARKETING GENIUS) AKU DATANG!!!

Assalamualaikum wbt....

Tiada kata untuk menjelaskan betapa bersyukurnya saya kerana dipertemukan dengan keluarga EMPAYAR MFMS (the most happening shaklee group in malaysia)...

sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi pulak kehangatan dia...

apa taknya... beberapa hari sebelum seminar ini diadakan, saya pada mulanya agak teragak-agak untuk menghadirinya telah terdorong dengan kuatnya untuk turut serta menghadirinya di saat-saat akhir...

ya lah, kelantan ke kuala lumpur bukannya dekat dikk!!!... dan saya masih belum ada geng terdekat untuk pergi sama-sama... giler ke apa nak gi sana sorang-sorang... mau kena jual akakkk!!! dan saya juga belum pernah tinggalkan anak dan suami untuk pergi ke mana-mana...

akhirnya, setelah setelah berfikir selama sehari, saya buat keputusan aku kena pergi!!! dan ianya hanya dua tiga hari sahaja lagi... aaaaaahhhh... tak pernah buat keputusan gilerr camni.. betapa kuatnya aura tu...heheee..

bukan mahal pun yuran rm80 jer.. bilik pun rm80 satu malam untuk dua orang.. ada roomate sorang lagi, dah jadi rm40 jer.. hahahaaa... gilerrr murahhh... tak susah pun nak cari ilmu kalau kena caranya...

alhamdulillah, Allah swt telah mengilhamkan saya untuk bertanya kepada adik ipar, sebab dia memang selalu ke KL... dan segalanya dipemudahkan untuk sampai ke sana dengan selamat...



YEAYYYY.... BERJAYA MENGHADIRI SATU SEMINAR YANG BAKAL MENGUBAH HIDUP KU!!!!




Wednesday, April 2, 2014

Osteomatrix...

assalamualaikum wbt..

april 2014, bulan promosi untuk Osteomatrix..

jom berkenalan dengan En. Osteomatrix.. heheee


perbazaan antara tulang normal dengan osteoporosis

Perbezaan Shaklee...

kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kumprum, manganes dan boron. nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

selepas berusia kira-kira 40 tahun, jisim tulang mula menurun lebih cepat

Manfaat Utama...

menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.

memperbaiki kekejangan dan kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impulse saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air.

pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. ianya juga menhalang obesiti diwaktu umur tua. tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.

memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

vitamin D - dinamakan sebagai vitamin D pada 1916, bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. is maningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement vitamin D.

magnesium - ini adalah ion positif no.2 penting dalam tubuh kita. ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

zinc, boron, manganes, kuprum - memelihara metabolisma kerangka dan prtumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.



Cadangan:-

untuk pemeliharaan kesihatan : 2kali sehari, 2 tablet setiap kali. (lepas makan)
untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas: 2kali sehari, 3 tablet setiap kali
untuk tulang retak, osteoporosis: 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali.

 untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma boleh hubungi saya :
suhaila binti mamat
011-22175813
fb: Suhaila Mamat
SID: 1077576


istimewanya ESP Shaklee..

assalamualakum wbt..

apa istimewanya ESP Shaklee... ?? istimewanya ESP Shaklee, ialah kerana ia merupakan sumber protein soya yang terbaik. menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.  ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan kesemua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang penting.  

berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

istimewa lagi ESP Shaklee adalah ia diperbuat daripada protin soya non-GMO. protin soya non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar sebagai Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya akan dipantau dan dijaga dengan teliti bermula dari proses penanaman hingga saat pemprosesannya. 

program ini untuk memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. daripada benih sehinggalah proses penyimpanan. yakinlah dengan penggunaan ramuan-ramuan semulajadi dan berkualiti dari Shaklee.. 

mesti ada yang terlintas di fikiran kan, apa bezanya/kelebihan Shaklee menggunakan produk soya non-GMO ni? 

yang sebenarnya, jika terdapat perubahan genetik atau perubahan kimia semulajadi di dalam sebiji kacang soya tu, mestilah ada kesan negatifnyakan.. dan semestinyalah kesan negatif itu juga akan terkesan kepada kita yang menggunkannya.. ye tak? antara kesan negatif yang dikesan ialah allergik, toxic dan potensi kanser.. 

faham-fahamlah kan, zaman sekarang ni.. semua nak banyak, semua nak cepat dan semua nak murah tapi kualiti entah kemana... ini lah yang dikatakan GMO (Genetic Modified Organism), genetiknya telah diubah..  senang kata ulat pun tak selera nak makan produk GMO ni.. sbb tu cantik jer..  antara produk GMO yang popular ialah soya, jagung, pisang dan betik.. banyak lagi sebenarnya..



biasanya produk berasaskan GMO ni murah harganya..jadi lepas ni, kalau nak beli sebarang produk soya atau apa-apa jelah yang selalunya mahal jadi murah.. kalau boleh periksa dulu labelnya.. ada tak dicopkan non-GMO atau tiada... 

yang menjadi mangsanya kita yang masih tak ambil tahu perkara yang sangat penting ni.. 

jangan beli produk berdasarkan harga murah semata-mata ye... sayangilah dan hargailah anugerah kesihatan yang dipinjam olehNya ini.. 



alhamdulillah, saya pun sukakan susu soya.. dan syukur saya dapat minum soya yang berkhasiat daripada Shaklee... protein soya yang paling best in the world.. 

nak dapatkan produk protin soya tanpa GMO?? 

ESP adalah jawapannya.. 


untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan konsultasi percuma boleh hubungi saya... 

suhaila bt mamat
011-22175813
fb: Suhaila Mamat
sid: 1077576 
 


Sunday, March 9, 2014

resepi bancuhan ESP... shaklee

assalamualakum wbt...

apabila dah bulan promo ESP ni.. mesti lah dah ramai yang beli ESP kan??

macamana cara nak minum ESP ni??

basically ESP ni cara minumnya adalah 1 sudu ESP di campurkan dengan 1 mug air kosong suam.. tapi ini bukanlah satu-satunya cara..

bagi saya, saya akan campurkan 1 sudu besar ESP dalam satu botol shaker air suam dan di tambahkan dengan 2 sudu milo atau horlick.. tak tambah gula pun.. perisa semulajadi jerr... shake shake dan emmm yuummmm yuummm bestnya... sangat-sangat mengenyangkan... boleh tahan 4-5 jam...

yang bestnya lagi, anda boleh tambah ESP dengan apa-apa juga air kegemaran anda.. kecuali... haa ada kecuali jugak yee... pantang ni dengan teh, kopi dan air bergas.. haaa itu tak boleh ye!! No! No! No!

antara resepi yang anda boleh gunakan ialah:-


  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu.. after few hours.. blend/shake it and mix with 1 sudu ESP... boleh add on almond or fruits. bukan sahaja bertenaga.. boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobakputih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat + serbuk koko + madu (ni resipi dr Dr.Muhaya tau..)
    ESP ni bukan untuk ibu menyusu sahaja... ia sangat sesuai utk seisi keluarga..
    UNTUK:
    1. Orang yang ingin kekal sihat..
    2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
    3. Kanak-kanak bersekolah
    4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
    5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
    6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
    7. Ahli sukan dan bina badan
    8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik
    jika anda suka dengan post ini, sudi-sudikanlah like and share.. terima kasih.. 



Friday, March 7, 2014

panduan memilih supplemen berasaskan SOY PROTEIN....

assalamualaikum wbt...

entry kali ni nak cerita tentang kacang soya.. saya pasti ramai yang suka sangat susu soya, pati soya, tempe dan banyak lagi produk soya kat luar sana kan??.... tak kurang juga ada yang tak suka.. betul tak... 

walau apa pun perasaan anda terhadap soya, saya ada maklumat penting yang saya dapat daripada mentor saya untuk saya kongsikan bersama untuk pengetahuan kita bersama.. 

sebenarnya bukan Shaklee sahaja yang mengeluarkan produk berasaskan soya, iaitu protin soya... malah banyak lagi jenama-jenama lain yang ada mengeluarkan produk protin soya.. 

disini suka saya ingin kongsi bersama apa yang perlu kita tahu mengenai produk protin soya yang akan kita pilih nanti.. kerana apa yang kita makan itu akan memberi kesan terhadap tubuh badan kita...

anda boleh baca dulu..

 7 kriteria / panduan / guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN
 
§    Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic ~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic…sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubung kait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

§  Soybean tu mestilah Non GMO ( tidak dihasilkan secara genetic) ~   kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya.. soybean yang dari jenis genetic ini adalah murah untuk dihasilkan (ini lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..) …dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos.. dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.


§  Soy Protin itu mesti mengandungi 9 asid amino perlu - Ni ciri yang amat penting.. Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

§  Dalam proses pembuatan soy isolate, soy flakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol - Alcohol tu haram tu satu hal gak untuk kita umat islam ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2 ,etc.. Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
 
§  Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan - Soy yang mentah  mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

§  Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan ~ Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.

§  Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa? ~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium..



By CeryMamaFaiz on Monday, 20 February 2012 at 06:31



jika anda suka dengan artikel ini, sudi-sudikan like dan share..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my